Tahukah ibu-ibu dengan menyediakan sup ‘antibiotik’ sebagai ganti pemberian ubat anak yang demam dan selsema membantu mereka cepat sembuh? Jadi, ibu-ibu mesti cuba buat untuk anak ya!
Bila anak tak sihat, mama pun susah hati. Biasanya bila si kecil demam, mereka akan kerap meragam dan hilang selera makan. Itu lagi membuatkan ibu susah hati. Bila tak mahu makan macam mana hendak cepat sembuh. Badan yang tidak sihat perlukan pelbagai nutrisi untuk mengembalikan semula kehilangan tenaga.
Doktor selalu berpesan kalau anak demam sentiasa pastikan mereka cukup cecair dalam badan untuk mengelakkan daripada berlaku dehidrasi. Memang sukar hendak memujuk si kecil makan dan minum semasa mereka demam, apatah lagi kalau pakej sekali dengan batuk dan selesema.
Kanak-kanak yang tidak sihat selalunya hanya boleh menerima makanan yang mudah ditelan seperti sup. Sup dapat mengembalikan kesegaran badan yang lesu. Apa kata mama masakkan sup yang turut mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti bawang putih yang terkenal sebagai bahan merawat pelbagai penyakit.
Sup Antibiotik Si Manja
Bahan-bahan
5 biji buah pelaga
Ads
5-7 biji bunga cengkih
4 ulas bawang putih | dihiris halus
1 biji bawang besar | dihiris halus
3 biji lada hitam
Ads
3 cawan air
1 batang lobak merah | dipotong bulat
Sedikit ikan bilis yang ditumbuk
Cara memasak:
Ads
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan semua rempah.
2. Apabila sudah naik bau, masukkan semua bahan lain dan biarkan mendidih.
*Untuk sumber karbohidrat, anda boleh masukkan mihun atau makaroni.
*Ikan bilis boleh digantikan dengan ayam.
*Sebaiknya, tumis bahan dengan minyak zaitun.
*Masukkan sedikit daun sup untuk sup lebih harum.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tercari-cari resipi kek terbaik untuk hari raya nanti? Cuba ubah kelainan dengan Kek Ogura Unikorn yang pastinya buat anak-anak teruja hendak makan. Menariknya kek yang satu ini bukan hanya cantik malah diperbuat daripada bahan-bahan istimewa antaranya penambahan santan yang membuatkan kek lebih lembut dan berlemak rasanya.
Resipi ringkas tetapi sedap yang dihasilkan oleh Noriza Jaja ini mama wajib cuba. Barulah anak-anak teruja di pagi raya. Senang, mudah dan sedap! Jom cuba.
Siapa suka unikorn? Ramai kan. Hari ni akak buat kek ogura bertemakan unikorn. First time buat tak berapa kemas dan cantik tapi akak share juga la ye.
KEK OGURA UNIKORN
BAHAN A:
5 kuning telur gred A
1 biji telur gred A
1/4 sudu garam halus
70 gram minyak jagung
95 gram santan pekat kotak
70 gram tepung kek (diayak)
BAHAN B:
5 putih telur
70 gram gula kastor
1/4 sudu jus lemon @cuka masakan
Pukul ringan telur kuning dan sebiji telur. Masuk minyak jagung, santan dan garam. Pukul sebati.
Masukkan tepung dan kacau. Kemudian tapiskan adunan. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga berbuih dan masuk jus lemon dan gula kastor sikit-sikit hingga habis. Pukul hinggga jadi soft peak (kembang gebu bertanduk).
Masuk adunan meringue putih telur sikit-sikit ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan whisk hingga adunan jadi sebati.
Bahagi adunan kepada 4 bahagian dan masuk warna unikorn iaitu biru turquoise, kuning lemon, pink dan ungu.
Lapik loyang 7″@8″ dengan baking paper. Tak perlu lenser dengan butter.
Letak setiap adunan warna secara rawak bertindan-tindan hingga habis. Hentak loyang unttk keluarkan buih udara.
Bakar guna kaedah waterbath suhu 160°c selama 1 jam atau hingga masak ikut oven masing-masing ye. Keluarkan loyang waterbath dan bakar lagi kek dalam 10 minit untuk keringkan bawah dan tepi kek.
Lepas kek masak stay dalam oven sekejap. Renggangkn pintu oven skit lepas tu keluarkan dari oven dan keluarkan kek. Tunggu sejuk dan potong.
Selamat mencuba.
Resipi wajib cuba: Resipi Tat Cadburry Kulit Rapuh Inti Coklat Tak Cukup Makan Sebiji Dua!
Cuba Biskut Raya Unicorn Pula
Tak cukup dengan kek raya, apa kata kita buatkan anak yang cukup gemar dengan siri kartun My Little Pony ini dengan biskut unicorn pula. Barulah meriah dan gembira di pagi raya. Jom cuba resipi biskut ni pula.
Tak Payah Pakai Mixer, Kacau Dengan Senduk Pun Jadi, Comelnya Samperit Cheese Unicorn Ni!
Jika dulu ibu menunggu waktu hujung minggu untuk menyiapkan kek dan biskut untuk anak, kini tidak lagi. Tempoh PKP yang panjang ini membolehkan ibu mencuba segala jenis resipi yang sebelum ini tersimpan kemas.
Tak perlu tunggu menjelang raya, biskut samperit comel ini boleh mama cuba sepanjang tempoh PKP ini dengan tenang. Anak-anak boleh jadi pembantu setia. Jom cuba resipi comel yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Zulayka ini.
Salam semua, terima kasih semua yang kata samperit ibu comei. Sebagai tanda terima kasih hari ni ibu share lagi sekali resepi berserta cara buat samperit ni ye.
Ni bahan-bahannya…
400gm tepung jagung (sepeket)
1 ketul butter
50gm Cream cheese
4 sudu besar tepung custard
1/2 tin susu pekat
1 tutup esen vanilla
Choc chip
Ni kejadian lepas letak butter, cream cheese, esen vanilla dan susu. Tak payah pakai mixer, kacau je dengan senduk. Kacau manja-manja je. JANGAN KACAU SAMPAI KEMBANG.
Dah agak-agak sebati, masukkan tepung custard. Banyak macam tu tau, 4 sudu makan.
Dah jadi doh yang lembut, licin dan tak lekat kat tangan macam kat gambar tu. Bahagikan 3 bahagian, 2 kecil dan 1 besar.
1 bahagian kecil letak warna biru atau warna apa-apa yang korang suka. 1 bahagian lagi letak warna merah atau warna apa-apa yang korang suka juga.
Lepas tu korang cubit-cubit doh tu dan uli macam kat atas tu. Ibu syorkan korang gunakan warna-warna lembut dan kurangkan penggunaan warna untuk hasilkan biskut yang cantik.
Lepas tu satukan doh yang korang cubit tadi tu then uli dia jadi macam dalam gambar tu. Dah tu, korang ambil sikit.
Letak dalam acuan macam kat atas tu, lepas tu tekan la. Jangan letak penuh acuaan, buat sikit-sikit dulu. Masa ni korangg terap siap-siap adunan samperit ni sampai siap sebab masa ni adunan sangat senang & mudah cantik untuk di terap. Ni ibu pakai acuan tembaga bunga pecah 12.
Sementara korang nak letak choc chip atas dia, panaskan oven 10 minit. Dah siap semua, bakar suhu 170°c selama 40 minit atau sampai masak, ikut oven masing-masing. Api atas bawah ye.
Tip: Nak tau dia atau belum, korang tolak sikit dia meluncur laju. Kalau agak-agak kesat tu, belum masak lagi lah tu.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Resipi roti kukus tidak pernah menghampakan kita setiap kali memesannya di restoran. Lembut, gebu dan cukup enak kala digabungkan bersama sekaya. Terasa nikmat kala disuap ke mulut.
Tidak perlu ke restoran untuk menikmati roti kukus panas bersama anak-anak. Apa kata kita cuba hasilkan sendiri di rumah kerana cara membuatnya cukup senang. Malah tidak mengambil masa yang lama. Nak tahu resipinya bagaimana? Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Pn Umi Nurhayati ini. Memang best!
RESEPI ROTI KUKUS MUDAH
Bahan A
* 250gm tepung roti
* 60gm gula
* 150ml susu segar
Bahan B
* 1 tsp instant yis
* 50ml minyak masak
1. Campurkan bahan A dan uli sehingga sebati dan elastik.
2. Rehatkan selama 40 minit (tak nak rehatkan pun tak ape)
3. Masukkan yis dan uli lagi sehingga sebati.
4. Akhir sekali setelah yis dah sebati masukkan minyak masak dan uli sehingga doh betul-betul elastik.
5. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
6. Kukus selama 20 minit.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.
8. Hidangkan bersama seri kaya.
Selamat mencuba.
p/s: Kalaw pakai pengukus biasa, kukus pada api besar yer…dan jangan lupa tutup penutup pengukus dengan kain. Jangan terus buka penutup pengukus taw, biarkan 5 minit baru buka.
Orang kata, air tangan suami atau ayah kita sememangnya cukup istimewa. Sekali-sekala turun ke dapur, lain macam sedapnya.
Resipi yang dikongsikan oleh Idora Darwina ini memang lain macam sedapnya. Resipi istimewa air tangan arwah ayahnya ini menjadi santapan istimewa mereka sekeluarga. Patulah share sampai 10K!
Abah meninggal pada Syawal kedua, hari Jumaat yang lepas. Di sini saya nak share dan sedekahkan satu resipi istimewa daripada abah. Semoga berpanjangan pahalanya buat abah. Resipi yang sangat simple tapi rasanya sangat enak. Setiap kali balik kampung, memang wajib minta abah masakkan mi special ni.
Tak perlu letak garam/gula/serbuk perasa lagi dah. Ngam-ngam sedap dah rasanya. Bahan-bahannya sangat mudah. Kepada yang dah cuba atau bakal cuba resipi ni, dapatlah kiranya saya mohon untuk sedekahkan Al-fatihah buat almarhum abah saya Hasim bin Andan. Terima kasih semua.
Bahan-bahannya:
Mi kuning (celur sekejap dengan air panas), tak kisahlah jenama apa pun.
Daging (ini bahan utama),
Fishball (ini untuk memeriahkan kuah)
Sawi biasa atau sawi pok choy
Cili (dihiris)
Bawang merah dan bawang putih (ditumbuk)
Limau nipis (untuk diperahkan jusnya ke dalam pinggan)
Sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram
Air panas menggelegak atau air panas penapis air
Tumis bawang dengan cili sampai garing. Cili tu, kalau suka pedas, tambahlah lagi.
Masukkan daging. Gaul rata.
Lepas tu terus tambah air panas tadi. Air ni bertujuan untuk mempercepatkan proses melembutkan daging. Reneh sehingga menggelegak. Jumlah air bergantung kepada jumlah mi yang digunakan. Banyak mi, banyaklah air.
Kemudian boleh tuang segala sos-sos tadi. Jumlah sos, bergantung kepada kuah tapi selalunya setengah botol jugalah saya letak untuk setiap sos. Kicap agak-agak ajelah. Lepas tu boleh tambah fishball, isi ayam, fishcake atau apa sahaja yang digemari. Biarkan sos-sos tu sebati dengan kuah seketika.
Selepas itu, masukkan sawi.
Terakhir sekali masukkan mi. Gaul sebati, tunggu menggelegak sekejap, matikan api. Boleh hidang terus macam ni. Mi ni berkuah. Kena makan teruslah konsep dia. Baru umppphh! Selalu kami akan terus hadap sampai licin kuali. Abah senyum je tengok anak, menantu dan cucu suka makan masakan dia.
Tapi kalau nak makan lambat, boleh asingkan mi daripada kuah macam ni supaya mi tak kembang.
Ini kuah yang dah diasingkan. Warna lebih kurang beginilah. Tak hitam sangat. Selamat mencuba semua. Resipi ni ringkas sahaja. Waktu memasak pun sangat sekejap. Anak² pasti sukakannya.
Dah senduk mi dan kuah ke dalam pinggan, jangan lupa perah limau nipis. Baru terangkat dan sempurna rasanya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.