Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara pasangan suami isteri yang sweet dan masing-masing satu kepala. Memiliki sepasang cahaya mata yang comel buatkan semua netizen geram.
Bagi yang selalu mengikuti perkembangan suami isteri ini, pasti seronok tenngok gelagat Aeril yang selalu menyakat Wawa. Tak kiralah waktu serius atau santai.
Menerusi perkongsian Wawa dalam instagramnya, dia menyatakan perangai anak lelakinya Ahmad Fakharuddin Attar sama dengan Aeril.
“Perangai, cara jalan, muka pun semuanya macam Aeril. Orang kata copy paste.
Ads
“Harapnya lepas ni Attar dapat jadi suami dan ayah yang baik macam ayah apabila besar nanti.
“Cuma kalau boleh jangan ikut perangai ayah yang asyik nak menyakat isteri sepanjang masa,” kongsi Wawa.
Untuk mendapat anak yang bijak dan cergas, ibu bapa boleh menggalakkan anak melukis supaya dapat merangsang otak kanannya. Oleh itu, biarkan anak-anak melukis di dinding, kertas, lantai malahan atas air dan di mana sahaja. Mereka melukis apa sahaja apabila dapat memegang sesuatu seperti pen dan pensil.
Malah ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak dan cerdik. Oleh itu, ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan.
Otak kanan sebenarnya lebih efektif berbanding sebelah kiri tetapi perlu kerap merangsangnya. Oleh kerana otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span, inilah masanya untuk melakukan rangsangan kepada anak.
Melukis adalah antara aktiviti yang menggunakan jari jemari supaya dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalahh hasil daripada kerahan otak kanan.
Menerusi proses melukis, kanak-kanak berupaya memahami dunia yang dilihatnya dari segi bentuk, apa yang berlaku di sekelilingnya sama ada dunia semulajadi dan dunia sosial. Alasan, peraturan, apa dan bagaimana kanak-kanak melukis adalah unsur semulajadi asalkan kita tidak mengganggunya. Sama kesnya dengan bermain kita perlu memberi kebebasan kanak-kanak bermain mengikut caranya tersendiri.
Tahukah anda, melukis memberikan kepada kebaikkan kepada perkembangan anak-anak. Biarkan anak tidak boleh membaca atau menulis. Tetapi jangan halang, kebebasan anak untuk melukis.
Matlamat utama lukisan untuk kanak-kanak adalah:
1.Meluahkan pemikiran, pengetahuan dan idea
2.Meneroka, mencuba dan mencipta dengan menggunakan pelbagai media
3.Membuat eksperimen dengan warna, garisan, bentuk, tektur dan rekaan
4.Meluahkan perasaan dan emosi
5.Menjadikan kreatif dan merangsang minda
Ibu bapa boleh menggalakkan anak mereka bereksperimen dengan produk lukisan menerusi cara berikut:
a)Hindarkan jenis buku garisan mewarna atau buku kerja.
b)Kesabaran dengan hasil kerja lukisan anak dan terus menggalakkan
c)Elakkan daripada anda membuatkan atau melukis untuknya atau terlalu banya membantu
d)Menerima hasil kreatif tanpa mengkritik hasil kerjanya
e)Beri komen positif cara kanak-kanak menyelesaikan masalah berkaitan dengan hasil kerjanya
f)Berkeyakinan pada diri anda bahawa kanak-kanak menghasilkan produk yang unik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah ibunya disahkan mengidap kanser, Hadiff mula mendapat galakkan daripada ibunya untuk menceburi dunia lakonan. Sejak itu tahun lepas pada usia empat tahun, Hadiff menjadi pilihan untuk penerbitan drama dan iklan komersial.
Pernah tengok tak pelakon cilik ni dalam iklan Wonda Coffee 2018 atau drama Dendam Aurora 2017 dan beberapa iklan atau drama lain. Itulah adik Nik Hadiff Dani atau lebih dikenali sebagai Hadiff.
“Sejak saya didiagnos dengan penyakit kanser saya mula-mula tidak tahu tentang apa masa depan dan arah kesihatan saya. Saya berfikir sementara saya masih ada bersama anak-anak saya mahu mereka buat apa sahaja aktiviti yang mereka suka dan minat.
“Seterusnya dapat membantu mereka pada satu masa nanti andainya saya sudah tiada,”terus terang ibu Hadiff yang kini sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi kanser payu dara tahap empat.
AKTIF BERLAKON, IKLAN DAN CATWALK WALAUPUN MASIH KECIL
Antara drama yang pernah dilakonkan oleh Hadiff termasuk Drama Cinta Yang Ku Rasa 2018, Telefilm Shah Vs Sha Edisi Raya 2018,Shortfilm Chinese New Year2018, Telefilm Toyol 2018, Drama Dendam Aurora 2017 dan Astro Seram Selebriti 2017. Antara barisan pelakon yang pernah digandingkan dengan adik Hadiff termasuklah Nabila Huda,Bront alare,Amar Baharin,Izara Aisyah,Zila Bakarin,Kamal Adli dan Syatilla Melvin
Iklan pula termasuk Wonda Coffee 2018, Nian Jiom Malaysia 2018, Nescafe 2018
Tesco 2018, Wyeth S26 2018, Teh Boh 2018, Plus Highway 2017, Ikea 2017
Maybank Raya 2017 dan Permata Kurnia Video 2017.
Hadiff yang pandai bergaya ini turut terlibat dalam sesi shooting dan catwalk antaranya Petit Moi Raya 2018, Watie Collection Catwalk 2018,Sony Event 2018,Hijrah Couture Syawal 2018, Jovian 2018, Wakdan Syawal 2017, SensiTeeth 2017, Parkson Catwalk 2018 / 2017 dan Jubah 5 Waktu Catwalk 2017.
HAFAL SKRIP
Menurut ibunya, walaupun Hadiff belum lancar lagi membaca, dengan bantuannya, Hadiff dapat hafal skrip dengan mudah.
“Hadiff belum boleh membaca lagi.Jadi sebelum masuk ke set saya kena cerita dulu macam mana keseluruhan jalan cerita sebenar. Dan untuk scene yang Hadif lakonkan saya kena cerita situasi dan beritahu Hadif apa dialog dan macam mana perlu deliver watak itu.Memang kena hafalah dialog tu,”jelas puan Wan Musfirah Aimi.
Baru-baru ini perkongsian kisah Hadiff turut dipaparkan ruangan personaliti Genius Pa&Ma edisi Mei 2018. Berikut petikannya.
Nama: NIK HADIFF DANI NIK MOHD YUSOFF Tarikh lahir 31 JANUARI 2013 Nama ibu ayah : WAN MUSFIRAH AIMI & NIK MOHD YUSOFF Hobi : BERMAIN PERMAINAN KERETAPI & KERETA HOTWHEELS Cita-cita: JURUTERBANG
NIK HADIFF DANI, GAYA PERSIS MODEL HANDALAN
Sekali pandang, gaya anak cilik ini, persis seorang model handalan. Benar kata orang, usia bukan penghalang untuk sesiapa sahaja melakukan apa yang diinginkan. Apa yang penting ada kemahuan. Inilah yang dibuktikan oleh anak kecil yang baru berusia lima tahun ini tampil dengan yakin dalam dunia komersial dan lakonan.
Anak bongsu daripada tiga beradik ini mula penglibatan dalam dunia komersial dan lakonan sejak setahun lalu. Nik Hadiff Dani menunjukkan minat mendalam dengan mengikuti jejak langkah abangnya di dalam bidang seni ini iaitu Nik Harraz Danish.
Hadiff seorang yang mengemari fesyen, suka bergaya stylo dan mengikuti trend trend fashion terkini.
“Seperti abangnya, Hadiff suka berfesyen dan mengekspresi diri. Jadi saya yakin bidang ini sesuai dengan citarasa dan minat mereka. Bagi saya tidak menjadi masalah untuk mereka menunjukkan prestasi dan menyumbang dalam industri ini walaupun masih kecil,” jelas ibu Hadiff yang merupakan pesakit kanser payudara sejak tiga tahun lalu.
Beliau juga berharap dengan memberi sokongan sebegini ini dapat memberi kekuatan kepada anak-anak setelah ketiadaannya nanti.
“Sejak saya didiagnos dengan penyakit kanser saya mula-mula tidak tahu tentang apa masa depan dan arah kesihatan saya. Saya berfikir sementara saya masih ada bersama anak-anak saya mahu mereka buat apa sahaja aktiviti yang mereka suka dan minat. Seterusnya dapat membantu mereka pada satu masa nanti andainya saya sudah tiada.
Walaupun baru setahun lebih dalam dunia komersial, Hadiff aktif mendapat pelbagai tawaran seperti model pakaian, iklan dan lakonan. Antara pencapaiannya ialah terlibat sebagai pelakon Drama Dendam Aurora 2017, Astro Seram Selebriti 2017. Manakala iklan pula ialah Nescafe 2018,Tesco 2018, Wyeth S26 2018 dan Plus Highway 2017. Bagi photoshot majalah pula ialah Ikea 2017Hijrah Couture Syawal 2018, Jovian 2018, Parkson Catwalk 2018 / 2017 dan Maybank Raya 2017.
PERUBAHAN KAREKTOR
Menyentuh mengenai karektor Hadiff setelah memasuki bidang komersial, Wan Musfirah Aimi mendapati karektor anaknya telah berubah kepada seorang yang bersikap mudah mesra dan terbuka.
“Apabila berada dalam bidang ini saya dapati sikap Hadiff lebih terbuka berbanding sebelum ini. Jika sebelum ini, agak memilih dengan siapa dia mahu berkawan atau bercakap. Namun sekarang dia lebih ramah dan sudah boleh berbicara dengan sesiapa sahaja.
“Juga menjadi lebih berani dan lebih expresif sama seperti yang ditonjolkan oleh abangnya. Bagi Hadiff, abangnya adalah idolanya dan dia mahu jadi setanding dan lebih baik prestasi daripada abangnya. Ini membuatkan sikapnya untuk memajukan diri lebih kuat dan bersaing dengan lebih sihat.
“Sikap dengki dan iri hati langsung tidak wujud kerana kami terapkan bahawa setiap anak-anak punyai keistimewaan yang berbeza-beza dan perlu diasah, digilap dan bukan untuk dibandingkan atau diperkecilkan. Saya percaya setiap anak harus disayangi dan dipupuk dengan cara tersendiri mengikut karektor masing-masing.
RAJIN BUAT HOMEWORK
Sebagaimana ibubapa yang lain, pastinya ingin memberikan pendidikan yangn terbaik buat anak. Begitulah yang dilakukan oleh ibu Hadiff. Lebih selesa memilih tadika aliran bahasa Cina.
“Sama seperti abangnya, Hadiff yang mudah untuk belajar dan merujuk tentang pelajaran terutama Bahasa Cina. Hadiff suka dan gembira jika hadir ke tadika dan mempunyai sangat ramai kawan-kawan yang kebanyakannya berbangsa Cina dan guru-guru di sekolah amat prihatin terhadap perkembangan pelajar.
“Setiap kali tidak dapat ke sekolah, guru pasti membantunya untuk memahami subjek atau pelajaran yang tertinggal dan memastikan homework tetap dapat disiapkan walaupun tidak bersekolah,”jelas ibu Hadiff
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pasti impikan anak yang lahir boleh membesar dengan sihat dan normal seperti kanak-kanak yang lain. Namun jika Allah berkehendak sesuatu perkara, tiada siapa boleh menafikannya.
Seperti perkongsian ibu ini di FB Eida Ilham II, anak lelakinya, Megat Iman Zikry disahkan Speech Delayed with Mild Autisme ketika berusia 3 tahun setelah mendapat pengesahan pakar. Apa yang boleh dipuji, ibu ini tidak berputus asa, sebaliknya berusaha untuk membantu anak lelakinya itu dengan menggilap potensi yang ada.
Ternyata, setelah 7 tahun melalui fasa yang dianggap struggle, kini Iman membesar seperti kanak-kanak sebaya dengannya dan diberi pula kelebihan daya ingatan yang kuat.
7 tahun lepas, dia cuma seorang budak lelaki yang tak pandai bercakap, suka buat bunyi bising dengan menjerit-jerit tapi tak tahu apa tutur katanya, boleh sebut ABC, 123, tapi tiada komunikasi 2 hala.
Bila nak apa-apa, dia sebut dengan bahasa yang sukar difahami. Kadang-kadang dia tunjuk dengan jari. Bila keinginannya tidak difahami, terus tantrum mengamuk, pukul dan sakitkan diri sendiri.
Di panggil tak berpaling, tak boleh duduk diam setempat, tak ada eye contact, tak fokus, picky eater, masalah sensory yang lemah dan banyak lagi. Akhirnya, selepas berbulan ulang alik berjumpa doktor pakar, abam disahkan Speech Delayed with Mild Autisme.
Dan bermulalah fasa terapi di hospital kerajaan dan pusat terapi swasta. Itu 7 tahun lepas.
Hari ini, abam lah paling banyak cakap. Paling banyak mulut. Sangat mudah ingat dan hafal, lagi-lagi kalau berkaitan tempat, jalan raya, highway, negeri atau negara.
Tanyalah dia, bagaimana mahu ke Airport KB. Selamba je dia bagitahu sambil suruh ke kiri atau ke kanan.
Tanyalah dia, ibu negara atau ibu negeri. Terus dia jawab dengan yakin. Kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu jawapan. Tanyalah dia, nak ke Penang kena ikut jalan mana?
Dia akan suggest jalan paling dekat, kadang-kadang siap bagitahu ikut jalan mana yang lebih cepat sampai.
Alhamdulillah, lama dah abam discharge dari Speech Therapy. Perkembangan abam dah seiring dengan kanak-kanak sebayanya. Abam pun dah 10 tahun, dah sunat pun. Kejap lagi nak masuk fasa remaja dah.
Saya share video abam sebab nak bagi semangat kat ibu ayah yang punya anak autisme seperti abam. Ramai yang komen kat video ni, meletak harapan agar anak mereka juga boleh bertutur seperti abam. Sebak hati, sebab kita faham. Keinginan dan harapan ibu ayah pada anak. Ingin sekali mendengar anak memanggil “mama, papa”. 🥺
Buat ibu ayah yang baca tulisan ni, bertabahlah dan jangan berhenti berusaha merawat anak. Fasa ni memang meletihkan dan perlukan kesabaran yang tinggi. Even saya sendiri banyak kali burn out. Kita manusia biasa, adakalanya kesabaran senipis kulit bawang.
Tapi percayalah, semua ini pasti mendatangkan hasil satu hari nanti. Ibu ayah kena kuat, jangan putus asa. Kerana, siapa lagi nak bantu anak kita kalau bukan kita sendiri. Mereka cuma ada kita. ❤️