“Susah Dan Senang Sama-Sama”. Respek Cara Shuib Dan Sarah Kekalkan Kebahagiaan Demi Anak-Anak

Share

Penyanyi, Siti Sarah berkongsi memori bersama suaminya, Shuib Sepahtu sebelum mereka bernikah.

Kini setelah dikurniakan tiga cahaya mata, kasih sayang mereka tetap utuh dan pasangan ini sentiasa menjadi perhatian peminat kerana  keharmonian dalam rumah tangga dan mendidik anak.

Sarah menceritakan memori tersebut menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Saya teringat sebelum kami menikah.. @shuibsepahtu pernah tanya.. Sanggup ke you nak bersusah-susah hidup dengan I?

“Jawapan saya… TIDAK! Sekiranya you sayang dengan I, you takkan sanggup tengok isteri dan anak-anak you susah.. You akan lakukan sedaya upaya untuk bagi keluarga you senang terutama ibu you, isteri dan anak-anak… (jawapan gertak je tu)

“Tapi pada hakikatnya, I’m the one yang berada dengan dia disaat dia susah.. Kalau you jatuh I akan cuba angkat you ke atas.

“Disaat dia tak yakin melakukan sesuatu.. Saya akan buat dia percaya benda yang tak mungkin dia capai akan tercapai bila kita percaya pada diri sendiri disamping sokongan insan yang tersayang…” tulis Sarah.

Di ruangan komen, peminat Sarah memuji tindakan yang dilakukan oleh pelantun lagu Jangan Kau Mimpi itu yang sangat setia menyokong Shuib.

Peminat juga mendoakan agar perkahwinan Sarah dan Shuib kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan terus bahagia dengan anak-anak.

Sumber: astro gempak

IKLAN