Trend joget sebelum dapat duit raya kelihatan seakan seronok namun ia secara tersirat mengundang ketiadaan adab santun dalam menyambut hari raya.
Cakna mengenai hal itu, Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, mengingatkan wanita Islam agar tidak terpengaruh dengan budaya ‘trend’ berjoget ketika menerima duit raya.
Melalui perkongsian di Facebook, Asma’ mengkritik tindakan segelintir wanita Islam yang seharusnya menunjukkan akhlak yang lebih baik selepas bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Ads
Gambar sekadar hiasan
“Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena JOGET, pastu rakam dan post, ramai wanita Islam tua muda buat sama.”
Ads
”Syawal ibarat mereka yang balik Haji, lepas sebulan Ramadhan sepatutnya kita lebih berakhlak. Jangan biasakan.”
Sementara itu, meninjau ruangan komen, rata-rata menyokong teguran tersebut dan menganggap ‘trend’ yang popular di media sosial itu tidak bermoral serta merendahkan martabat wanita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa cakap mak-mak yang ada anak kecil tak boleh jadi penyokong pasukan bola sepak dan menontonnya di stadium. Bagi yang minat bola sepak, ada anak kecil bukan penghalang untuk sama-sama membangkitkan semangat skuad bola sepak Malaysia dalam Sukan SEA 2017.
Puan Rohaizah Maulud atau lebih mesra dikenali sebagai Ezo membuktikan ada anak kecil tetap boleh menonton perlawanan bola sepak di stadium. Menyokong minat suami dan dua anak perempuannya yang sudah remaja dan amat meminati bola sepak, Ezo turut membawa Rayqarl Daniyal, 3 tahun menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Shah Alam baru-baru ini.
Dia mula membawa anak bongsunya, Rayqarl ke stadium menonton bola sepak ketika si kecil berusia 2 tahun lagi. Ibu tiga anak ini yang juga penyokong tegar skuad bola sepak JDT berkongsi tips yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu lain apabila hendak membawa anak kecil ke stadium menonton bola sepak.
Katanya lebih mudah dia dan suami membawa Rayqarl ke stadium kerana si kecil itu sendiri sangat meminati bola. “Jadi tak ada masalah bagi saya nak bawa dia ke stadium,” akhirinya yang berharap supaya pasukan negara dapat menggondol pingat emas dalam Sukan SEA kali ini.
Ada antara kita yang tinggal di rumah flat atau apartment yang mempunyai ruang agak terhad. Walaupun begitu, ia tetap boleh dihias menjadi cantik dengan ruangan tertentu mengikut fungsinya.
Bagi para ibu yang sukakan dekorasi rumah dan suka memanfaatkan sesebuah ruang,idea dari Farah Fauzana Ismail ini sangat bagus. Mewujudkan ruang belajar untuk anaknya, beliau menggunakan konsep meja lipat yang sangat menarik.
Barang yang diperlukan (untuk menghasilkan 1 meja):
*Meja belajar kanak-kanak
*Adjustable bracket (beli di MR DIY RM13.90)
*Wallpaper
Modalnya cuma RM17.30 sahaja!
Menurut Farah lagi, jika anda tidak mempunyai meja di rumah, bolehlah beli dengan harga RM13 di MR DIY. Kalau nak guna plywood juga boleh, tetapi prosesnya lebih leceh kerana perlu dicat dan modalnya agak mahal.
Langkah untuk membuat meja lipat:
1. Ni rupe asal permukaan meje ni..jadi mcm xkena la plok dgn tema nk deco2 ye lgpun abg ngoh 6thun dh abg long plok drjh 1 dh,insyaallah mahir dh basic alphabet ni..
2. So first step bukak la dulu sgale jenis skru n bracket tu..kite nk ambik papan die je..
3. So kite cover la dgn wallpaper..part ni gaduh jgk la,mama nk warne putih tp papa kte cpt kotor,bdk2 kn..ok fine,papa mng part ni..
4. Nilah rupenye adjustable bracket tu..mmg die jual sepasang..so 1 set utk 1 meja la..die ade byk saiz..mcm dlm gmbr ni saiz 12 inci..ade tulis kt bhgian ats..
5. Next tnde n psg la kakinye..
6. Dh siap due2 belah..
7. So marking la ikut ketinggian n keselesaan ank2…drill lubang n psg bende alah ni…jenuh jgk la papa mu moge pulas skru manual…tq papa,jasamu dikenang..
Taraa dh siap ye tuan puan..take note skit ye,bile nk lipat meje tu kene angkat dulu skit ke atas bru bleh klik butang die tu then brulh bleh lipat..klu tkn n trus lipat ke bwh mmg keras n xbergerak..utk safety mungkin..jgn nk menggelabah sgt,mcm aku semalam la.. kekononnye 2 in 1 la ni..meja study + tempat santai2 bace buku..tp nmpk gayenye mcm jadi tmpat main lompat2…
Ginilah rupenye bile dh dilipat..so kalu ade tetamu luas la skit nk solat ke ape ke..sekian saje tutorial..smoge bermanfaat..
Sememangnya idea ini sangat sesuai bagi anda yang menginginkan dekorasi ringkas dan moden tetapi tetap mempunyai fungsi pada ruangan yang terhad. Bolehlah cuba buat, bukan saja di ruang tamu bahkan di dalam bilik tidur terutamanya untuk anak-anak yang berkongsi bilik. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu mana yang tidak mampu melihat anaknya bahagia. Malah seorang ibu sanggup berjuang apa sahaja demi melihat anaknya tertawa gembira dan bahagia. Itulah bahagia buat seorang ibu.
Perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi tentang kehidupan dan kecekalan ibunya membesarnya anak-anak sememangnya meninggalkan kesan yang cukup mendalam. Betapa besarkan jasa seorang ibu, sanggup mengorbankan apa sahaja demi cinta hatinya.
Ramai yang kongsikan keperitan hidup tanpa mak di ruang komen. Ada beberapa komen yang buat saya sebak. Antaranya, yang kongsikan kisah kehilangan pasangan.
Saya lemah betul bila kenang kisah macam ni. Especially wanita dengan anak-anak yang masih kecil. Seperti kisah wanita dan anak-anaknya yang ‘ditinggalkan’ suami dalam gambar ini. Auto teringat mak. Dan diri sendiri waktu masa kecil.
Ayah meninggal dalam kemalangan jalan raya. Masa tu saya baru umur 2 tahun. Abang 4 tahun dan adik baru beberapa bulan lahir. Saya masih teringat mak saudara cerita. Hari masa ayah meninggal, ahli keluarga semua dah tau. Tapi rupanya mak masih tak sedar. Asbab masalah pendengaran, dia tak dengar apa dah jadi kat ayah masa tu.
Sesampainya ayah saudara dari utara, mak terus tanya keadaan ayah. Berkerut ayah saudara saya. Sebab tak sangka mak tak tau lagi. Bila dikhabarkan ayah dah tak ada, mak terus rebah.
Saya cuba letakkan diri saya di tempat mak saya. Saya dapat rasakan betapa gelap gelitanya dunia. Sekelip mata, kita terpaksa terima hakikat yang amat berat.
Orang yang paling disayangi, paling dekat di hati pergi meninggalkan dunia selama-lamanya. Pergi dalam keadaan anak baru nak belajar menyebut ayah. Sorang anak lagi, masih belum sempat merakam wajah ayah dalam memori.
Mak bukan saja hilang suami. Tapi hilang sahabat yang patut bersama membesarkan anak-anak yang masih kecil. Juga hilang insan yang menafkahi seisi keluarga.
Kesedihan yang amat dalam dan kepedihan yang amat menyakitkan juga buat diri mak ‘hilang’. Tenggelam dalam depresi. Mak seakan duduk dalam dunia sendiri. Kami yatim pada nama. Tapi yatim piatu secara realiti.
Setelah melalui episod dukacita yang panjang, mak kembali bangkit bekerja. Mak ambil masa yang lama untuk sedar bahawa dia perlu bangkit mengemudi keluarga tanpa ketuanya.
Kami pula, berbagi hak jagaan dengan saudara-mara. Mujurlah, kasih sayang dan sifat ihsan ahli keluarga lain menawarkan kami tempat berpaut. Dan beri kami kekuatan untuk terus hidup mendewasa. Walaupun di kelilingi tanggungjawab dengan keluarga sendiri, tetap tak ketepikan kami yang menumpang teduh.
Melihat ibu-ibu yang kehilangan pasangan ini, mengingatkan saya betapa hebatnya seorang mak berusaha. Walaupun terlalu lemah untuk berdiri, ibu-ibu ini akan terus usaha melangkah demi anak-anak yang masih memerlukan. Ya. Mak dah berkorban lebih dari apa yang kami faham pada masa itu.
Ketika saya melihat wanita-wanita lain yang kehilangan pasangan, saya faham betapa besar cabaran yang mereka hadapi. Terutama bila mereka terpaksa membesarkan anak-anak kecil tanpa suami di sisi. Saya tahu, perjuangan mereka jauh lebih berat daripada apa yang orang lain faham.
Mereka bukan sahaja terpaksa menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak sendirian. Tapi juga berjuang dengan emosi mereka sendiri.
Rasa kesepian, rasa rindu yang tak terungkap, dan rasa hilang arah. Dalam kesakitan itu, tetap usaha berdiri. Dan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Berusaha buat anak rasa cukup, rasa disayangi dan dikasihi.
Ibu-ibu yang kuat ini, mengajar anak-anak bahawa walaupun kita diuji dengan kehilangan yang besar, kita masih ada satu sama lain untuk terus berdiri teguh. Shout out to all the single mothers.
Pejuang luar biasa yang mendidik kita bahawa, dalam keadaan tempang, lemah dan hilang separuh diri, kita masih mampu berdiri dan melengkapi kehidupan insan yang kita sayangi.
Wawa Shauqi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.