Bagi wanita bergelar isteri dan ibu menguruskan rumah tangga dan anak-anak pengorbanan besar dalam diri mereka. Lagi bertambah tanggungjawab itu apabila turut menjadi wanita bekerjaya dan memerlukan fokus yang tinggi kepada karier.
Tanpa masa yang cukup untuk memanjakan diri, akan menjadikan isteri penat, moody, wajah tidak ceria dan cepat stres hingga tertekan.
Suami perlu faham dan memainkan peranan yang penting dalam memberikan sedikit ruang kepada isteri. Ambil tanggungjawab bersama dan jangan mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan penat lelah isteri yang telah bertungkus-lumus memberikan yang terbaik kepada keluarga.
Ingatlah isteri juga perlukan masanya sendiri untuk melakukan perkara-perkara yang dia minat dan suka. Bukan hanya suami sahaja yang perlukan ‘me time’. Izinkanlah isteri mendapatkan ‘me time’nya sendiri dengan rakan-rakan, adik beradik, saudara mara asalkan tidak melanggar batasan.
Ketika isteri minta ‘me time’, mungkin suami boleh ambil alih sekejap menjaga sambil melayan anak-anak dengan aktiviti yang menyeronokkan.
Dalam sehari isteri dapat ‘me time’ sekurang-kurangnya 2 jam untuk memanjakan diri sendiri dah cukup gembira. Tak kiralah untuk isteri keluar dengan kawan, window shopping, mendengar muzik atau menonton rancangan kegemaran di televisyen tanpa gangguan.
Ramai isteri beranggapan bila dapat keluar dengan kawan sambil santai-santai dah boleh tenangkan fikiran. Sambil bertukar cerita pengalaman masing-masing dapat juga menikmati makanan kegemaran. Kiranya dapatlah berehat sekejap dari memikirkan menu untuk di masak.
Bukan itu sahaja, memanjakan diri di spa sambil melakukan urutan antara momen yang paling best untuk isteri. Lagi-lagi bila dapat rasa diri dibelai dan diurut. Walaupun bukan selalu memadailah buat seketika.
Lagi seronok jika suami ada rezeki lebih buat pula kejutan dengan memberi pakej percutian untuk isteri. Semestinya isteri akan rasa cukup dihargai atas penat lelahnya menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Bagaimanapun bagi suami yang mampu tiada masalah tetapi jika ada beberapa komitmen lagi penting, anda tetap boleh buat kejutan diluar jangkaan isteri.
Ads
Caranya mudah sangat hanya langgan pakej NJOI Prepaid untuk isteri tonton rancangan atau filem kegemaran mereka di rumah dan hantar penyertaan, anda berpeluang menang hadiah bulanan atau hadiah utama bagi pakej pelancongan untuk dua orang. Paling best peluang isteri dapat ‘me time’ pergi melancong secara percuma.
Mana tahu rezeki ini boleh jadikan impian orang yang anda sayang satu kenyataan dan ia juga sebagai tanda terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu yang baik. Semestinya pakej NJOI Prepaid ini sangat berbaloi!
NJOI Pakej Murah, Hiburan Tanpa Henti
NJOI Prepaid dekoder TV satelit percuma Astro dilengkapi 49 saluran percuma untuk anda termasuk 29 saluran TV dan 20 saluran radio meliputi pelbagai program menarik seperti berita, dokumentari, informasi terkini dan hiburan tanpa yuran bulanan serta caj tahunan.
Anda boleh menambah lebih banyak saluran prabayar dengan memilih pakej serendah RM5 untuk 3 hari. Jika nak tambah turut ditawarkan untuk 7 hari dan 30 hari.
Selain menyediakan 49 saluran percuma, kelebihan NJOI Prepaid ini juga adalah:
– tiada kontrak – tiada bil bulanan (bayaran sekali sahaja) – boleh tambah saluran tambahan jika perlu – jaminan selama setahun
Ads
NJOI Prepaid Top Up & Terbang
Peraduan NJOI Prepaid Top Up & Terbang berlangsung dari 1 Julai hingga 30 November 2019. Hadiah bulanan akan diberikan pada setiap bulan kepada pemenang dan untuk hadiah utama akan menanti anda pada Disember nanti.
Perlu ingat semakin banyak anda tambah nilai, semakin banyak penyertaan yang anda miliki, peluang untuk menang lebih besar. Peserta yang memenangi hadiah bulanan tetap berpeluang memenangi hadiah utama.
Antara syarat peraduannya adalah:
Hadiah Bulanan: Tambah nilai kredit NJOI Prepaid dengan minimum RM20 semasa tempoh peraduan.
Ads
Hadiah Utama: Tambah nilai minimum RM100 (5 mata) untuk layak mendapat hadiah utama semasa tempoh peraduan berlangsung.
• Setiap RM20 tambah nilai = 1 mata
Cara Menyertai Peraduan
Untuk menyertai peraduan ini, anda boleh menghantar melalui SMS (satu kali penghantaran sahaja)
SMS NAKNJOI dengan 12 digit nombor kad pintar ke 66688
contohnya: NAKNJOI<SPACE>123456789010
Klik Gambar Ini
Hadiah utama menanti 2 pemenang bertuah iaitu pakej percutian termasuk tiket penerbangan, penginapan dan insuran perjalanan bagi destinasi terpilih. Pemenang boleh memilih sama ada untuk menunaikan umrah atau melancong ke Korea, Jepun, Bali atau Singapura bersama pasangan.
Bukan itu sahaja, hadiah bulanan menarik disediakan seperti TV LED 40 inci, perkakasan memasak Vantage, pembersih hampagas Shimono serta saguhati berupa kredit NJOI Prepaid bernilai RM50.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari laman peraduan ini.
*Pelanggan sekarang boleh tambah nilai NJOI Prepaid secara online di sini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya risiko kena penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru sangat tinggi pada anak dan isteri seorang perokok. Kesan bahaya asap rokok bukan hanya pada orang yang menghisap itu sendiri tetapi rupanya pada orang lain yang berhampiran dengannya. Kalau suami seorang perokok maka anak-anak dan isteri adalah mangsa paling hampir mendapat risiko sangat bahaya.
Ini bukan cakap kosong tanpa fakta tetapi ia adalah kajian yang banyak dilakukan seperti diberitahu oleh Dr Che Aminuddin Hashim, Pakar Respiratori sebuah hospital. Menurut beliau ada banyak bahaya besar jika duduk dengan seorang perokok.
Katanya lagi, kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok memang berisiko (sangat bahaya) terdedah pada pelbagai penyakit.
“Seorang yang hisap 20 batang rokok sehari selama 20 tahun meningkatkan peluang untuk dia kena penyakit asma yang teruk sangat tinggi. Karbon (akibat asap rokok) akan terkumpul di hujung paru-paru. Yang “bestnya” faedah orang merokok ni karbon terkumpul di dalam paru-paru dan tak boleh keluar.”
“Bila dia hembus asap rokok akan keluar dan jadi “second-hand smoke” (asap rokok yang lebih bahaya) sebab bila hembus asap keluar ia akan campur dengan kotoran dari dalam paru-paru penghisap rokok itu.
Perokok hisap asap “fresh” tapi menghembus keluar asap yang bercampur dengan bakteria dan kotoran. Jadi anak-anak dan isteri yang berada berdekatan dengan perokok akan mendapat “second-hand smoke” dan berhadapan dengan RISIKO LEBIH TINGGI nak kena kanser paru-paru berbanding dengan isteri dan anak-anak yang suami/ayah tidak merokok!”
“Ini orang dah buat kajian dan ia adalah FAKTA!” tegas beliau lagi.
Bahaya yang kedua
Bila hisap rokok, asap yang dikeluarkan akan melekatkan kesan pada barangan yang berasaskan fabrik seperti kain, karpet, sejadah dan perabot-perabot rumah yang guna fabrik. Bila anak-anak bermain di tempat yang tercemar dengan asap rokok ini, mereka akan tersedut kesan asap tadi.
Kajian menunjukkan bahawa asap yang melekat itu boleh mengakibatkan kanak-kanak ini mudah terkena asma bila besar nanti. Jadi penyakit akibat merokok ini memang sangat bahaya.
Sama juga dengan kesan menghisap vaping. Walaupun nikotin dalam VAPE sedikit tetapi Vape mengandungi bahan kimia atau pewarna untuk menyedapkan rasa Vape tersebut yang boleh menimbulkan tindak balas juga dengan udara dalam paru-paru dia hembus tu menyebarkan persekitaran yang masih tidak segar.
Asap hembusan Vape juga boleh membahayakan orang di sebelah yang menghidunya.
Dalam paru-paru kita sebenarnya ada bermacam kotoran yang berkumpul, jadi asap yang keluar bersama dengan penghisap rokok mestilah yang tercemar.
Menurut beliau, kerajaan sudah keluarkan larangan merokok di semua kedai makan walaupun yang tidak berair-cond cuma perlaksanaan undang-undang ini masih belum dimulakan lagi buat masa sekarang.
“Ada orang tanya saya, kenapa ada orang merokok sampai umur 80 tahun dan tak sakit apa pun?
Ya betul sebab paru-paru setiap orang berbeza, ada yang tahan asap, ada yang tak boleh tahan. Yang tak boleh tahan asap, saya akan nasihat awal-awal, kalau nak hisap juga mudah dapat sakit dan akan masuk wad hospital!” katanya lagi.
Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan, rata-rata rakyat Malaysia tiada punca pendapatan bagi yang bekerja gaji harian. Ramai yang terkesan dan mula berjimat cermat.
Namun mungkin ada yang kurang bernasib baik. Ketika inilah kita perlu lebih kreatif dan bijak mengawal situasi agar keadaan terkawal. Bukan tiada yang boleh menghulurkan sumbangan namun permintaan tinggi daripada pemohon membuatkan pemberian agak terhad.
Pertama saya nak minta maaf banyak-banyak. Ramai yang pm,WhatsApp saya minta bantuan duit untuk beli Pampers anak dan beli susu anak. Pampers pula minta yang berjenama mahal,dengan alasan anak ada alahan dengan pampers murah🤦♂️
1 saya cadangkan guna kain lampin bayi yang boleh dibasuh dan boleh diguna semula. Rupanya ada dah pakai kain lampin ni. Tapi masih ramai tak sedar pakai kain lampin macam mak mak kita dulu lebih baik dan menjimatkan.
2. Anak yang 2 tahun ke atas tidak perlu lagi susu terutama susu tepung tidak kiralah apa apa jenama sekali pun. Susu buatkan mereka kenyang dan akan menolak untuk makan real food. Sebab itu anak jadi picky eater. Anak 2 tahun ke atas sudah pandai mengunyah,sudah ada gigi,jadi kena ajar dia makan dan makan.
Beri mereka makan nasi,ada sayur,ada ikan,ada ayam. Anak saya sendiri selepas 2 tahun saya tidak utamakan lagi susu. Kecuali susu segar sebagai snak. Tapi saya utamakan nasi,ikan,sayur,air masak.
Tanyalah mana mana Doktor pakar kanak kanak mereka lebih utamakan real food berbanding FM. Melainkan anak itu ada masalah kesihatan yang memang dicadangkan oleh doktor untuk ambil FM.
Sekarang ini anak kita sihat,tapi kita still lagi bagi FM sebagai pengganti makanan,sedangkan anak dah mencecah 3-4 tahun. Bila susu takda kita bagi susu pekat manis. Dengan alasan anak taknak makan nasi. Memang lah anak taknak makan sebab kita tak tegas dan terus layan dia minum FM semata.
Maaf sangat sangat jika ada yang tak setuju posting saya ini. Saya bukan taknak menyumbang. Tapi dalam keadaan RMO ini kita kena cari alternatif untuk lebih berjimat.
Sebab ramai sangat minta bantuan duit nak beli Pampers nak beli FM. Bila saya cadangkan solusi yang lebih bagus saya pula kena marah.
Sekarang ini kita nak bantu semua. Bukan sikit orang dalam keadaan susah sekarang. Semua orang tersepit. Jadi kita kena cari solusi lebih baik dan lebih memberi kesan yang baik kepada kesihatan juga.
Jika anak guna Pampers pakai buang,berapa banyak dah kita kena belanja. Jika anak minum FM 3-5 kali sehari berapa banyak belanja kita perlu keluarkan sedangkan perbelanjaan beli susu FM itu boleh beli keperluan dapur untuk lebih dari seorang anak.
Pastikan menu yang sihat untuk anak dalam tempoh RMO. Jangan jejaskan kesihatan mereka dengan makanan segera,makanan tinggi gula,makanan tiada khasiat.
Nasi,sup sayur,singgang,masak sayur lemak,sup ayam,sup ikan ini semua menu yang sihat dan paksa anak anak makan menu sihat.
Majoriti ibu ayah yang solat mesti selalu kena ‘ganggu dengan anak kecil kan? Memang tak boleh nak elak lagi-lagi anak yang pandai merangkak atau berjalan. Sebelum usia anak 5 tahun ke atas inilah situasi yang kita kena hadap.
Bukan itu saja, waktu kita nak solatlah mereka nak buat “show”. Lepas tu minta itulah, minta inilah. Lagi bertambah kesabaran ibu ayah, siap baring lagi atas sejadah.
Melalui perkongsian Puan Hidayah Hazir, sebenarnya anak yang selalu kita anggap kacau solat kita itu, dia dalam proses pembelajaran dan melihat bagaimana cara ibu bapanya menunaikan solat.
Baru sarung telekung, anak dah menangis. Baru angkat takbir dengar pula mereka bergaduh. Waduh, dah tengah berdiri baca Al Fatihah masa tu la nak peluk kaki walid beritahu lego saya dah siap pasang.
Sekejap lagi bila rukuk, cubaan mendaki belakang pula… Bila kita sujud! Check mata la. Yahuuuu, terus panjat belakang!
Itu belum cukup lagi anak masuk keluar masuk keluar dalam telekung. Main cak cak dengan kita.
Kita ni kalau tunggu anak aman baru nak solat, hmmmm alamatnya hujung waktu baru solat. Habis tu kalau perangnya tak aman? Tak nak solat ke? Silap hari bulan leburlah solatnya.
Ya, ramai yang lebur solatnya dan menganggap perkara ni perkara biasa. Sedang solat ni wajib ya ibu ayah. Ini antara soalan unggul yang malaikat akan tanya dulu bila kita kembali menghadap Allah.
Jadi solatlah! Biarlah anak kacau. Biarlah ada si cilik ini mengganggu. Tak apa! InshaAllah, apabila kita tekad dan bulat nak laksanakan Rukun Islam ni, mesti Allah akan bantu kita. Berulangkali solat depan anak, anak akan mula faham sebab itu rutin.
Sebab itu kena solat. Solat ini WAJIB! Allah suruh solat. Ni peluang kita “dating” secara terus dengan Allah. Jangan tinggal solat. Kalau anak tak tahu itu rutin, itu yang kena ganggu je selalu solatnya. Anak akan perhati setiap perbuatan kita.
Anak ini pemerhati terbaik. Mereka memang akan “copypaste” hampir semua perbuatan kita!
Lama kelamaan tanpa disuruh, anak akan ikut setiap perbuatan. Sebab benda itu rutin. Jadi, SOLATLAH ibu ayah.
Ibu ayah nak anak jadi soleh, ibu ayah kena soleh dulu. Ibu ayah nak anak takut tinggal solat, ibu ayah kena takut tinggal solat. Ibu ayah nak anak solat, ibu ayah kena solat. Ibu ayah nak anak tutup aurat, ibu ayah kena tutup aurat dulu.
Sama lah, ibu ayah nak anak makan sayur, ibu ayah kena makan sayur! Kepimpinan melalui tauladan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.