Kisah seorang isteri yang kehilangan suaminya yang merupakan seorang tentera ketika menjalani latihan tular dimedia social ternyata menarik perhatian ramai.
Tambah sebak lagi pasangan ini yang belum setahun berkahwin baru sahaja pulang dari percutian mereka.
Menerusi satu hantaran di TikTok @hakakloreng telah memuat naik satu video memaparkan pengebumian allahyarham, Mohamad Izuan Hafiz Mohd Supian yang disempurnakan mengikut adat istiadat tentera.
Lebih memilukan lagi bila mana dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Izuan sempat memuat naik beberapa foto dirinya bercuti bersama isteri di Cameron Highland.
Ads
Bahkan pahlawan negara berusia 26 tahun itu kelihatan sangat gembira meluangkan masa bersama keluarga kecilnya yang baru dibina tidak sampai setahun.
Menjengah ke ruangan komen beberapa video yang dimuat naik di TikTok, rata-rata warganet mengucapkan salam takziah kepada keluarga yang ditinggalkan tidak kurang juga dengan kata-kata semangat untuk terus kuat dan tabah.
Dalam kehidupan rumah tangga, sokongan dan kata-kata penghargaan daripada pasangan boleh menjadi ubat yang paling mujarab.
Seorang isteri yang seharian menguruskan anak-anak kecil di rumah pastinya melalui cabaran yang tidak sedikit letih, penat, dan kadangkala diuji dengan emosi yang turun naik.
Menarik dengan perkongsian ini, seorang suami menunjukkan bagaimana kata-kata sederhana tetapi penuh makna mampu menjadi penguat semangat buat isterinya. Kisah yang sungguh inspirasi.
Saya suka bagaimana suami memotivasikan isterinya untuk sentiasa positif dengan anak kecil 3 ketul di rumah ni 24 jam. Setiap kali dia balik, dia akan tanya, “siapa yang paling banyak bagi pahala harini dekat sayang?” Semestinya yang no dua. Selalunya suami sampai rumah, anak anak semua dah siap mengaji dan tidur. Depa pun dah lali lena bawah ketiak umminya. . . Saya ni, memang sepenuh masa di rumah. Ini je lah jalan pahala saya. Dapat suami soleh, anak anak sihat, Dia uji dengan cranky sikit habuan nak bagi pahala lebih. Jadi, setiap hari, suami akan ajar settingkan berapa banyak dah pahala kesabaran di rumah.
Sabar sabar.. Setiap hari suami tanya, dia juga akan ucapkan terima kasih sudi jaga didik anak dia.
Nampak simple je perkataan tu.. Tapi, memang berjaya buatkan keletihan sehari hilang seolah olah tak jadi apa apa.
Dan kerana kata kata penghargaan tu lah, sememangnya kepulangan suami dinanti dengan tak sabar. Seumpama menunggu painkiller untuk killkan semua keresahan sepanjang hari.. . Setiap pahala sabar hitungannya besar. Kadang, rasa macam pahala tak cukup, gagah jugak menulis dan buat bacaan fatwa fatwa semasa sebagai pelepas Fardu Kifayah. Ilmu ni pinjaman yang akan Allah tanya juga. Dia takkan bagi mudah mudah ja tanpa disoal, kan? Susah sebenarnya nak didik hati sendiri supaya boleh behave. Sebab, kita takkan mampu jadi ‘mak yang baik’ sentiasa.. Ada masa kita kalah dengan emosi. Ada masa kita cuai, ada masa kita gagal. Kadang, pandang anak, rasa macam tak cukup bagi perhatian pun ada sebab tak 24 jam pandang dan fokus ke depa.
Semoga semua jalan jalan pahala ni, dapatlah kambus dosa dosa yang tak terperasan dan yang terperasan. Sebab, sehabis mana pun kita usaha, kita tetap akan cuai sebagai manusia🥲. Kita ni tak banyak pahala. Dosa pulak banyak.. moga moga ujian dan latihan yang Allah bagi sikit sikit ni, itulah ladang pahala yang besar. Rugilah kalau kita mengeluh untuk pahala. . . Dia macam, Allah nak bagi kita duit saving banyak banyak, tapi kita mengeluh, kenapa banyak sangat saving akhirat kita nak dapat? “Bagi sikit je duit tak boleh ke?” Ada ke orang tanya gitu kalau kita convert ke currency keduniaan?😆 Sebabtu lah, nabi pesan.. Orang yang bijak ialah orang yang berwawasankan akhirat. Orang yang berwawasankan akhirat ni tak semestinya ustaz ustazah saja.. Salah.. Tapi, orang yang berwawasankan akhirat ialah seseorang yang buat sesuatu untuk tabungan di sana. Matlamat hidup dia bukan untuk kesenangan sehari dua, tetapi untuk kesenangan abadi selamanya. Jika kita hidup betul betul berwawasankan akhirat, hidup kita akan tenang, aman dan positif. Orang yang cintakan dunia pula, dia terlupa bab tabungan di sana.. Jadi, dia akan rasa segala ‘ pengorbanan’ dia ni, kalau tak dihargai semuanya sia sia. Mana ada.. firman Allah dalam surah Al-Anbiya 21:94 فَمَن يَعۡمَلۡ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ فَلَا كُفۡرَانَ لِسَعۡيِهِۦ وَإِنَّا لَهُۥ كَٰتِبُونَ English – Sahih International So whoever does righteous deeds while he is a believer – no denial will there be for his effort, and indeed We, of it, are recorders. Malay – Abdullah Muhammad Basmeih Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.
Sejak mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang ibu, pelakon dan pengacara, Mira Filzah mengakui penampilannya kini ditapis terlebih dahulu oleh suaminya, Wan Emir Astar.
Menurut Mira atau nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, suaminya mempunyai pendekatan tersendiri dalam menegur cara pemakaiannya sekiranya tidak berkenan dengan sesuatu yang digayakannya.
“Sekarang yang bagi pelepasan Emir lah. Dia selalu tegur secara subtle (halus). Macam dia selalu kata dia nak tengok penampilan seorang Puan Amirah bukan Mira Filzah.
“Kadang-kadang saya nak keluar, dia akan tegur ‘tudung bagi nampak macam Puan Amirah sikit.’
“Jadi saya pun faham maksud Puan Amirah itu seperti mana yang dia mahukan,” kata Mira dalam program bual bicara Next To Neelofa 2.
Dalam program itu juga, Mira mendedahkan dia merancang untuk memiliki tiga atau empat cahaya mata untuk menyerikan lagi bahtera rumah tangganya.
“Saya merancang nak ada tiga atau empat cahaya mata. Yang anak pertama ini, memang saya dan suami merancang sampai kami dapat suntikan dos kedua vaksin.
“Sekarang saya teruja untuk melihat perkembangan Amir, kalau boleh saya nak tengok setiap first momen dia, seronok jadi ibu ini.
“Dan saya juga banyak belajar daripada Neelofa yang sering berkongsi apa-apa maklumat dan informasi yang berguna tentang perkembangan usia awal kanak-kanak,” katanya.
Sebuah insiden ngeri melibatkan sebuah bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berlaku pagi Isnin di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) apabila bas tersebut merempuh belakang Perodua Alza yang dipandu oleh seorang guru Pendidikan Islam, Mohd Lutfi Radzi, 37 tahun.
Isteri Patah 5 Tulang Rusuk, Anak Tercampak
Akibat rempuhan itu, isteri beliau Nurul Ain Zakaria, 35 tahun, mengalami patah lima tulang rusuk, manakala anak mereka yang berusia 6 tahun cedera di lutut. Lebih menyayat hati, anak bongsu mereka berumur dua tahun tercampak keluar dari kenderaan akibat impak kuat kemalangan.
Sumber foto: Sinar Harian
Pemandu Alza Cedera Ringan
Mohd Lutfi yang memandu Alza dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan, dan semua ahli keluarganya kini sedang menerima rawatan di Hospital Baling.
Bas Dipandu Laju, Hilang Kawalan
Siasatan awal mendapati bas yang membawa pelajar UPSI dari Terengganu ke Tanjung Malim dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan, lalu melanggar belakang Alza sebelum terbabas ke pembahagi jalan.
15 Pelajar UPSI Maut, 27 Lagi Cedera
Kemalangan tersebut turut mengorbankan 15 pelajar UPSI, manakala 27 yang lain cedera dan sedang dirawat di Hospital Gerik. Pemandu dan kelindan bas juga dilaporkan mengalami kecederaan.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.