Suami Nak Anak Ramai! Ayu Raudhah Umum Dirinya Kini Hamil Anak Keempat

Share

Pelakon Ayu Raudhah mengumumkan dirinya sedang hamil anak keempat di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto yang dimuat naik, Ayu berkongsi berita gembira tersebut bersama pengikutnya.

“Rezeki Allah tu datang dalam berbagai bentuk. Kini Ayu berkongsi dirinya dah hamil 19 minggu.

Ayu menyatakan memang suami pun nak anak ramai dan doa ini dah dimakbulkan Allah.

“Lepas ni Laura Zuleykha dah jadi kakak,” tulisnya.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

Ayu dan suaminya, pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abdul Razak berkahwin pada 21 Januari 2011.

Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Sumber: Ayu Raudhah

IKLAN