Anak umur baru dua tahun tapi dah pandai pukul kawan. Jangan salah angkap pada anak kecil kita. Bukan memukul tetapi tangannya belum cukup mahir untuk mengawal. Masih lemah.

Pun begitu, bila anak mula memukul rakan jangan pula dibiarkan, cepat-cepat tunjukkan cara dan beritahu bahawa perbuatannya salah. Mak ayah boleh tunjukkan cara ini pada anak kecil kita. Ikuti perkongsian Pn Wan Nur Syakira, penulis keibubapaan untuk membetulkan permasalahan anak pukul kawan.

Suka Sangat Pukul Kawan, Jangan Tengking Tapi Tunjukkan Cara Berkawan, Baru Anak Faham!


Kenapa anak saya umur 2 tahun suka pukul ya ? Nakal betul. Selalu pukul orang, kawan-kawan.
Beginilah. Sebenarnya, nak bawah umur 2 tahun bukan suka pukul, tetapi kemahiran mengawal mata dan tangan masih belum berkembang. Masih lemah.

Mereka masih tak tahu bagaimana nak kawal tangan mereka sendiri. Tak tahu nak bezakan gerakan yang perlahan dan laju.
Gerakan yang menyakitkan dan tak menyakitkan. Mereka masih tak tahu bagaimana nak bersosial dengan baik.

Yelah, baru 2 tahun melihat dunia. Anggota sendiri pun mereka tak ingat lagi nama anggota. Kita nak expect mereka tahu bagaimana nak bergaul ? Expect mereka tahu macam mana nak berkongsi, nak sentuh orang ?
Jadi, bagaimana nak didik mereka ini jangan pukul ?

Suka Sangat Pukul Kawan, Jangan Tengking Tapi Tunjukkan Cara Berkawan, Baru Anak Faham!

Boleh cuba begini ya.
1️. Bila anak memukul , pegang tangannya. Jangan ditengking dan dipukul anak itu kembali.

2️. Tunjukkan cara yang betul menggunakan tangan. Berikan bantuan fizikal.
” Abang, kalau nak sentuh adik, bukan macam tu, sentuh lembut macam ni , usap adik ” sambil gerakkan tangan anak lembut .

IKLAN

Anak pukul orang, tunjuk macam mana. Anak baling barang ? Ambil tangan anak, ajar dia ambil balik barang tu, ajar dia bagaimana bagi barang dengan betul.

Anak rampas barang kalau dia nak ? Ambil kembali barang yang dia rampas, prgang tangan dia, cakap kalau nak barang, minta elok-elok, tadah sebelah tangan dan cakap nak.

Suka Sangat Pukul Kawan, Jangan Tengking Tapi Tunjukkan Cara Berkawan, Baru Anak Faham!

Anak suka jerit ? Beritahu anak, bukan jerit , cakap perlahan. Tunjuk ,demonstrasi macam mana cakap lembut tu. Jangan anggap anak tahu. Kita kena anggap anak tak tahu.Jadi kita akan selalu ajar dan ajar.

3️. Selalu bercerita pada anak bagaimana nak berkawan dan sentuh orang. Tak boleh pukul orang, tak boleh tarik kuat-kuat. Bahagian kepala orang tak boleh dibuat main. Paling best nak install mindset ini, guna buku cerita. Ceritakan hari-hari. Doktrin sampai anak ingat dan aware.

4️. Ulang selalu , jangan putus asa. Walaupun anak dah tak memukul pada usia 3 tahun, mungkin dia akan ulang kembali pada usia 4 tahun. Masa tu, jangan cop anak nakal.

IKLAN

Suka Sangat Pukul Kawan, Jangan Tengking Tapi Tunjukkan Cara Berkawan, Baru Anak Faham!

Ingatkan lagi, cuba cari punca kenapa. Mungkin anak gagal kawal marah. Ajar anak kawal marah bukan gunakan tangan dan kaki. Mungkin boleh guna squish ball, bantal atau ajar anak deep breathing dan luahkan pada ibu bapa.

5️. Banyakkan game yang mantapkan hand and eye coordination anak.

6️. bu bapa pun jangan angkat tangan ,pukul anak bila buat salah. Anak umur 3,4 tahun , nak disiplinkan guna hanger. Big No!

Rasulullah pun beri panduan, pukul dibolehkan bila umur 10 tahun . Itupun bersebab dan beradab serta jalan terakhir dalam pendidikan anak-anak. Kalau kita selalu cubit, sekeh kepala, pukul kaki tangan anak,

IKLAN

Maaf cakap , mungkin anak itu meniru sebiji apa yang kita buat. Kitalah punca anak memukul. Jadi nak tak anak ,ibu ayah kena ubah dulu.

Jadi, bila anak pukul kawan-kawan dia tengah main ,jangan rasa macam kenapa anak aku ni, nakal ke ? Tenang je. Sebenarnya, anak kita tengah belajar.

Ambil anak dan asingkan dia. Kita yang kena ajar. Yang mana satu betul dan salah. Ulang selalu. Sampai anak tak pukul dah. Begitulah jadi ibu ayah,

Tugasnya bimbing anak sampai kita tua. Tugas bimbing anak akan tamat bila tamatlah nyawa kita.

Wan Nur Syakira
Tengah lalui fasa anak suka pukul juga.

Artikel berkaitan: Suka Sangat Pukul Kawan, Anak Pukul Orang Kalau Dalam Dirinya TRak Penuh

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI