Pelakon, Amyra Rosli berkongsi video suaminya, Amar Bahrin dan Anak sulung, Anaqi yang berada di salah sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Menurut Amyra, Suami dan anaknya mengalami batuk-batuk sehingga terpaksa mengambil nebulizer.
“Superman dan superboy saya tewas untuk raya 2023. Sorry sangat tak dapat datag untuk few jemputan open house. But don’t worry diorang baik-baik saja cuma batuk berpanjangan.”
Ads
Amyra sempat memohon doa ramai agar suami dan anaknya diberi kesembuhan.
“Kalau ada tips untuk kurangkan/hilangkan batuk share k..”
Ads
athma.feeza’s profile picture Bancuh madu dan lemon dlm air suam/mkn bwg putih bakar
mia_mohsen’s profile picture Sy try air rebusan buah pear mcm mary duriankimchi buat, so far alhamdulillah baby sy 11bulan ok dlm 3 4 hari baik, ayah ibu sy yg batuk berpanjangan pon makin membaik, kene consistent
faridatulnadia’s profile picture Doc ad bgtahu sy..batuk mmg ambik ms yg lama untuk sembuh.cuba cr air kelapa laut.baik untuk sembuhkan batuk.insyaAllah
Bahaya yang mendatang ditambah dengan penyebaran pelbagai virus membuatkan ramai mak ayah jarang membawa anak-anak keluar rumah. Alasannya kerana takut dengan virus yang bertebaran. Begitu juga dengan alasan kotor dan menyukarkan mak ayah untuk membersihkan anak-anak.
Kenyataan ini benar namun pilihlah tempat yang sesuai supaya anak-anak diberikan kebebasan untuk bergerak, selamat dan selesa serta paling penting dapat didedahkan dengan aktiviti luar sekaligus depat menyedut udara yang lebih segar.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, sekali-sekali dedahkanlah mereka dengan dunia luar. Aktiviti fizikal sebenarnya dapat meningkatkan ketahanan tubuh anak serta meningkatkan imun mereka.
Jika dibandingkan dengan generasi sebelum ini, anak anak kini tidak banyak berpeluang bermain di luar. Hanya duduk di rumah dan langsung tidak terdedah dengan cahaya matahari.
Rasa takut terhadap kekotoran dan penyakit telah mendorong ibu bapa enggan mendedahkan anak dengan persekitaran di luar rumah.
Tidak dinafikan kebersihan adalah SANGAT PENTING, tetapi terlampau bersih juga tidak begitu baik untuk perkembangan ketahanan tubuh anak.
Ini mengehadkan atau membantutkan peluang anak untuk didedahkan kepada pelbagai jenis mikrob ‘baik’ untuk melatih sistem imunnnya untuk bertindak sewajarnya kepada rangsangan.
Oleh itu, jangan simpan anak dirumah, sekali sekala dedahkan mereka dengan dunia luar. Tapi jangan pula sampai mengabaikan kebersihan.
Ini yang disarankan oleh Public Health Malaysia.
Pendedahan kepada persekitaran luar akan merangsang ketahanan tubuh yang lebih kuat serta mengimbangi bakteria baik dan jahat.
Apa mak ayah patut lakukan?
1. Bawa anak nikmati alam, taman rekreasi, hutan dan bukit.
2. Biarkan anak bermain dan menyentuh binatang dan haiwan peliharaan.
3. Banyakkan buah dan sayuran dalam menu harian.
4. Kerap bermain di luar rumah.
5. Elakkan penggunaan antibiotik secara kerap.
6. Dedahkan dengan cahaya matahari.
7. Wajib vaksin!
8. Pilih prebiotik dan Probiotik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit semasa menyusu, mama jangan stres. Ia kerap terjadi kepada ibu yang mempunyai bayi yang sudah melebihi usia enam bulan. Pada usia ini, ada segelintir bayi yang mula tumbuh gigi.
Salah satu cabaran penyusuan yang perlu dilalui ialah gigitan bayi. Jom ketahui cara-cara untuk mengelakkannya. Mama boleh atasinya dengan 7 langkah ini;
1. KETAHUI PUNCA
Sebaik-baiknya, dari awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit bayi. Bagaimana caranya? Hal ini dapat anda lakukan dengan terlebih dahulu mengenal pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan bayi suka menggigit. Salah satu kemungkinan yang boleh diandaikan ialah bayi berasa kecewa kesan daripada gagal memperoleh susu seperti yang diingininya. Sekiranya itu adalah puncanya, anda perlu merangsang payu dara agar aliran susu adalah lancar bagi memenuhi keperluan bayi.
Dalam usaha melancarkan aliran susu, apa yang boleh anda lakukan ialah menuam payu dara menggunakan tuala yang telah direndam ke dalam air suam terlebih dahulu. Pada masa yang sama lakukan urutan khas payudara.
2. BERALIH PAYU DARA
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan mengalihkan bayi daripada payu
dara yang sedang digigitnya kepada payu dara yang lainnya. Lakukannya secara perlahan-lahan agar ia tidak mendatangkan kecederaan kepada puting.
Sambil melakukan proses pengalihan ini, anda digalakkan untuk menegurnya secara
berhemah. Nyatakan perasaan cara elak gigitan bayi yang anda alami akibat gigitannya
itu. Antara yang boleh anda luahkan ialah, “Mama sakit bila sayang gigit mama.” ataupun “Adik tak sayang mama ke? Kasihan mama kena gigit.” Walaupun gigitannya itu mungkin
akan menimbulkan rasa marah akibat rasa sakit digigit, namun anda dinasihatkan agar menegur bayi secara sopan.
Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh membiarkan bayi buat seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini, diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami bahawa jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.
3. MENEKAP MUKA BAYI
Setiap kali melihat bayi mula mahu menggigit, rapatkan mukanya ke arah payu dara anda.
Cara ini secara tidak langsung akan membuatkan anak anda mengalami sesak nafas. Jadi,
ia akan mendorongnya untuk melepaskan gigitannya agar dapat bernafas semula.
Jika si anak memang gemar menggigit, anda boleh melakukan cara ini dalam kadar yang
kerap. Dengan yang demikian, lama-kelamaan bayi akan faham bahawa dia akan mengalami masalah sukar bernafas jika dia terlalu kerap menggigit payu dara anda.
4. SELESAKAN POSISI
Sepanjang sesi penyusuan berlangsung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benarbenar memberikan keselesaan kepada
bayi dan diri anda juga.
Jika anda mendapati bayi kelihatan tidak selesa dengan posisi yang diguna pakai, segera ubah posisi lain agar ia tidak sesekali mengganggu proses penyusuan yang sedang
Berlangsung.
5. LERAIKAN DENGAN JARI
Apabila anak seakan-akan mahu menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payu dara. Namun, anda diingatkan agar tidak meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari kelingking terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan puting yang sekali gus mengurangkan rasa sakit akibat puting yang melecet.
6. GIGIT SESUATU
Berikan bayi alat-alat lain untuk dia gigit. Contoh terbaik ialah teether. Paling tidak pun tuala kecil yang telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk beku. Alat-alat seperti ini amat berguna kerana ia boleh digunakan untuk memenuhi keinginan bayi menggigit
tambahan pula jika dia sedang mengalami masalah gatal gusi. Oleh itu, jadikan teether dan kain tuala beku sebagai alat alternatif bagi mengelakkan diri anda digigit bayi.
7. JANGAN JERIT
Anda dinasihatkan agar tidak sesekali meninggikan suara dan menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, anda juga diingatkan agar tidak memukul atau menampar pipi atau bahagian anggota tubuh yang lain. Jika hal sebegini dilakukan, ia akan menyebabkan bayi terkejut dan mengalami perasaan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi apabila ia mungkin penyebab bayi enggan lagi menyusu di sesi penyusuan seterusnya.
8. TELITI GAYA PENYUSUAN
Sekiranya prihatin dengan gaya penyusuan bayi, anda dapat mengelakkan gigitan bayi biarpun di akhir sesi penyusuan. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk kerana kenyang ataupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya.
Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk anda sentiasa peka dan bersedia untuk
menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda mahu menggigit apabila sesi penyusuan bakal berakhir.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah adik Nur Adriana Maisarah, 1 tahun yang menghidap ekzema teruk dan viral baru-baru ini selepas bapanya, Mohd Shahril meminta nasihat dan bantuan di laman sosial mendapat perhatian orang ramai.
Mula disahkan ekzema ketika usia 4 bulan, permulaannya hanya di muka sahaja dan selepas itu merebak ke seluruh badan hingga menyebabkan rasa ketidakselesaan pada Adriana.
Berkongsi kisah adik Adriana, Mohd Shahril menjelaskan setiap kali selepas menyusu, keadaan makin teruk. Lagi-lagi bila isteri saya makan makanan laut lagi teruk gatalnya. Ingatkan hanya ruam susu dan alergi sahaja tapi tak sangka mengalami ekzema yang agak serius.“Setiap kali tengok Adriana saya dan isteri automatik jadi sedih. Pergerakannya jadi terbatas dan tak seperti kanak-kanak normal lain.
“Dia tak boleh main di luar dan kena cuaca panas. Jadi masanya banyak dalam rumah,” jelasnya.
Shahril berkata, sebelum kes Adriana viral, memang tak niat pun untuk dapat bantuan yang begitu besar nilainya bagi keluarga kami.
“Bagaimanapun, selepas Nedim yang juga suami kepada Nora Danish menghubungi saya untuk membantu membiayai rawatan anak, hanya Allah yang tahu perasaan tu.
“Kini keadaan Adriana dah makin baik dan ekzemanya makin kurang. Cuma kena sentiasa pantau dari bab makan, persekitaran dan kebersihan,” katanya.
Nak tahu lagi kisah selanjutnya mengenai derita ekzema saksikan rancangan ulangannya malam ini jam 9 malam di Astro Prima dan Maya HD dengan pelbagai tip dan kaedah rawatan terbaik untuk anak-anak yang mengalaminya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.