Nak cipta keberanian pada anak kecil kita bukan mudah. Jadi janganlah takut-takutkan anak dan bantu anak jadi lagi berani sewaktu anak-anak itu kecil.
Sifat berani ini akan dapat memberi banyak kebaikan pada anak malah ia aset untuk anak, lebih-lebih lagi di waktu anak menghadapi cabaran dan membentuk keyakinan diri yang kuat.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Izzar Anwari, suami kepada pelakon cantik Ummi Nazeera. Ada banyak kebaikan bila anak jadi berani. Latih anak kita jadi berani.
“Anak-anak yang happy dan selesa dengan diri mereka adalah lebih yakin untuk mencuba benda-benda baru. Dan lebih cenderung untuk memberikan yang terbaik sebab mereka bangga dengan apa yang mereka lakukan.
Ada keyakinan diri (self-esteem) ni membantu anak-anak untuk menghadapi kesilapan.
Jadi mereka lebih yakin dan berani untuk mencuba lagi sehingga berjaya.
Ads
Dan akhirnya dengan keyakinan diri ni, anak lebih perform di sekolah, senang bersosial/berkawan, dan lebih gembira di rumah.
Anak-anak dengan keyakinan diri:
✅️ Terasa disukai dan diterima
✅️ Lebih yakin
✅️ Bangga dengan apa yang dilakuan
✅️ Berfikiran positif/baik dengan apa yang mereka lakukan
✅️ Percaya dengan diri sendiri
Ads
“Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa membentuk keyakinan diri anak-anak. Supaya mereka boleh membawa keyakinan tu sehingga mereka besar kelak.
“Support apa yang mereka buat, puji apa yang mereka lakukan, dan ajar mereka ke arah kebaikan.
“Dengan keyakinan diri yang tinggi, insyaAllah bila besar nanti mereka akan lebih berdikari dan berani membuat keputusan yang betul.
“Saya bawa Ayra bermain ni. High five setiap kali dia berjaya melakukan sesuatu. Puji dia banyak-banyak tapi tak berlebihan kang syok sendiri.
Kematian adik Adam Rayqal minggu lalu, benar-benar buat semua orang sedih, kerana cara kematiannya begitu menyayat hati. Percayalah arwah dah tunggu ibu ayahnya di syurga.
Kes arwah Adam Rayqal dah kira selesai selepas polis berjaya menahan pengasuhnya tapi bagi seorang ibu yang turut kehilangan anak pada April lalu masih tidak berputus asa dan mencari keadilan untuk anak syurganya itu.
Mereka mempunyai persamaan. Punca kematian mereka adalah sama, disebabkan HENTAMAN PADA OBJEK YANG TUMPUL DI KEPALA! Tapi sekurangnya ibu ayah Adam telah berjaya mendapatkan kebenaran apa yang berlaku ke atas Adam dan inshaAllah keadilan akan berpihak kepada mereka.
Tapi nasib aku dan suami sebaliknya, walaupun hasil post mortem sudah tunjukkan kebenaran apa yang berlaku ke atas Aisy tapi untuk mendakwa si polan bukan senang. Kami perlukan bukti yang kukuh untuk jatuhkan pertuduhan tu. Semua atas usaha pihak berkuasa untuk membantu kami.
Perkongsian Puan Julia Rahim yang kehilangan anaknya, Nur Aisy Binti Mohd Ikhwan pada bulan April lalu, ramai orang di luar bertanya “Macam mana dengan kes anak kau, Julia?” Sukar untuk aku jawabkan sebenarnya. Sebenarnya masih dalam siasatan (Entah la nak siasat macam mana lagi kan. Bukti dan statement aku dan suami memang sehabis baik kami beri kerjasama). Mungkin kami bukan di kalangan orang yang berpengaruh untuk dapat perhatian dari mereka.
Bila kami cuba untuk share di media sosial, pelbagai suara-suara sinis yang keluar kononnya kami masih tidak redha?? Allahuakbar! Sedangkan niat sebenar aku dan suami untuk membuka mata orang di luar supaya kes macam ni harap tidak berulang lagi. Dan kami cuba untuk mendapatkan keadilan untuk anak kami kerana kuasa viral juga memang sangat-sangat membantu sebenarnya. Sebab apa, sebab kerjasama orang di luar dan pihak sepatutnya akan cuba ambil perhatian dan tindakan yang cepat.
Aku dapat rasa apa yang ibu bapa Adam rasa. Sedih, sakit, geram, kecewa dan macam-macam lagi perasaan ada dalam diri kami. Orang di luar mudah untuk berkata-kata, tapi orang yang menanggung tak payah cakaplah.
Cuma aku boleh kongsikan jika benda berlaku kepada ibu bapa di luar sana, jangan sesekali berputus asa untuk mendapatkan keadilan bagi anak mereka. Sebab anak kita dah korbankn keseluruhan kesakitan mereka untuk kita. Dalam Islam pun kita dituntut untuk dapatkan kebenaran itu. Aku memang tak terkesan dengan kata-kata orang sekarang ni. Cakaplah apa yang mereka nak cakap, “Yang hilang tu anak aku, bukan anak kau!”
Sakit beranak ini pun tak habis lagi, kau nak suruh ‘maafkan orang tu” walhal orang itu tiada sebarang pengakuan, tiada sebarang perkataan “MAAF“. Yang ada hanya statement untuk menyalahkan aku dan suami dengan apa yang berlaku ke ats Aisy!
Ada lagi yang tanya pada aku “Kau tak cuba ke slow talk dengan dia?” Allahuakhbar! Sepanjang arwah Aisy di wad, aku cuba untuk bertanya secara baik dengan si polan. Bukan setakat itu sahaja, aku “MERAYU” kepada si polan supaya berterus terang dan berlaku jujur sebab dalam kepala otak aku, tak sanggup nak tengok Aisy di post mortem. Tapi si polan tetap bekeras dengan jawapan dia “TAK TAHU!“.
Tetapi bila pihak berkuasa share dengan aku apa keterangan si polan ini, baru aku tahu dia cuba untuk putar belit salahkan kami. Sedangkan terang-terang pagi itu anak aku memang sihat. Ada juga video pagi tu memang anak kami dalam keadaan yang sihat dan aktif dan tiada unsur dia terjatuh dari tangan kami.
Memang kau boleh lari si polan. Kau boleh cuba untuk rahsiakn semua ini, tetapi setakat kau boleh menipu semua ini, akhirnya kau akan kecundang juga dengan putar belit kau! Trauma aku tak payah cakaplah sampai ke saat ini aku memang selalui terfikir macam manalah keadaan Aisy ketika itu.
Sakitnya anak aku, kenapa si polan tak nak call aku. Kenapa perlu dirakam video dengan niat untuk menyelamatkan dirinya sahaja. Kenapa biarkan Aisy dalam keadaan yang sangat-sangat sakit macam tu? Kejamnya kau. Aisy tak bersalah dengan kau, sampai hati kau boleh buat macam ini pada anak aku??
Aku tahu, sekarang ini kau pun pura-pura untuk hidup dalam keadaan tenang. Walhal hati kau memang tak tenteram pun tambah-tambah sekarang isu baby Adam ini hampir sama dengan kejadian Aisy! Korang rasa dia boleh tenang ke? Setakat mana kau boleh abaikan? Setakat mana kau boleh diam? Silap-silap benda ini boleh makan diri kau juga. Jadi tak perlulah kau nak update sangat status yang berunsur muhasabah untuk diri orang lain.
Jadi status ini aku public kan supaya kau boleh baca dan hadam apa yang aku rasa supaya kau sendiri rasa tak tenteram. Jadi kau kena ingat aku tak akan behenti untuk dapatkan keadilan untuk anak aku walaupun makan bulan, makan tahun untuk memperjuangkan kebenaran ini. Kau kena pegang semua ini ye.
Jangan ingat tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa kau boleh jalani hidup macam biasa. Kau tak tahu kesan yang berpanjangan aku dan seluruh keluarga tanggung terutama sekali untuk Fatihah dan Imani yang tak henti bertanyakan Aisy dan cuba untuk faham apa yang sebenarnya berlaku ke atas adik mereka.
Jadi jangan pertikaikan redha aku! Apa yang aku buat semuanya untuk segala pengorbanan anak syurga aku Aisy! Aku tak akan berhenti dan berputus asa!
Golongan ibu ni kadang-kadang cakap je penat bawa anak keluar berjalan lebih-lebih lagi anak yang sedang membesar, tapi ‘next time’ dah lupa kepenatan tu mesti tak serik nak bawa anak keluar. Sebab memori bersama anak tu sangat berharga.
Begitulah yang turut dirasai oleh usahawan berjaya yang juga ibu kepada empat orang cahaya mata, Datin Vivy Sofinas Yusof apabila membawa anak-anak beriadah. Baginya, dia juga seperti ibu-ibu kebanyakan yang turut mengalami situasi sama ketika berhadapan dengan perangai anak-anak.
Namun bagi pemilik FashionValet dan The dUCk Group ini, ianya satu moment yang sangat berharga buat dirinya sebagai ibu. Ikuti perkongsian beliau.
Terdapat banyak perkara yang kita takuti sebagai seorang ibu. Masa anak-anak nak pergi tandas awam, bila anak-anak mengamuk kat tengah-tengah kedai cenderahati (Hai Mariam, mommy tak lupa), bila anak-anak bawa pulang ikan dari sekolah.
Lagi satu yang paling takut… bila anak-anak nak pergi waterpark.
Dah boleh nampak masa hadapan. Mommy akan menjadi towel lady selama setengah hari di bawah terik matahari, menjerit kepada anak lelaki kerana menolak anak perempuan ke dalam air, dan mengejar anak perempuan yang lain kerana dia enggan memakai sunblock.
Anak-anak akan menjerit dari dalam air, “mommy, lihat!!” Dan anda perlu melihat mereka menuruni gelongsor dan berkata “Oh wowwww!” buat kali ke-14 kerana pada pandangan mereka, mereka melakukan sesuatu yang sangat hebat dan anda perlu menunjukkan sokongan.
Cuba mengabaikan “Mommy, Lihat” kali ke-15 kerana ia akan membosankan. Tapi tak boleh sebab mereka akan menjerit lebih kuat, dan orang ramai akan mula merenung.
Bahagian yang menyeronokkan bila bagitahu mereka “kita akan pulang” Mereka akan merayu “Awwww tapi kami baru sampai di sini!” walaupun sampai tadi pada pukul 10 pagi dan sekarang pukul 5 petang. Mereka akan melompat semula ke dalam air dan mommy perlu menarik mereka keluar dan mengugut untuk ambil semua yang mereka miliki.
Mommy jugalah akan menjadi orang yang mengumpul pakaian basah semua orang dan sandal basah yang telah bercampur dengan pasir dan tanah dan mungkin juga beberapa semut. Hadiah dari anak-anak tersayang.
Di dalam kereta, mereka akan keletihan sehingga tidur. Mommy akan mendapat ketenangan selama beberapa minit, tetapi mommy perlu melenturkan otot tersebut untuk membawa badan mereka yang mengantuk masuk ke dalam rumah. Semua 20kg berat badan mereka. setiap satu.
Di rumah, mommy perlu mandi setiap satu daripada mereka sekali lagi dengan bersih untuk memastikan semua klorin dan nasties lain telah hilang.
Apabila mereka tidur malam itu, mommy akan melihat foto dan video dan mommy akan tersenyum. Senyuman yang letih tetapi puas kerana tiada yang lebih indah daripada melihat anak-anak bergembira. Dan kita tahu bahawa kita akan ke waterpark sekali lagi.
Ketika itulah kita akan sedar bahawa keibuan tidak masuk akal sama sekali.
Sebak, itulah perasaan yang boleh digambarkan saat melihat anak-anak Datin Paduka Eina Azman menangis rindukan Eina dan suaminya yang telah lama berjauhan dengan anak-anak kerana menjalani tempoh kuarantin Covid-19.
Harini, akhirnya Eina dan suami dapat pulang ke rumah setelah sembuh daripada jangkitan Covid-19.
Video ini dimuatnaik di Insta story dan jelas kedengaran Eina sedang memujuk anak lelakinya, Karl Kareef (5 tahun). Karl tidak dapat menahan sebak dan menyatakan bahawa dia sangat merindui ayahnya.
“Mommy rindukan awak. Sekarang kami dah negatif. Jangan menangis”
“saya rindukan daddy”
Eina Azman juga meluahkan rasa syukur apabila suami, Dato Paduka Kaiser Gurmeet akhirnya dapat pulang ke rumah setelah 12 hari berada di hospital akibat jangkitan virus Covid-19.
Baginya, saat 12 hari suami terpaksa ditempatkan di hospital merupakan saat yang paling mendebarkan buat dirinya.
Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena covid Stage 4 dan paru-paru pun dah merebak 30% dengan oxygen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa 2-3 hari oxygen tak ok suami kena masuk icu.
Kalau boleh saya memang tak nak suami saya di masuk ke icu. Ya Allah saya tak tahu nak cakap mcm mana perasaan ketika itu😭 Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk. Memikir kan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuh kan suami saya.
Eina sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa, nasihat dan segala pemberian daripada keluarga, sahabat dan juga peminat. Baginya, doa orang sekeliling antara asbab dia dan suami mendapat kesembuhan dari penyakit ini.
Di sini saya ingin ucap kan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga kawan-kawan, dan semua followers saya yang tak henti-henti mendoakan dan bagi saya macam-macam barang dan tips untuk cuba sembuhkan suami saya🙏🏻
Saya tak mampu nak balas semua whatsapp dan dm. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa-doa yang baik untuk diri saya suami, dan bibik-bibik🙏🏻
Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa u all yang Allah makbulkan🤲🏻🙏🏻 Syukur Alhamdullilah aminnnn-aminnnn aminnnn❤️🤲🏻
Rata-rata rakan artis dan juga warga maya turut meluahkan rasa syukur diatas kesembuhan yang diberikan oleh-Nya kepada keluarga ini. Diharapkan kita sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa dan dijauhkan dari wabak penyakit.
Eina, Suami dan pembantu rumahnya sebelum ini telah disahkan positif Covid-19 manakala anak kembarnya Arianna Aubrey dan Karl Kareef (5 tahun) disahkan negatif Covid-19.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
ADHD kanak-kanak: Datin Seri Shahida berkongsi cabaran membesarkan anaknya Yusoff yang disahkan mengalami disleksia dan ADHD serta kepentingan rawatan dan sokongan awal.