Akhirnya, setelah hampir sebulan menanti penuh debar dan air mata, jasad adik Zara Qairina Mahathir, 13, kembali digali semula untuk dilakukan bedah siasat.

Malam tadi (9 ogos) , proses imbasan tomografi berkomputer (CT scan) dijalankan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) selepas kuburnya digali semula pada petang Sabtu (9 ogos) satu langkah penting demi mencari kebenaran di sebalik pemergian tragisnya.

Suasana Pilu, Akhirnya Jasad Zara Qairina Jalani Proses ‘CT Scan’

Peguam keluarga, Hamid Ismail, yang mewakili ibu mangsa, Noraidah Lamat, 45, memaklumkan bahawa sebaik jenazah tiba di hospital, proses imbasan dilakukan sebelum bedah siasat dijadualkan pada jam 9 pagi keesokan harinya.

Ads

Suasana Pilu, Akhirnya Jasad Zara Qairina Jalani Proses ‘CT Scan’

“Malam ini mereka akan membuat imbasan CT, kemudian pada esok pagi bedah siasat akan dibuat pada jam 9 pagi. Jadi, terpulang kepada pakar bedah nanti (bila keputusan bedah siasat diperoleh),” katanya ketika dipetik dalam berita Awani.

Walaupun hujan lebat sempat membasahi tanah perkuburan, Hamid menyatakan bahawa keadaan menjadi tenang sebelum proses bermula, membolehkan penggalian berjalan lancar.

Ads

“Memang hujan lebat, tetapi sebelum proses penggalian bermula, hujan telah mulai renyai-renyai dan keadaan jadi sangat baik. Tidak ada masalah, semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Suasana Pilu, Akhirnya Jasad Zara Qairina Jalani Proses ‘CT Scan’

Ads

Beliau turut meluahkan keyakinan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menjalankan tanggungjawab dengan telus, meskipun mengakui terdapat kelemahan awal apabila bedah siasat tidak dilakukan dan pakaian tidak diambil sebagai bukti.

“Di sana kesilapan, tetapi saya lihat pihak polis pun bekerjasama baik dengan kami dan saya yakin keadilan akan dapat ditegakkan bagi adik Zara,” tambahnya.

Sumber & Foto:  Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads