Tiada kata yang dapat diungkapkan selain rasa terharu melihat perkongsian gambar dan video pengacara Borak Kopitiam, Dayah Bakar yang kini sudah pun kembali bersama suaminya di Australia.

Terpisah sekian lama selama 377 hari, Dayah, suami dan anak mereka, Akhbar Muhammad Fahri kembali bersatu setelah Dayah berangkat untuk bersama menetap di sana.

Sekian lama menanti, akhirnya Dayah tampil berkongsi video dan gambar pertemuan itu di instagramnya khusus untuk pengikutnya di instagram yang selama ini ternanti-nanti perkembangan Dayah di sana.

Kata Dayah dia berasa terharu dan amat bersyukur dengan semua yang selalu mendoakan kebahagiaannya.

“Thank you so much for the overwhelming and continuous love, doa and warm wishes for us.

“Sungguh, rasa terharu dan sangat bersyukur bila terlalu ramai yang mempunyai hati yang sangat besar dan baik. Yang bahagia bila melihat saya bahagia, yang turut berkongsi rasa sedih seolah-olah mengenali saya secara dekat.

IKLAN

“Cinta itu adalah kebaikan, dan saya merasakan kebaikan yang tulus dari kalian.

“ And be patient , for indeed Allah does not allow to be lost the reward of those who do good“ ( Surah Hud :115),”tulis Dayah diinstagramnya.

Suami Raikan Kedatangan Anak Isteri

Dalam entri terdahulunya, Dayah turut berkongsi sebuah video pertemuannya bersama suami ketika berada di lapangan terbang. Sayunya melihat video yang dikongsikan Dayah. Dengan membawa jambangan bunga dan kad khusus untuk isterinya, Kapten Hanif memeluk anak dan isterinya melepaskan kerinduan sekian lama.

Malah dalam video yang sama juga Kapten Hanif turut meraikan kepulangan anak dan isteri dengan mempersiapkan belon dengan ucapan selamat datang buat suri hatinya. Bukan itu bahkan Hanif turut mempersiapkan ruang bermain untuk Fahri.

IKLAN

“377 hari.

“Perjalananan dengan 1001 cerita yang tidak mungkin dapat ditulis dan diungkapkan dengan kata-kata selain dari rasa syukur.”

“Alhamdulillah 🤍Ibu , Baba dan Fahri dapat bersama , akhirnya.

“Terima kasih atas doa baik kalian yang tidak putus untuk Dayah dan keluarga. We appreciate it so much dan Dayah doakan sesiapa sahaja yang terpisah dengan yang tersayang akibat pandemik, sekejap atau lama , dekat atau jauh, dapat disatukan kembali . Amin,” kata Dayah dikapsyen.

IKLAN

Rata-rata wargamaya yang menonton video itu tidak mampu menahan sebak dan berkongsi rasa terharu mereka di ruangan kapsyen. Rakan-rakan selebriti turut sama meluahkan rasa syukur melihat kebahagiaan Dayah kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Sehingga kini video berdurasi 3.49 minit itu menerima lebih 2.5 juta tanda suka daripada seluruh pengikut Dayah di instagram.

Terdahulu, kira-kira setahun yang lalu Dayah terpaksa berpisah dengan suaminya, Kapten Hanif Hamidi yang berkhidmat di Australia dan disebabkan pandemik Covid-19, pasangan ini tidak dapat bertemu sehinggalah Dayah selamat bersalin bayi pertama mereka.

Artikel berkaitan: Pandai Fahri Kenal Baba Dia, Dayah Bakar & Suami Akhirnya Kembali Bersatu, Fahri Dah Jumpa Baba!

One Step Closer To See Baba & Dayah Bakar Selamat Tiba Di Australia, Fahri Bakal Bertemu Baba!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)