Sufian Suhaimi Bakal Timang Anak Pertama, Tak Sabar Bergelar Bapa!

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi, Sufian Suhaimi yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Ujar Sufian menerusi satu temubual, isterinya Rania Al Sadat kini sedang sarat hamil 37 minggu dan hanya menunggu hari untuk menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga mereka.

Kata Sufian, dia dan isteri sudah pun bersedia pada bila-bila masa untuk menanti detik kelahiran anak pertama mereka dengan penuh debaran.

“Ya memang benar saya akan menjadi seorang bapa tidak lama lagi. Selepas ini jangan panggil saya Baby Pian lagi.

“Ketika ini kami sedang menunggu hari sahaja. Usia kandungan pun sudah memasuki 37 minggu.

“Jika tanya pada kawan-kawan pun sudah ada yang melahirkan pada usia kandungan 37 minggu, jadi saya perlu bersedia,” kongsinya.

Teruja Sambut Anak Sulung Pertama

Akui Sufian lagi, dia amat teruja untuk bergelar bapa malah tidak sabar melihat zuriat pertamanya bersama isteri tercinta. Momen ini disifatkan sebagai satu anugerah yang cukup bermakna dalam hidupnya.

Dia bagaimanapun sudah pun membuat persiapan dari segi mental dan fizikal untuk menggalas tanggungjawab dan amanah dari Allah ini dengan sebaiknya.

“Saya dan isteri sudah pun menyediakan kelengkapan bayi. Pun begitu saya akui sangat berdebar menanti detiknya.

“Sejujurnya saya dan isteri sangat-sangat teruja,” ujarnya lagi.

Kehamilan Isteri Dipermudahkan

Berkongsi kisah kehamilan isterinya, Sufian mengakui isterinya sememangnya seorang yang cukup kuat berdepan ujian kehamilan. Sepanjang tempoh ini, kehamilannya berjalan dengan cukup lancar dan dipermudahkan.

“Isteri saya sangat kuat. Dia tiada mengalami sebarang alahan yang ekstrem. Kalau ada pun hanya alahan biasa ketika trimester pertama. Muntah-muntah pun tak kerap.

“Mengidam pun tiada sangat. Kami memang suka food hunting jadi tiada apa yang ketara sangat.

“Isteri saya juga seorang yang cukup aktif. Sebelum Subuh kami akan cuba berjalan sejauh tiga kilometer dan dialah yang banyak push saya,” katanya lagi.

Persiapan Menjelang Kelahiran

Menjelang hari kelahiran, pasangan ini dilihat sudah melakukan pelbagai persiapan rapi bagi menyambut kelahiran cahata mata sulung mereka. Dari kelengkapan bayi hinggalah persediaan emosi, semuanya diambil serius oleh pasangan ini.

Fasa menunggu ini pastinya menjadi detik paling mendebarkan buat mana-mana bakal ibu dan bapa. Namun bagi Sufian, ia juga merupakan satu perjalanan yang penuh makna dan kenangan.

Dengan sokongan isteri yang kuat serta hubungan yang harmoni, mereka kini hanya menanti masa untuk bertemu cahaya mata pertama mereka.

Doa & Harapan Buat Sufian Suhaimi

Semoga segala urusan kelahiran dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Para peminat juga pastinya tidak sabar menantikan berita gembira kelahiran bayi sulung pasangan ini.

Terdahulu, Sufian dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025. Kini, mereka melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan sebagai ibu dan bapa.

 

Published by
SRM