• Kehamilan
  • Kelahiran
  • Menarik Lagi
    • Perkembangan Anak
      • Bayi
      • Kanak-kanak
    • Kesihatan
      • Kesihatan Ibu
      • Kesihatan Bayi
      • Kesihatan Kanak-Kanak
    • Pemakanan
      • Tip Pemakanan
      • Resipi
    • Laktasi
    • Keibubapaan
      • Viral
      • Tip
    • Happening
      • Diari Pa&Ma
      • Jom Menang
  • Video
    • Borak Pa&Ma
    • Tanya Pakar
    • Pa&Ma TV Snippet
    • 2 Minit Bersama Pa&Ma
    • Sweet Papa Mama
    • Pa&Ma Cilik
    • Dr PAMA
    • Chit Chat Pa&Ma
  • Pa&Ma GALA
  • Jenama Pilihan
  • Pa&Ma Tools
    • Due Date Calculator
    • Baby kick
Search
Facebook
Instagram
Twitter
Tiktok
Youtube
Dailymotion
Login Icon Login  |  Register

Topik

  • award-icon.png.webpJenama Pilihan
Hub Ideaktiv
nlf
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Logo
Logo
  • Kehamilan
  • Kelahiran
  • Menarik Lagi
    • Perkembangan Anak
      • Bayi
      • Kanak-kanak
    • Kesihatan
      • Kesihatan Ibu
      • Kesihatan Bayi
      • Kesihatan Kanak-Kanak
    • Pemakanan
      • Tip Pemakanan
      • Resipi
    • Laktasi
    • Keibubapaan
      • Viral
      • Tip
    • Happening
      • Diari Pa&Ma
      • Jom Menang
  • Video
    • Borak Pa&Ma
    • Tanya Pakar
    • Pa&Ma TV Snippet
    • 2 Minit Bersama Pa&Ma
    • Sweet Papa Mama
    • Pa&Ma Cilik
    • Dr PAMA
    • Chit Chat Pa&Ma
  • Pa&Ma GALA
  • Jenama Pilihan
  • Pa&Ma Tools
    • Due Date Calculator
    • Baby kick
Login Icon Login  |  Register
Facebook
Instagram
Twitter
Tiktok
Youtube
Dailymotion
Ads

Pa&Ma » Berita

Suami Meraung Saksikan Kepala Isteri ‘Hancur’ Digilis Lori

By
Syaza
-
4 Sep 2025
Share on Facebook Share on WhatsApp Share on Telegram Share on X (Twitter)

Suasana pilu menyelubungi lokasi kemalangan di Jalan Pelabuhan Barat dari arah Pulau Indah menuju ke Klang apabila seorang lelaki meraung melihat isterinya tidak lagi bernyawa selepas digilis sebuah treler, Rabu lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari itu turut dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan sebelum tular di media sosial. Rakaman berkenaan memperlihatkan si suami berusaha menarik jasad isterinya sambil cuba menyelamatkan anak perempuan mereka yang masih kecil.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, motosikal jenis SM Sport 110R yang ditunggang lelaki berusia 40 tahun itu dinaiki bersama isterinya berusia 30-an dan anak perempuan mereka berusia 10 tahun. Ketika melalui kawasan terbabit, motosikal tersebut dipercayai cuba menyelit di antara beberapa kenderaan berat sebelum bergesel dengan sebuah treler.

Ads

Akibat itu, ketiga-tiga mereka terjatuh ke tengah jalan sebelum isteri digilis sebuah treler  dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. Lelaki itu dan anaknya hanya cedera ringan dan dirawat di hospital sama. Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Ads

Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apa yang lebih menyentuh hati, video yang dikongsikan menerusi dashcam, kelihatan si suami meraung melihat keadaan isteri ….  menunjukkan detik pilu sejurus selepas kemalangan apabila pemandu lori terbabit gagal menahan sebak dan memeluk anak mangsa yang masih kecil.

Anda mungkin berminat dengan

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF
Shopee MY

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

RM14.6 RM14.6
Buy Now
[500g – 1kg] Frozen Halal Dimsum / Dimsum Sejuk Beku
Shopee MY

[500g – 1kg] Frozen Halal Dimsum / Dimsum Sejuk B...

RM49 RM24
Buy Now
TERMURAH! Daging Salai – Daging Batang Pinang Original – Premium – 200grm
Shopee MY

TERMURAH! Daging Salai – Daging Batang Pinang Ori...

RM17.9 RM17.9
Buy Now
(1KG – 500G BABY ) KEROPOK IKAN ASLI KUALA BESUT (KEROPOK BABY) (SUPER EXTRA IKAN)
Shopee MY

(1KG – 500G BABY ) KEROPOK IKAN ASLI KUALA BESUT ...

RM26 RM9
Buy Now
Keropok Segera Baby Rangup Dari KILANG [500g]/ Keropok Ikan Segera Baby / Keropok Terengganu / Keropok / Keropok Ikan
Shopee MY

Keropok Segera Baby Rangup Dari KILANG [500g]/ Keropok ...

RM15 RM15
Buy Now
1 / 5
Ads

 

nlf
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Syaza
∞

Mangsa Nahas Bas UPSI Banyak Tulang Patah, Leher Retak, Ibu Mohon Doa Orang Ramai Kesembuhan Anak

By
Nor Yusoff
-
24 Jun 2025
Mangsa Nahas Bas UPSI Banyak Tulang Patah, Leher Retak, Ibu Mohon Doa Orang Ramai Kesembuhan Anak

Hancur hati seorang ibu melihat anak gadisnya terlantar, tak mampu angkat tangan sendiri apatah lagi menyuap makanan ke mulut.

Itulah situasi yang dilalui Noorzailizan Zakaria@ Ariffin, 41, ibu kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Erika Alisya Mohd Zaidi, yang mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak pada 9 Jun lalu.

Kini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, Nur Erika bukan sahaja patah kedua-dua belah tangan, malah turut mengalami retak pada tulang leher dan memerlukan bantuan sepenuhnya untuk bergerak. Ibunya hanya mampu memohon doa orang ramai agar anaknya segera sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.


“Keadaannya stabil dan menunjukkan perkembangan positif namun semua pergerakan perlu dibantu kerana kedua-dua belah tangannya tidak boleh digerakkan dengan baik kerana patah pada banyak bahagian.

“Tangan kanan Nur Erika Alisya dimasukkan besi pada bahu, siku dan lengan manakala tangan kiri pula telah dimasukkan besi pada siku dan pergelangan tangan.

“Selain itu dia terpaksa memakai alat penyokong leher kerana tulang leher retak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suri rumah yang tinggal di Kampung Alor Keladi di Hulu Besut itu berkata kini dia dan suami Mohd Zaidi Mohd Yunan, 45, yang bekerja sebagai pembantu tukang rumah bergilir menjaga anak sulung dari tiga beradik itu.

Menurutnya Nur Erika Alisya, 21, masih trauma dan sering teringatkan kejadian ngeri yang meragut nyawa 15 rakan kampusnya itu.

“Contohnya ketika menaiki ambulans dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus ke HSNZ pada Sabtu lalu, dia menangis ketakutan sepanjang jalan.

“Dia juga tidak boleh melihat kipas siling berpusing dengan kuat kerana akan terbayang kejadian itu,” katanya.

Sehubungan itu, Noorzailizan berharap anaknya yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam segera sembuh demi meneruskan cita-cita menjadi seorang ustazah.

Dalam kejadian awal pagi 9 Jun lalu, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang disewa khas dari Jertih untuk pulang ke kampus utama universiti di Tanjung Malim, Perak terbalik sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Alza di JRTB.

Nahas itu menyebabkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas selain pemandu serta tiga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

Teruskan Membaca
∞

Murid Sekolah Rendah Mungkin ‘Bercuti’ Sehingga Hujung Tahun

By
Emy Haznida Hazairul Sham
-
5 Jun 2020
Murid Sekolah Rendah Mungkin 'Bercuti' Sehingga Hujung Tahun

Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah telah mula diedarkan sejak semalam. Ia bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya sembelum sekolah dibuka semula. Menurut Menteri pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin, garis panduan berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar itu di sekolah hingga mereka pulang telah dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mohd Radzi berkata Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan memainkan peranan memantau sekolah bagi memastikan garis panduan yang disediakan dipatuhi.

“Saya juga akan singgah di sekolah-sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah diadakan dan kita yakin pihak pengurusan sekolah dan juga guru akan bantu kementerian agar garis panduan ini akan dipatuhi,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata ibu bapa tidak perlu risau menghantar anak mereka ke sekolah selain perlu memainkan peranan mendidik anak-anak mendisiplinkan diri sekurang-kurangnya dengan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.

Peranan dan Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti yang berikut:

PENTADBIR SEKOLAH
1. Memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi.
2. Memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat.
3. Memberikan penerangan dan pendidikan berterusan kepada murid, guru dan warga sekolah mengenai penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci tangan dan menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer), penggunaan pelitup muka apabila perlu serta kepentingan amalan penjarakan sosial.
4. Memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
5. Memastikan murid mendapat akses kepada PdP dengan sokongan dan kerjasama JPN, PPD, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi yang berkaitan.
6. Memantau PdP yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru.
7. Melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada ibu bapa/penjaga.
8. Membuat keputusan untuk menangani isu pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM serta mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan seperti PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

GURU
1. Menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.
2. Melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan kesediaan murid dan situasi semasa.
3. Mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan sosial
4. Memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat murid yang bergejala.

IBU BAPA/PENJAGA
1. Memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;
2. Membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga.
3. Memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar.

Ditanya mengenai bila sesi persekolahan akan bermula, beliau menegaskan setakat ini masih tiada tarikh yang ditetapkan dan pihaknya bekerjasama rapat bersama KKM dan MKN untuk memutuskan perkara itu.

“Apabila KKM dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka. Kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah,” katanya. Menurutnya, pembukaan sekolah kelak hanya melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan 6 sahaja dengan hampir 3,000 sekolah menengah di seluruh negara yang akan dibuka.

Pa&Ma: Tiada sebarang pengumuman yang dibuat untuk status pembukaan sekolah rendah. Ia seolah-olah memberi bayangan bahawa sekolah rendah seluruh Malaysia berkemungkinan akan ditutup sepanjang tahun ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya dari Kementerian Pendidikan Malaysia tentang hal ini. Sementara itu, ibu bapa boleh jadi ‘guru’ anak-anak untuk sesi pembelajaran di rumah.

Sumber: Bernama & Kementerian Pendidikan Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

Teruskan Membaca
∞

Selamat Tinggal Suria FM, Kak Rara Umum Pengunduran

By
Nor Yusoff
-
14 Feb 2025
Selamat Tinggal Suria FM, Kak Rara Umum Pengunduran

Tiada lagi celoteh ceria mak-mak di Suria FM! Pasti ramai yang akan merinduinya. Terkini, penyampai radio dan pengacara popular, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Rara, mengumumkan pengundurannya dari stesen Suria FM selepas tujuh tahun menghiburkan pendengar.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

Teruskan Membaca
∞
∞
Ads
Ads

Untuk Papa Mama

130 Bayi Meriahkan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN 2026...

Emy H - 17 Oct 2026
Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN dimeriahkan dengan 130 orang bayi.

Ramai Anak Kurang Sedia Masuk Sekolah Rendah, Sukar Kuasai 3M. Apa Peranan Ibu Ayah?

Emy H - 10 Apr 2026

Meriah & Sarat Ilmu! Parenting A+ Forum 2026, Platform Berkongsi Tip Parenting Bersama...

Emy H - 9 Feb 2026

Parenting A+ Forum Pa&Ma 2026, Jadi Ruang Berkongsi Ilmu & Harapan Menjadi Ibu Bapa...

Emy H - 29 Jan 2026
Ads
Logo
Logo

Ikuti kami di:

Facebook
Instagram
Twitter
Tiktok
Youtube
Dailymotion
  • Ideaktiv
  • Nona
  • Mingguan Wanita
  • Keluarga
  • Media Hiburan
  • Pesona Pengantin
  • Libur
  • Maskulin
  • Remaja
  • Meremang
  • Impiana
  • Rasa
  • Hijabista
  • Kashoorga
  • Vanilla Kismis
  • Bintang Kecil
  • Umpan
  • Rapi
  • Pengiklanan
  • Hubungi Kami
  • Tentang Kami
  • Notis Privasi
  • Polisi Privasi
  • Terma Penggunaan

© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👶🏻 Dikendali Oleh Astro Group

  • Menu Mobile
  • icon image
    active icon
    Baby kick
  • Pa&Ma – Portal Keibubapaan Malaysia
  • Due Date Calculator