Suami, Nak Tegur Isteri, Jangan Depan Anak. Risau Mereka Tak Hormat Ibunya!

Share

Bila dah berkahwin, suami atau isteri ada hak untuk menegur satu sama lain. Cuma bagaimana teguran itu, ada caranya. Tambah lagi bila ada anak-anak, tunjuklah yang elok depan mereka.

Sebab itu, ramai yang berpendapat, jika suami atau isteri nak tegur, jangan tegur depan anak-anak. Elakkan anak mendengarnya.

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kenapa kita ibu bapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambil tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak hormat ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak hormat isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita hormat isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak.

Anak-anak akan benar-benar percaya dan hormatkan pada ibunya. Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!..

Sumber: Viral Muafakat Johor

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

 

IKLAN