Sukar ‘Meneran’, Bayi Cenderung Sembelit Jika Campur Minum Susu Ibu & Susu Formula

Share

Ada sesetengah ibu yang terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula untuk diberikan kepada anak. Kalau pagi dah menyusu badan, mungkin petang nanti akan dibancuh pula susu formula untuk si kecil.

Masalahnya apabila anak sukar membuang air besar. Ketika mahu ‘membuang’ pula, dia akan menangis seperti dalam kesakitan. Mungkinkah ia disebabkan oleh susu formula tersebut?

Mulalah si ibu atau ayah merasakan susu formula yang diberikan kepada anak tidak serasi dengannya dan menyebabkan si kecil sukar membuang air besar. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui adakah boleh susu ibu dan susu formula bercampur.

Percampuran susu ibu dengan susu formula boleh menyebabkan perubahan kepada sistem penghadaman bayi.

Susah untuk mengatakan susu formula adalah penyebabnya. Ia mungkin juga disebabkan penyediaan sukatan yang tidak mengikut ketetapan. Lalu, mempengaruhi pencernaan usus bayi.

Artikel Menarik: [Guna Produk Ada Kapur Barus, Anak Bawah 24 Bulan Boleh Sawan!]

Mungkin dengan cara penyusuan yang betul, anda dapat memberi susu ibu sepenuhnya tanpa perlu dicampurkan dengan susu formula. Anak anda masih kecil, untuk mendapatkan penyusuan ibu sepenuhnya adalah tidak mustahil.

Setiap hospital pasti ada kumpulan sokongan susu ibu. Anda boleh mendapatkan nasihat mereka, bagaimana caranya untuk menambahkan susu ibu. Mereka boleh dipanggil untuk mendapatkan nasihat pada bila-bila masa.

Artikel Menarik: [Bayi Demam Panas Tengah Malam, Sebelum Ke Klinik Turunkan Suhu Dengan Cara Ni]

Salah satu cara yang dapat dinasihatkan di sini ialah memastikan setiap payudara dikosongkan selepas penyusuan sama ada dengan pam manual atau elektrik.

Anda juga perlu meminum air yang mencukupi mengikut keperluan iaitu antara dua hingga tiga liter air sehari. Pemakanan yang mengikut gizi makanan yang betul juga adalah penting.

IKLAN