Walau macam mana payah pun, seorang suami pastinya akan berusaha sebaik mungkin untuk isteri tersayang bila isteri mengidam untuk makan sesuatu ketika mengandung.
Pelakon Datuk Fizz Fairuz berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan buah gajus, selepas isteri kesayangannya, Datin Almy Nadia mengidamkan buah ‘rare’ itu.
Almy yang kini sedang sarat hamil anak keempat mereka berkongsi beberapa keping gambar dan video malah amat berterima kasih kepada suami yang berusaha untuk mencari buah yang diidamkannya.
“Sayanggg @fizzfairuzofficial. Terima kasih sayang usaha dapatkan buah ni untuk i. Love u sayang.
“Terima kasih banyak-banyak Kak Long bagi buah ni,” tulisnya lagi.
Ads
Bukan hanya mendapatkan sendiri bahkan Fizz turut sama mengait sendiri untuk isteri kesayangan.
Seronok melihat perkongsian beberapa video Almy yang cukup terharu hingga menitiskan airmata. Bukan itu sahaja, bahkan perkongsian gambar dan video Almy yang makan buah potongan buah gajus bersama kicap sudah cukup buat wargamaya di luar sana menelan air liur.
Menurut Almy lagi, buah gajus yang diidamkannya itu kini jarang-jarang dijumpai dan dia amat bersyukur bila Fizz berusaha keras untuk mendapatkannya.
Ads
“Susah nak dapat tau buah ni tapi en suami kami gigih dapatkan buah ni @fizzfairuzofficial,” tulisnya di Instagramnya.
Terdahulu Almy Nadia dan Fizz Fairuz mengumumkan kehamilan anak keempat mereka pada Jun lalu. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @almynadiaofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit di bahagian bawah abdomen semasa mengandung. Bila check semua normal. Tapi sakit tetap tak hilang.
Jumpa Dr ni kata kencing kotor, bg antibiotik still tak hilang sakit.
Sakit mencucuk-cucuk tu memang tak boleh nak tahan. Duduk tak kena, baring mengiring tak kena.
Jumpa Dr lagi satu, kata sakit urat je ni, bagi MC suruh rehat, tapi sakit still tak hilang.
Jumpa bidan, dia kata kepala baby menekan, dia urut perut, hilang sekejap. Lepas 2-3 hari sakit semula.
Apa masalah sebenarnya ni?
Bukan penyakit misteri, dan juga bukan penyakit buatan orang. Erm, ada lah part ‘buatan orang’ tu, suami sendiri la. Sampai pregnant ni.
Ok, ni masalah yang agak biasa berlaku. Cuma perlu sedikit masa untuk Doktor dengar cerita dan periksa betul-betul.
Ia mungkin Diastasis of Pubic Symphisis.
Sebenarnya ia adalah pengembangan tulang pelvic. 2 tulang pelvic, kiri dan kanan bertemu di bahagian depan dan bawah abdomen. Dekat kawasan ari-ari. Di situ kedua-dua tulang pelvic ni disambungkan oleh rawan.
Sewaktu nak bersalin, satu hormon iaitu relaxin akan dikeluarkan untuk membantu melembutkan ligaments disekeliling pelvic bone, supaya kepala baby boleh turun dan keluar. Kadang-kadang, hormon relaxin ini keluar terlalu awal, menyebabkan ligament menjadi lembut terlalu awal dan ini menyebabkan instability kepada tulang pelvic. Instability ini akan menyebabkan rawan di antara mengembang secara terpaksa untuk jangka masa yang lama. Ini menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
So apa nak buat?
Untuk tahan sakit, boleh ambil paracetamol.
Kegels exercise
Betulkan postur duduk, jangan angkat berat atau apa-apa yang menambah tekanan pada perut.
Hot pack mungkin membantu diletakkan di tempat yang sakit.
Pelvic support belt adalah magic treatment untuk penyakit ini, good pelvic support belt akan memberi sokongan kepada pelvic bone, menggantikan ligament2 yang telah dilembutkan oleh hormon relaxin itu. Jadi carilah good pelvic support belt.
MINUM AIR GULA. Bagai mimpi ngeri bagi bakal ibu bila perlu berhadapan dengan situasi ini. Lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali ingin merasainya, mereka sering dimomokkan dengan pelbagai cerita mengenainya.
Tapi sebenarnya, penting tau air gula ini untuk ibu mengandung! Minum air gula ialah untuk mengetahui sekiranya ibu mengandung penghidap kencing manis ataupun tidak. Jika dapat dikesan pada peringkat awal, pemantauan boleh dibuat demi keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Baru-baru ini Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi di laman Twitter miliknya tentang tip untuk minum air gula supaya ibu-ibu tidak termuntah. Menurutnya, bukan suka-suka untuk mereka ‘mendera’ ibu hamil, tetapi ianya adalah ujian saringan untuk ‘check’ sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil.
Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan.
Tip yang boleh diamalkan untuk minum air gula
Melalui perkongsian Dr Izzat, ramai yang meminta tip yang boleh diamalkan jika perlu minum air gula. Ini tip yang diberikan oleh Dr izzat:-
1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.
2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dlm tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG je.
3. Sampai kat klinik tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.
4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual membawang pasal tupperwear ke, Lazada ke rancangan TV3 yg kol 10 tu ke atau apa apa yg boleh distract. Tahu-tahu je da settle.
5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat.
6. Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. duduk Rehat sahaja. jangan makan lagi time ni, sabarr.
7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
8. sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !
Dr Izzat juga berkongsi ketika belajar di universiti, beliau juga tidak terlepas peluang untuk merasai sendiri air gula tersebut.
Tip Minum Air Gula Agar Tidak Termuntah
Ada sesetengah ibu hamil akan merasa loya dan termuntah ketika minum air gula, Dr Izzat turut berkongsi tip minum air gula supaya tidak termuntah:-
1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yg sesuai utk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je macam biasa
2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.
3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.
4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
Wahai ibu, janganlah terlalu mudah untuk percaya dengan petua-petua karut. Jangan pertaruhkan nyawa dan keselamatan bayi. Tidak semua perkara boleh dipulihkan dengan urutan. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada semua.
Uri bawah atau placenta previa adalah salah satu komplikasi yang sering dihadapi para ibu hamil. Mempunyai beberapa tahap, ia adalah satu keadaan yang tidak dapat diubati. Ibu yang mengalami placenta previa berada dalam kategori kehamilan berisiko tinggi.
Benar urutan boleh memberikan kesan terapi yang bagus tapi bagi ibu yang mengalami plasenta previa, ia bukanlah idea yang baik. Berusaha dan berikhtiarlah namun jangan sampai memudaratkan dan tidak mengendahkan nasihat doktor.
Kisah ibu muda yang mengalami plasenta previa dan mendapatkan urutan daripada bidan kampung yang dikongsi daripada Poliklinik Az-Zaara ini diharapkan membuka mata semua.
Saya nak balik kampung, nak suruh bidan kampung urut bagi uri naik.
Ada seorang ibu muda, yang pertama kali mengandung didapati mengalami Placenta Previa Type 3, dia disahkan tidak boleh bersalin secara normal kerana uri menghalang laluan bersalin. Sewaktu itu, dia 28 minggu mengandung.
NASIHAT DOKTOR TIDAK DIENDAHKAN
Surat rujukan ke hospital diberikan agar dia mendapat rawatan susulan di hospital dengan segera. Namun nasihat itu tidak dipedulikan.
Atas nasihat orang lain, ibu tersebut mengambil keputusan untuk berubat dengan cara kampung. Dia berjumpa dengan seorang bidan kampung tua, yang ‘berpengalaman’ dalam mengurut ibu mengandung dan ibu dalam pantang. Salah satu ‘kapakaran’ beliau adalah urut untuk menaikkan rahim.
Jadi selepas 2-3 kali urut, bidan tersebut menerangkan kepada si ibu bahawa urinya sudah naik dan tidak lagi menghalang laluan untuk bersalin. Jadi ibu tersebut sudah boleh bersalin secara normal. Bidan itu juga mencadangkan si ibu tersebut bersalin terus dengannya nanti apa bila sampai waktunya.
Gembira bukan kepalang ibu muda tersebut. Bersyukur dengan keputusannya untuk tidak meneruskan rawatan di hospital. Rasa seperti doanya telah dimakbulkan. Pulanglah si ibu dengan hati yang berbunga.
PENDARAHAN TERUK HINGGA HAMPIR PENGSAN
Selang 2-3 minggu selepas itu, si ibu dapati ada darah yang keluar, namun rasa sakit untuk bersalin tidak ada, darah semakin lama semakin banyak keluar. Dia dan suami terus berjumpa dengan bidan tersebut. Setelah beberapa jam rawatan bidan tersebut, namun darah masih tidak berhenti. Si ibu semakin lemah, pucat dan hampir pengsan.Tidak puas hati dengan rawatan bidan tersebut, si suami mengambil keputusan untuk membawa isterinya yang hampir pengsan itu ke hospital.
Setibanya di hospital, dia dibawa ke zon kecemasan. Pakar sakit puan dihubungi. Rupa-rupanya si ibu telah mengalami pendarahan teruk akibat uri dibawah.
Sebenarnya uri tersebut tidak berganjak sedikit pun walaupun selepas diurut oleh bidan itu. Keadaan si ibu amat genting pada waktu itu, tekanan darah semakin menurun, jantungnya berdegup sangat kencang untuk menghantar darah yang tinggal sedikit ke organ-organ utamanya.
Dia juga sangat pucat dan mula meracau-racau. Ujian darah menunjukkan paras hemoglobin ibu tersebut sangat rendah iaitu hanya 5 berbanding yang normal adalah 12. Keadaannya pada waktu itu adalah sangat genting.
Doktor pakar mula berbincang dengan si suami. Tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa si ibu. Pembedahan segera perlu dilakukan walaupun bayi masih tidak cukup bulan untuk memberhentikan pendarahan dan menyelamatkan nyawa si ibu.
Jadi bagaimana dengan nyawa bayi? Pakar bedah sakit puan dan pakar kanak-kanak akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan kedua-duanya. Namun keutamaan sekarang adalah menyelamatkan nyawa ibu.
Setuju dengan saranan doktor pakar, pembedahan mula dilakukan. Syukur pada ilahi, pembedahan berjaya dilakukan, pendarahan dapat diberhentikan. Nyawa ibu berjaya diselamatkan.
Namun bayi yang dilahirkan sangat pra matang iaitu pada 32 minggu. Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk pemeriksaan lanjut. Akibat dari pembedahan secara tidak dirancang terpaksa dilakukan, bayi tidak mempunyai paru-paru yang matang dan sangat berisiko mendapat jangkitan kuman.
Selepas pembedahan dilakukan, si ibu menerima 8 bag darah untuk menstabilkan keadaannya.
Kisah ini disiarkan supaya menjadi iktibar kepada semua.
INFO MENGENAI URI
Uri tidak boleh naik semula walaupun di urut.
Uri akan naik sendiri tanpa perlu diurut jika sebelum 28 minggu.
Selepas 28 minggu, kedudukan uri tidak akan banyak berubah sehingga bersalin.
Jika didapati mengalami uri dibawah, pastikan ibu mendapat rawatan susulan di hospital dengan segera. Si ibu sangat berisiko mendapat pendarahan yang tidak boleh diberhentikan seperti yang berlaku pada ibu tadi.
Kes seperti ini, bayi perlu diberikan suntikan agar paru-paru baby lebih cepat matang sekiranya pembedahan awal perlu dilakukan.
Sama-sama kita doakan agar si ibu dan bayi tersebut selamat dan kes seperti ini tidak lagi berlaku.