Seorang ibu, apa-apa mesti akan utamakan anak dulu. Tak kisahlah bab makan atau beli apa-apa keperluan. Begitu jugalah situasinya bagi pelakon Ozylnn. Mengakui sifat keibuannya membuatkan dia tidak kisah orang memandang walaupun tengah menyuap nasi pada anak-anak biarpun ketika berkunjung ke restoran mewah.
Kata Ozylnn menyuap nasi pada anak-anak menggunakan tangan sendiri adalah yang terbaik.
“Mak-mak..buh (tempatkan) lah restoran mahal tang (di) mana pon..kalau kata kena suap anak.. Confirm pakai tangan mesti yang terbaik dan terpaling best. Anak kena hadap la kan..” katanya.
Isteri kepada pelawak Johan itu berkongsi perkara tersebut di akaun instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Ozylnn memuat naik foto menyuap anak-anaknya itu makan.
Ads
Tambah Ozylnn lagi, tugas menyuap anak ketika keluar makan ada ketikanya membuatkannya tidak sempat untuk menjamu selera kerana sibuk menguruskan anak-anak.
“Kadang kala, kalau makan kat luar, lepas kita suap anak-anak giliran kita pulak..pastu anak kecil dah nangis.
“Jadi tak sempat la nak makan, cuma dapat rasa saki baki di jari dan pinggan bekas suap anak sikit..ahh terus kenyang.
Ads
“Siapa sama macam saya? Jadi yang terakhir selepas itu terus tak sempat makan tapi kenyang..” ceritanya lagi.
Seronok tengok Ozylnn layan anak
Sementara itu, ramai peminatnya bersetuju dan suka tengok cara Ozylnn layan anak-anak. Gayanya yang bersahaja tu memang nampak sifat keibuan. Di sebalik ketegasan, sikap penyayangnya itu patut dipuji.
Ozylnn dan Johan dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Kredit: IG jozylnnhanania
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betul ke anak nombor dua selalu diabaikan? Tiba-tiba je entah kenapa hati saya jadi sebak teringatkan anak kedua saya ni, Muhammad Solahuddin.
Saya perasan sesuatu. Dia agak ‘ rebellious’ akhir akhir ini. Ye, memberontak! Bila saya kaji kaji balik, bukan sebab tak cukup kasih sayang tapi sebab kasih sayang yang diberikan tu tak seimbang.
Solahuddin ni anak kedua. Di atas ada kakak, di bawah ada adik. Perhatian dan kasih sayang saya mungkin ada 100% untuk mereka tapi 34% pada si kakak, 34% kepada si adik tapi pada anak yang di tengah cuma 32% je lah!
Rupanya betul, ada kajian yang dipanggil Birth Order and Delinquency : Evidence from Denmark and Florida pun menyebut bahawa anak kedua ni mungkin akan bersifat REBELLIOUS!
Mengikut kajian tu lagi, anak kedua ni akan mengalami masalah di sekolah 25% – 40% melebihi anak yang sulung!
Kenapa? Sebab anak kedua ni biasanya akan dapat KURANG PERHATIAN ( less attention) dibandingkan kakak dan adiknya yang lain!
Sebak!
Ya Allah. Ampuni lah kekhilafan hambaMu ni Ya Allah.
Bila dah sedar, insyaAllah kita boleh topup balik emosi anak yang sedang lopong tersebut. Caranya adalah:
+ Banyakkan kembali eye contact dengan anak kedua
+ Banyakkan kembali sentuhan seperti pelukan dan ciuman. Paling berkesan, gosok ubun ubun anak tu sebelum dia tidur
+ Bagitahu anak kita dengan jelas kalimat I LOVE U ataupun MAMA SAYANG KAMU
+ Kalau bergurau dengan anak sulung, kena bergurau sekali anak kedua dan adik adiknya
+ Ajar la ilmu ni pada suami sekali sebab suami la ketua dan kapten rumahtangga. Kalau isteri je bersungguh tak menjadi juga
p/s : Fuh. Kesilapan ni nampak je sederhana tapi efek pada anak boleh bawak sampai ke usia dewasa!
Perasankah anda, ada masanya kita akan memarahi anak-anak sebelum waktu tidurnya? Sebenarnya kita mahu melatih mereka menjadi lebih berdisiplin dan tidur mengikut jadual tetapi sebenarnya ia mempengaruhi emosi mereka.
Tidur selepas kena marah tidak elok untuk perkembangan emosi anak kerana ia membuatkan mereka merasa sedih dan tidak dipedulikan. Terutamanya jika kita biarkan mereka tertidur sendiri selepas dimarahi tanpa dipujuk.
Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam dan tempoh tidur ini membantu pertumbuhan tubuh anak-anak.
Sewaktu anak-anak tidur pertumbuhan hormon berlaku dalam masa beberapa jam. Anak yang cukup rehat akan berasa segar untuk bermain, belajar dan mengurangkan stres keluarga.
Ibu bapa akan berasa stres jika terpaksa memujuk anak tidur awal. Jika tak cukup tidur mesti mengamuk apabila dikejutkan. Malah keadaan ini mengganggu waktu tidur ibu bapa yang bekerja keesokan harinya.
Umumnya tidak ada panduan yang benar-benar boleh diikuti. Tiada salah untuk ibu bapa mencuba apa-apa kaedah untuk membiasakan anak tidur awal.
Tapi ingat, mengajar anak untuk tidur awal bukanlah dengan kekerasan seperti dimarahi atau ditakutkan dengan rotan!
Jadual
Masa untuk tidur hendaklah tetap mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap malam. Sekiranya anda mahukan anak tidur jam 9:00 malam, jadual untuk tidur tidak boleh berubah-ubah. Sekiranya setiap malam berubah-ubah jadual akan meletihkan kanak-kanak. Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda.
Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Oleh itu jangan melayani kerenah anak dan bertegas dengan jadual yang telah anda tetapkan. Peringkat permulaan agak sukar tetapi apabila jadual yang ditetapkan diikuti ia akan menjadi kebiasaan.
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain. Semua permintaan dijadikan sebahagian dalam rutin sebelum tidur. Sekiranya dengan membenarkan permintaan yang sesuai sebagai rutin sebelum tidur.
Misalnya membenarkan membawa satu alat mainan sebagai teman untuk tidur. Pastikan dengan jelas satu permintaan adalah had yang peruntukan yang diberi. Jangan layani permintaan yang lain. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
Tegas
Apabila anak anda telah masuk bilik tidur atau telah baring di atas katil pastikan anda bertegas dengan peraturan. Anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur.
Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda. kurangkan interaksi dengan anak anda. jika anak anda berterusan mahu keluar bilik anda memberi amaran akan mengunci bilik tidur. jika anda tegas dengan peraturan, anak anda akan memahami dan mematuhi pada hari-hari berikutnya.
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur.
Memberi kata-kata semangat yang positif yang mudah difahami dapat memberi ketenangan sebelum anak itu tidur. Contohnya memberitahu badan yang sihat dan cergas baik untuk belajar di sekolah.
Baca buku
Sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita.
Pastikan memilih buku yang sesuai dan bukan buku yang menyeramkan dan menakutkan anak-anak. Pilih buku yang menggembirakan dan memberi ketenangan kepada anak anda sebelum tidur.
Tutup televisyen
Masalahnya jika mempunyai keluarga besar atau adik-beradik yang ramai. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain. Faktor gangguan persekitaran menjadikan masalah untuk tidur. Pengorbanan ahli keluarga diperlukan untuk membantu anak-anak mematuhi jadual tidur yang dirancang.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tidak mahukan percutian. Percutian bagi ibu-ibu amat penting untuk meregangkan kembali keadaan. Malah psikologis juga mencadangkan mom-cation ibu-ibu bercuti supaya boleh menjalankan tugas dengan baik.
Ibu-ibu didapati tidak mendapat rehat yang cukup ditambah dengan pelbagai punca ketegangan seperti menguruskan kekangan kewangan keluarga dan jadual yang ketat menguruskan anak dan suami. Jadi psikologis menyarankan para ibu mendapatkan rehat melalui bercuti atau mom-cation!
Tidak perlu lama, 2 hari pun sudah cukup. Ia adalah solusi yang baik untuk memperbaiki kesihatan mental ibu, fizikal dan emosi.
Mom-cation ialah percutian yang diperlukan ibu-ibu yang percaya mereka memerlukan ‘me-time’ untuk melakukan tugas dengan lebih baik. Ia akan memberikan rehat yang cukup dan secara tidak langsung memberikan manfaat kepada sesebuah keluarga. “Dr Nava Silva, pakar psikologi berkata keseimbangan amat mustahak bagi perkembangan anak-anak dan situasi sebuah keluarga.
Ahli keluarga dan semua perlu faham bahawa tugas seorang ibu ialah full time job melakukan tugas-tugas, mencuci, mengemas, memasak, mendidik dan mengasuh anak dan banyak lagi. Bagi sesetengah ibu, idea percutian ini kedengaran ‘terlalu hebat’ untuk direalisasikan buat mereka. Tidak sanggup meninggalkan semuanya. Tapi ibu-ibu perlu tahu bahawa ibu perlu berehat.
Beberapa hari perlu ada dalam hidup para ibu tanpa merisaukan tentang apa yang perlu dimasak, tidur, anak buang air besar dan sebagainya. Ia seperti sukar untuk dilaksana tapi semua perlu tahu yang ibu-ibu perlukan rehat untuk terus memberikan khidmat terbaik dan juga memberikan impak yang baik kepada keluarga.
Mungkin ramai yang mengatakan percutian ini sukar untuk direalisasikan dan mempunyai kekangan seperti bajet kecil dan sebagainya. Beberapa tips ini akan membantu ibu berehat sebentar;
Ibu yang pulang daripada percutian mom-cation akan lebih segar dan cukup rehat. Malah ada ibu yang mengakui boleh menjadi ibu yang lebih sabar dan isteri yang lebih baik. Anda akan lebih menghargai apa yang ada di rumah kerana anda berpisah sebentar dengan rutin di rumah.
Tidak perlu lama, 2 hari pun sudah cukup. Ia adalah solusi yang baik untuk memperbaiki kesihatan mental ibu, fizikal dan emosi.
Sumber: www.healthy-holistic-living.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kicap untuk anak perlu dipilih dengan teliti kerana sesetengah produk mengandungi gula, garam dan bahan tambahan yang tinggi. Ketahui panduan memilih pilihan yang lebih sihat untuk si kecil.