Perjuangan melahirkan anak bagi seorang wanita ibarat hidup dan mati. Tak kira sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan. Kedua-dua sakit sama, hanya cara saja yang berbeza.

Tiada apa yang diperlukan bagi wanita selain sokongan suami atau ahli keluarga terdekat ketika saat nak bersalin.

Perkongsian dari seorang suami, Azlan Noor mengenai kenapa masa isteri nak melahirkan anak suami sangat diperlukan disisi ataupun ahli keluarga terdekat.

Kalau masa seronok boleh sama-sama, kenapa masa nak melahirkan, isteri kena tanggung seorang diri? Saya ada satu kisah.

Yang buatkan saya nekad untuk tak terlepas setiap kelahiran anak kami lagi.

Malam tu Surihati kejut,

“Papa, jom pergi hospital. Sakit makin kerap ni.”

Saya tenyeh-tenyeh mata dan tengok jam di henset. Pukul 1 pagi. Cepat-cepat saya bangkit dan bersiap ke hospital.

Sementara Surihati bersiap, saya angkat masuk kereta beg yang dia dah sediakan. Beg pakaian si ibu dan baby. Awal awal lagi dah standby sebab beberapa hari sebelum tu baby bagi false alarm. Haha.

Suami Penting Masa Bersalin. Tengok Isteri Melahirkan Anak Dah Boleh Lembutkan Hati

Sampai di hospital, terus pergi ke tempat bersalin. Sementara Surihati duduk di kerusi sekejap, saya pergi daftar. Lepas beberapa minit, misi panggil masuk. Nak periksa bukaan. Tak lama lepas tu dia keluar. Perlahan langkahnya.

Masa duduk di kerusi tu, saya tengok mata dia pejam sambil muka berkerut. Tangan erat pegang kerusi. Saya tahu dia sedang tahan sakit. Tak lama lepas tu, misi datang dengan kerusi roda.

Angkut semua beg, misi tadi tolak sampai ke wad. Tukar baju hospital, letak beg, kemas barang semua. Masuk subuh tu pun Surihati belum masuk bilik bersalin sebab belum cukup bukaan lagi.

Pukul lapan pagi macam tu, baru dapat green light untuk ke bilik bersalin. Surihati terus ditolak masuk bilik. Saya diberi kad akses keluar masuk.

IKLAN

Di bilik, Surihati masih bertahan. Tenang wajahnya. Saya duduk disebelah kanan dia. Saya genggam erat tangan kanannya. Saya tahu dia dalam kesakitan. Saya ambil surah Yasin dan baca. Entah berapa kali ulang pun dah tak perasan.

Sesekali saya tengok muka dia. Jelas tanda keletihan. Masa tu contraction makin kerap. Ada ketika dia geliat menahan sakit. Dengan nafas turun naik yang makin laju, tiap kali sakit menyerang, dialihkan wajah ke sebelah sana.

Dahi dan atas bibirnya mula berpeluh. Saya gosok-gosok tangannya. Saya tahu itu tak beri apa-apa kesan, tapi saya percaya mental dia kuat bila saya ada bersama. Tiap kali sakit, tiap kali tulah dia ramas tangan saya. Dalam hati ni,

“Kalau itu boleh kurangkan sakitmu, buatlah apa sahaja sayang.”

Sesekali saya nampak ada air jernih mengalir dipipinya.

Tiba-tiba doktor datang. Dia periksa bukaan.

“Suami boleh tunggu di luar sekejap ye.”

Saya akur.

Beberapa minit lepas tu, doktor panggil.

IKLAN

Surihati dah sedia meneran. Saya pegang tangan dia untuk bagi semangat. Saya jadi saksi, betapa kuatnya dia usaha untuk lahirkan zuriat saya. Tudung dah senget benget. Muka pucat dengan peluh menitik di dahi.

Pembantu termasuk doktor juga bagi dorongan untuk meneran.

“Satu dua tiga, tarik nafas. Teran! Pandai! Sikit lagi.”

Lepas saya masuk tu, cukup tiga kali teran, Alhamdulillah anak ketiga kami selamat dilahirkan. Saya paling tak boleh lupa momen saya lihat anak itu diletakkan di dada Surihati. Allahu, air mata saya mengalir tanpa sedar.

Betapa saat hidup dan mati tu, Allah makbulkan doa untuk selamatkan isteri dan anak saya.

Suami Penting Masa Bersalin. Tengok Isteri Melahirkan Anak Dah Boleh Lembutkan Hati

Tak henti-henti mulut saya ucap Alhamdulillah.

Masa tu teringat saat kelahiran anak pertama kami dulu sebab saya tak berpeluang untuk rasai pengalaman ni.

IKLAN

Dah dekat sangat dengan due bersalin, dapat arahan dari orang atasan. Kena outstation ke Jepun. Awal tu saya tolak. Tapi lepas bincang dengan bos, terpaksa pergi juga. Risau giler kot.

Hari kedua kat Jepun, dapat mesej dari Surihati katanya dah masuk hospital.

Allah.. Luluh hati saya.

Saya fikir satu je. Dah la anak pertama. Mana ada pengalaman bersalin. Dan dia terpaksa lalui seorang diri.

Terkulat-kulat saya dalam bilik hotel seorang diri. Sekejap duduk sekejap bangun. Serba tak kena. Mujurlah dia selamat lahirkan anak kami. Tak ada apa-apa masalah.

Cuma hingga sekarang, ralat masih ada dalam hati. Terfikir, kenapa tak tolak tawaran tu? Mungkin ada hikmah Allah nak bagi.

Lepas kejadian tu, saya nekad. Saya akan berada di sisi Surihati untuk kelahiran anak ke seterusnya. Biar saya sama-sama ada saat dia kesakitan.

Tak boleh saya bayangkan, jika Surihati kena lalui semua tu seorang diri lagi.

Saya tak sanggup.

Benar, bersalin tu adalah tugas yang Allah bagi khas buat wanita. Tapi sebagai suami, andalah yang patut temani isteri,

  1. Sebagai tanggungjawab orang bawah tanggungan. Kalau kahwin boleh bersama, makan bersama, tidur bersama, berjalan bersama, kenapa masa melahirkan anak kita, kita tak nak bersama?
  2. Isteri akan rasa dihargai dan disayangi. Sama senang, sama susah. Akan timbul rasa sayang yang tebal kepada pasangan.
  3. Sokongan moral untuk hilangkan debar dan kurangkan kesakitan. Suami boleh pegang tangan untuk bagi semangat atau gosok belakang untuk kurangkan sakit. Juga boleh baca Selawat dan Zikir Nabi Yunus, atau Yasin.
  4. Boleh lembutkan hati suami yang keras bila lihat sendiri susah payah isteri melahirkan. Bila ingat momen tu, hati suami akan lembut. Suami akan lebih sayangkan isteri dan keluarganya.Percayalah, isteri tak perlukan orang lain waktu tu. Cukup suami tersayang ada disisi saat dia berjuang. Selepas sembilan bulan mengandung, inilah saat paling getir bagi seorang ibu.

Masa ni lah nak buktikan kita pasangan sehidup semati. Kerana saat melahirkan zuriat itu, adalah saat antara hidup dan mati.

Sumber: Azlan Noor

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI