Benarkah masalah kekejangan terutamanya di bahagian kaki yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan boleh diatasi dengan mengambil suplemen kalsium? Bagaimana suplemen ini boleh membantu mengatasi masalah ini?

Suplemen Kalsium Tidak Banyak Membantu Rawat Kejang Kaki Ketika Hamil! Ini 5 Cara Yang Mama Boleh Guna Sebagai Rawatan

Rasa kejang di kaki memang sering terjadi ketika hamil. Rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini menyebabkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang.

Suplemen kalsium sering digunakan untuk merawat kekejangan kaki tetapi ia tidak banyak membantu.

Sebaliknya, anda dinasihatkan untuk:

  1. Melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau jogging) untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung.
  2. Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.
  3. Memakai stoking khas (pressure graded stockings) yang boleh dibeli di farmasi.
  4. Meminta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan pengaliran darah.
  5. Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.

Suplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Jika anda tidak mengambil suplemen kalsium secukupnya, bayi akan “mencuri” kalsium daripada anda. Ini menyebabkan tulang anda mengalami kehausan kalsium.

IKLAN

Suplemen Kalsium Tidak Banyak Membantu Rawat Kejang Kaki Ketika Hamil! Ini 5 Cara Yang Mama Boleh Guna Sebagai Rawatan

Anda perlu terus mengambil suplemen kalsium sewaktu berpantang dan ketika menyusukan bayi kelak. Vitamin D pula penting untuk memastikan pil kalsium yang dimakan boleh diserap ke dalam badan.

Wanita yang kekurangan kalsium akan mendapat risiko osteoporosis di masa hadapan. Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000 – 1200 mg kalsium sehari. Tetapi jangan makan kalsium berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan batu karang.

IKLAN

5 ubat perlu dielakkan

  1. Aspirin

Ia berupaya menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit. Lalu, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

IKLAN
  1. Litium

Ubat ini berkesan untuk merawat masalah mood tidak menentu tetapi ia boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

  1. Tetrasaiklin

Ia merupakan sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

  1. Ubat penahan sakit

Ubat ini boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

  1. Antibiotik

Ada beberapa jenis antibiotik yang tidak selamat untuk wanita hamil ialah tetracyclines (doxycycline dan minocycline). Begitu juga dengan Bactrim dan Septra.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI