Beberapa hari sebelum kejadian anak bongsu terjatuh melalui tingkap dari tingkat tiga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Kuala Lumpur, bapa kepada bayi perempuan berumur 11 bulan ada bermimpi orang ramai mengunjungi rumahnya dalam keadaan menangis.
Tertanya-tanya di sebalik mimpi itu
Menurut ibu mangsa, Norasikin Juliar, 37, suaminya bagaimanapun tidak mengetahui punca kunjungan tersebut namun tidak menyangka itu mungkin petanda kehilangan anak mereka.
Katanya, suami, Khairul Faizal Abd Rahim, 37 amat terkesan dengan kehilangan anak bongsu mereka, Nur Aira Batrisya dan masih belum mampu menerima kenyataan tersebut.
“Suami ralat kerana ketika kejadian, dia sedang tidur akibat penat bekerja dan menyalahkan dirinya tidak bermain dengan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui media di rumahnya pada Ahad.
Pada 3 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan seorang bayi perempuan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di PPR Sri Aman.
Ads
Beliau berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 6 petang dan mangsa ketika itu sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bersebelahan dengan tingkap dalam bilik rumah itu.
Suami masih lagi bersedih
Mengulas lanjut ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, suaminya belum bersedia untuk berjumpa orang ramai dan hanya pulang pada waktu malam setelah semua orang tidur.
“Kekuatan saya dan dia tidak sama kerana saya pernah melalui pengalaman kehilangan ibu dan nenek.
“Saya juga bersyukur mendapat sokongan daripada adik-adik dan jiran, berbeza dengan suami yang lebih suka berdiam diri.
“Saya berhasrat menghantar suami ke sesi kaunseling untuk memulihkan semangatnya,” katanya.
“Janganlah hukum anak-anak saya”
Norasikin juga merayu masyarakat tidak menghukum anak-anaknya atas kejadian yang menimpa adik bongsu mereka.
“Anak-anak saya sudah cukup terseksa dengan kematian Aira, namun masih ada masyarakat yang menganggap mereka cuai,” ujarnya.
Ads
Menurut Norasikin, dia tidak menyalahkan anak-anaknya yang lain kerana kejadian itu adalah ketentuan ALLAH SWT dan mereka sekeluarga hanya memperbanyakkan doa.
“Aira dah seronok berjumpa keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tidak mahu anak-anak rasa bersalah dengan perkara ini,” katanya.
Dalam perkembangan sama, dia turut menerima kunjungan daripada Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau Hoe Chai yang menyerahkan sumbangan barangan asas dan bantuan jeriji tingkap.
Dominic meluahkan rasa kecewa selepas mendapat tahu perumahan berkenaan tidak dilengkapi dengan jeriji tingkap.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan disambung empat minggu lagi iaitu sehingga 9 Jun depan beliau menasihatkan orang ramai terus mematuhi arahan yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Demi memastikan keselamatan rakyat terus dijaga, amalan kebersihan diri harus dititikberatkan dan sentiasa berdisiplin dalam melakukan aktiviti harian berbanding sebelum ini.
Aktiviti menziarah dalam negeri sama dibenarkan
Menurut Tan Sri Muhyiddin, berikutan dalam tempoh ini, ada beberapa perayaan utama yang lazimnya akan melibatkan pergerakan orang ramai, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, jadi saya nak mengingatkan saudara-saudari tentang larangan pergerakan antara negeri yang masih berkuatkuasa dalam tempoh ini.
Ini bermakna, minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan. Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga. Bersabarlah. Bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara.
Stesen-stesen TV dan Radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu saya pun berasa sayu juga. Mainkanlah lagu-lagu Hari Raya yang boleh menceriakan suasana. Saya tengok dalam YouTube ada lagu “Jange Kelik La Weii”. Lagu ni pun OK lah. Tetapi ini tak bermakna kita tak boleh menyambut perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan atau Hari Gawai.
Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa. Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka.
Oleh itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing. Walau bagaimanapun, aktiviti ziarah menziarahi dalam negeri yang sama dibenarkan dengan had maksimum 20 orang pada satu masa.
Elakkan tempat ramai orang
Rakyat juga dimohon agar mematuhi SOP ketika melawat iaitu dengan memakai penutup hidung dan mulut selain menjaga jarak sosial.
Setiap keluarga hendaklah mematuhi SOP kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan amalan kebersihan kendiri seperti penggunaan hand sanitizer sepanjang sambutan perayaan ini. Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir.
Kementerian Kesihatan juga menyarankan agar saudara-saudari elakkan daripada berada di tempat yang sesak atau tempat yang tertutup.
Kalau nak bersembang dengan tetamu pun, jarak-jarakkan sedikit. Tidak perlulah duduk terlalu rapat. Aktiviti jamuan seperti rumah terbuka juga adalah tidak digalakkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersalin ketika menunaikan ibadah haji tentunya kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan. Apa yang menariknya bayi yang dilahirkan diberikan nama sempena Madinah, menarik sekali!
IBU DARI JEMAAH HAJI KOMUNITI INDIA
Bapa kepada bayi bertuah ini adalah seorang jemaah Haji dari komuniti India, Del Shad. Dia telah menerima sijil kelahiran bagi anak lelakinya yang dinamakan ‘Ahmed Madinah’, bayi pertama dilahirkan pada musim haji 1440H, demikian dilaporkan oleh Saudi Press Agency (SPA).
SPA memetik Jurucakap Penerangan Hal Ehwal Awam, Mohammed Al-Jasser sebagai berkata, sijil kelahiran yang pertama itu kepada seorang jemaah diserahkan oleh Menteri Dalaman Agensi Hal Ehwal Awam kepada Del Shad, yang isterinya melahirkan anak itu di Madinah.
NAMA ANAK BUKTI RASA KASIH KEPADA MADINAH
Rasa kasih dan sayang kepada Madinah, kota yang menyaksikan penghijrahan Nabi Muhammad SAW. Del tertarik untuk menamakan bayi yang dilahirkan bersempena kota ini.
Menurut agensi berita, Del Shad menjelaskan bahawa kerana kasihnya terhadap kota Madinah membuatkan beliau memilih nama ‘Ahmed Madinah’ sebagai nama bayi yang baru dilahirkan itu.
Del Shad juga menyatakan rasa gembiranya dengan kelahiran itu dan perkhidmatan yang disediakan di hospital berkenaan, demikian menurut laporan SPA.
Pelakon, Faralyna Idris berkongsi keterujaan dapat menghabiskan masa sendiri ‘Me Time’ di luar rumah tanpa anak-anak. Dapat menghabiskan masa sendiri merupakan momen yang amat berharga ibarat ‘recharge’ kembali.
Menurut ibu kepada 2 cahaya mata ini, dia juga pernah berada dalam situasi anak-anak masih kecil dan tiada masa untuk diri sendiri. Jadi dia sangat memahami ibu-ibu yang masih ‘struggle’ bersama anak kecil.
Pelakon yang popular dalam drama Mencintaimu 2 dan Gila-Gila Remaja ini turut berkongsi video ‘me time’ sambil minum kopi dan raut wajahnya jelas gembira menikmati momen itu.
Lepas subuh tadi, suami tanya.. “Jadi keluar harini?” I jawab, “Jadi.” Dia gelak.
Oh shoot. Kenapa dia gelak? I salah dengar soalan ke? I salah jawab ke? Apa i jawab tadi? “Kenapa Yamyam gelak?”
“Laju jawab.” Oh… a ah eh. Sesaat lepas ditanya terus sahut, “Jadi!” tanpa ragu-ragu. 😂😂 We both laugh.
Memang itulah kan. Isteri kalau dapat green light keluar spend time, sama ada sorang atau jumpa kawan, suka lah.
What more if she’s a mother kan?
Relaxnya eh akhirnya dapat minum kopi yang masih panas #YTJT #IYKYK
Tapi I faham juga kalau ada yang tampil & cakap, I tak ada peluang ni sebab anak kecil, tak boleh tinggal, tak ada orang boleh jagakan walau sekejap.
Because I’ve been there. Sabar okay. Your time will come
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.