Sekejap sahaja anak-anak bermain dengan baik, sudahnya mulalah bergaduh pukul sana sini. Kita jangan menyalahkan anak-anak bila mana anak mula memukul kawan-kawan. Ada sebabnya bila anak memukul tanpa sebab. Salah satunya adalah kurang ‘rasa’ dalam diri.
Hal inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif menerusi facebooknya. Anak-anak yang suka memukul orang lain sebenarnya amat memerlukan perhatian. Salah satunya adalah kuasa pelukan!
” Anak suka pukul orang kalau dalam dirinya tak penuh “
Sebelum solat isyak tadi saya sempat We Time dengan bidadari saya. Sambil pegang tangan dia saya akan tanya bermacam macam soalan tentang aktiviti seharian dia dengan anak anak.
Sambil sambil tu dia ada kongsi teknik dan formula yang dia sendiri amalkan untuk handle anak anak yang suka pukul dan gaduh dengan orang lain.
Ads
Bidadari saya ni suka jaga anak anak yang umur 6 tahun ke bawah. Anak anak jiran pun kadang dia tolong jagakan. Memang kadang tu mereka akan bergaduh dan saling memukul.
” Nabilah perasan bila kita banyak peluk anak anak ni jadi kurang pukul dan gaduh dengan orang lain. Untuk memberi dan berkongsi mereka kena penuh dulu “
Jika kita nak anak kita beri kasih sayang, mereka kena ada kasih sayang dulu. Biar dada dan hati mereka penuh dengan kasih sayang, barulah mereka boleh bagi kasih sayang tu pada kawan kawan dan adik beradik mereka.
Ads
Jika dalam hati anak kosong, lesu dan kurang kasih sayang maka mereka akan pancarkan benda tu pada adik beradik dan kawan kawan mereka. Mulalah mereka jadi ganas, suka pukul dan suka merampas.
Jadi betullah pegangan saya selama ni tentang satu ayat ni ” You can’t give what you don’t have”. Kadang kita tak perlu marah anak balik pun kalau mereka terbuat silap.
Ada masanya kita cuma kena pegang tangan mereka, sayang mereka dan peluk mereka ketat ketat tanpa perlu berkata kata apa apa pun kerana love needs no words as it is the universal language from the heart “
Siapa yang tidak mahu menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak. Sebolehnya apa sahaja keperluan dan kehendak anak cuba dipenuhi sebaiknya oleh ibu. Pun begitu ada waktunya kita tidak mampu mencapaikan kesempurnaan bila mana tubuh jadi begitu penat dan keletihan melayan anak setiap masa.
Masa untuk diri sendiri sememangnya tidak pernah sempat. Apa ibu nak buat? Jangan terlalu jadi ibu sempurna dan ‘perfect’ setiap masa. Kita jadi letih. Hakikatnya, anak-anak juga tidak mahu ibu sempurna, mereka mahukan ibu yang gembira dan penuh kasih sayang.
Perkongsian Pn Insyirah Soleha ini memang ‘deep’. Ya, tak perlu jadi sentiasa sempurna. Adalah lebih baik kita menggembirakan anak-anak. Sudah memadai!
Bila housemate tak ada, jadi ibu dan ayah dalam masa yang sama jadi supir untuk anak-anak ke sekolah. Beberapa kali yang penat sangat emosi dan fizikal, anak-anak jadi lebih cranky dan emosi bila bapa tiada. Nak bangunkan ke sekolah pun banyak drama, kemudian bergelut kejar masa nak hantar ke sekolah sambil redah kesesakan jalan. Belum lagi ada drama tertinggal barang pula.
Biasanya singgah beli nasi lemak tepi jalan singgit dua. Kalau lapar memang susah nak bincang, menggigil dan berpeluh sampai basah lencun.
Petang, ambil anak-anak di sekolah dan sambung rutin selanjutnya. Kemudian, saya mula jadi sangat penat. Selepas muhasabah, anak-anak tak perlu ibu yang sempurna mereka mahu ibu yang gembira. Saya mula rutin yang baru.
Pagi, selepas anak-anak ke sekolah saya berjalan kaki di taman sambil gendong bayi. Brisk walk sahaja. Tak perlu jogging. Pakai ergonomic baby carrier. InsyaAllah bantu ibu tak sakit belakang, baby pun selesa.
Baby boleh tidur dalam carrier. Kalau baby tak tidur, kami berbual. Tunjuk pokok, burung, daun-daun. Nampak ikan di tasik, berbual fasal ikan. Kalau baby tidur, saya baca saja zikir-zikir untuk kami. Balik dari taman, singgah beli makanan yang heavy macam nasi lemak. Bila dah kenyang,, boleh urus dan layan anak dengan gembira.
Selesai urusan anak dan rumah, siap untuk ambil abang-abang bersekolah. Singgah juga ke taman beri mereka main buaian, berlari di padang, main papan gelongsor. Lepaskan tenaga dan emosi yang ada di taman permainan, dengan harapan badan dah penat nanti malam mereka mudah tidur.
Ada masa, saya sambung brisk walk waktu petang masa anak-anak main di taman. Kadang saya join mereka main sekali.
Selepas Maghrib, (berjemaah diwajibkan di rumah) sambung mengaji dan kemaskan keperluan sekolah untuk esok hari.
Pernah rasa penat sangat sebab berhari kurang tidur, panjang lebar mesej pada housemate yang berada jauh beribu batu. Pendek sahaja balasannya. “Terima kasih tolong jaga anak-anak.”
Ya Allah, terus menangis. Bukan anak-anak je perlukan pelukan, ibu juga memerlukan pelukan dari anak-anak. Si kecil datang peluk, dan redakan gelora emosi.
Kadang, kita nampak perkataan “tolong” dan “terima kasih” tu biasa sahaja. Bukan tak ikhlas atau tidak redha atau tidak syukur cuma emosi sahaja yang tidak stabil.
Bila dah tahu badan penat senang nak tidur, saya berlama-lama brisk walk dengan anak. Bila dah penat, rebahkan badan terus switch off. Dapat deep sleep 2-3 jam pun cukup bermakna untuk meneruskan perjuangan hari baru. Sekarang, baru faham.
Ibu tak gembira, emosi roller coaster kerana kurang self care. Berjalan sehari 10,000 langkah boleh bantu untuk gembira. – baca dar tulisan Dr Rizal.
Kalau dah mula rasa serabut, sesuatu yang aneh dengan diri sendiri, mulakan langkah pertama sehingga 10k langkah akhir. Kita namakan ia langkah kegembiraan, rasai sendiri perbezaan emosi.
Kurang minuman manis atau terus berhenti. Minuman manis buat emosi huru hara. Badan dah peluh, topup dengan air kosong. Kulit pun makin glowing.
“Cantiklah awak sekarang, pakai skincare apa?” “Saya brisk walk dan gembira, stop minuman manis. Dapat vitamin D dari matahari setiap pagi.” 😬
Kalau ada bajet lebih boleh cari basikal biasa 2nd hand anggaran RM150. Letak baby seat boleh la mengayuh dengan anak. Seronok budak bila disapa angin sepoi-sepoi dan rasa selamat sebab ibu ada sekali. Nampak budak-budak ketawa naik basikal dengan ibu ayah di taman. Seronok semuanya. Be happy.
Buat sesuatu yang menggembirakan dan menyihatkan. Untuk emosi dan fizikal. Kalau merajuk nak aiskrim, nak mekdi, nak kepci, nak boba… nanti makin celaru emosi. Sesekali okay, mungkin selepas berjaya berjalan 100km.
Kalau setiap hari berjalan 10km, hari ke-11 kalau merajuk baru boleh makan aiskrim. Kalau tak merajuk, minum air kosong saja. 😌
Ibu, Anak-anak tak perlu ibu sempurna mereka perlukan ibu yang gembira. Love yourself. Tengok cermin, proud of yourself.
Semua ibu penat, tak perlu beritahu pun semua dah tahu. Tapi ibu selalu lupa they are doing great job! ⚘
Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang pelajar di sebuah sekolah di sini cedera selepas dipercayai dipukul, ditumbuk, ditendang dan hampir dijerut dengan dawai oleh sekumpulan pelajar lain dalam satu kejadian pada Selasa.
Kejadian tersebut didakwa berlaku sekitar jam 10 pagi apabila enam pelajar Tingkatan Empat menyerang mangsa sebelum disedari oleh seorang guru yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Pendedahan itu dibuat oleh ibu saudara mangsa melalui satu hantaran di Facebook miliknya. Menurutnya, anak saudaranya bukan sahaja ditumbuk dan ditendang, malah turut dipukul, ditampar serta dilondehkan seluar hingga paras lutut. Lehernya juga hampir dijerut menggunakan dawai.
“Jika guru tidak lalu pada waktu itu, mungkin anak saudara saya sudah mati di tangan pembuli,” tulisnya di media sosial.
Wanita itu juga mendakwa pada malam hari yang sama, enam keluarga pelajar terbabit datang ke rumah ibu bapa mangsa bagi memohon supaya kes tersebut ditarik balik.
“Semua pembuli itu baru berusia Tingkatan Empat, namun berani melakukan perbuatan sehingga ke tahap ini. Apa akan jadi bila mereka mencecah umur 20 tahun?” katanya lagi.
Sementara itu, ibu kepada pelajar terbabit ketika dihubungi media mengakui anaknya masih trauma akibat kejadian tersebut. Beliau menjelaskan, kes ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian buli tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai.. biasalah budak-budak. Memang susah nak bangun pagi. Diorang dah biasa dari bayi lagi, kita (mak ayah) bangun pagi senyap senyap takut bising nanti anak terbangun. Masa hantar kat pengasuh pun anak masih tidur lagi.
ANAK LIAT NAK BANGUN PAGI
Memang meroyan la budak tu bila tak biasa bangun pagi, tiba-tiba kita paksa bangun awal pagi. Huru hara dibuatnya, melalak macam kena pukul!
Relax, kita semua senasib!
Dulu annur rania pun liat bangun pagi. Kejut cara baik pun melalak, kejut guna rotan pun melalak. Hari-hari lambat sampai kerja.
Tu dulu..
Sekarang rania dah ‘improve’, bangun pagi tak melalak dah. Senyum je. Dah pandai mandi sendiri. Senang kerja mama papa.
Trick dia macam ni sebenarnya,
1. Pastikan waktu tidur anak tu betul cukup. Kanak-kanak perlukan sekurangnya tidur 10 jam sehari. Macam rania saya pastikan dia tidur waktu tengahari dan malam. Kalau ‘miss’ tidur tengahari malam tu mesti meragam.
2. Keperluan fisiologi anak mesti dipenuhi. Makan, minum, bermain dan perhatian ini antara keperluan fisiologi kanak-kanak. Kurang je salah satu tidur malam jadi tak lena. Itu punca anak ngantuk walaupun dah tidur 10 jam.
3. Tidurkan anak dalam keadaan emosi yang tenang. Sebelum nak tidurkan anak elakkan situasi marah atau terlalu gelak ketawa. Kerana ini hanya akan membuat mata anak segar. Bila emosi tak tenang hormon stress akan menyerang. Alamatnya kena tunggu reda baru boleh lelap mata tu.
4. Suasana bilik tidur mesti selesa dan menenangkan. Kurangkan perabot dalam bilik sebab perabot ni hanya akan buat suasana bilik rasa sempit. Bila tempat tidur selesa nak tidur pun senang.
5. Bila tidur dah cukup, nyenyak dan selesa, baru kita boleh kejut anak bangun dengan senang. Cara saya kejut :
>> Bangun lebih awal 30 minit
>> Buka lampu dalam bilik
>> Buat bising macam kemas katil, lipat selimut
>> Cubaan kejut kali pertama guna suara dominan “annur rania bangun dah pagi” ( sebut 3 kali )
>> Tunggu 1 minit
>> Kalau tak bangun terus angkat, gosok belakang dada sambil bisik, rania bangun ye dah pagi
>> Terus bawa bilik air, mandi terus.
Masa awal awal dulu susah juga. Dah angkat masuk bilik air dia lari balik naik atas katil. Menyirap je kena dukung sekali lagi.
Tapi apa boleh buat sabar je la. Konsisten buat setiap pagi. Lama-lama nanti anak akan jadi biasa.
Yang penting kita jangan hilang cool. Anak tak melalak jangan kita pula yang melalak. Tak baik sebab pagi kan waktu nak jemput rezeki.
Sumber: Mohd Fhais
p/s : Silakan kongsi post ini dengan orang lain juga supaya lebih ramai yang dapat manfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.