Sebut je sushi rata-ratanya pasti suka. Cuma untuk nak beli selalu dan makan, kosnya agak mahal juga. Melainkan kalau buat sendiri lebih jimat. Tetapi nak buatnya pun ada teknik juga.
Ada juga yang tak suka sushi kerana tekstur dan bahan toppingnya tak kena dengan selera. Namun untuk sushi roti sandwich ini anda pasti suka kerana rasanya sedap dan kena dengan selera ramai.
Resepi yang diolah oleh Shahrul Bieha ini sangat menarik dan sangat mudah nak buat. Tak cuba memang rugi.
SUSHI BREAD SANDWICH
Bahan-bahan:
– Seaweed roasted potong 2(yang untuk buat sushi) * Ni boleh beli di Aeon atau Shopee
– Roti gardenia telah di lenyek
– Salad secukupnye
– Mayonaise
– Carrot yg telah dipotong memanjang
– Sosej potong 2/crabstick celur
– Gravvy, topping..lagi banyaklah sedap
– Sos cili
– Thousand island/chesee
– Bijan
Cara-caranya:
Lenyekkan roti dan sapu mayonis terlebih dahulu
Ads
-Sapu mayonis pada roti depan dan belakang
Susun roti pada seaweed yang telah di potong kepada dua bahagian
-Saya pakai 1 1/2 @ 2 keping roti lenyek
Tambah carrot, sosej, salad atau apa-apa inti yang disukai
-Susun carrot, sosej, salad macam buat sandwich tu
Ads
Sedia untuk digulung
-Gulungkan sandwich macam nak buat sushi. Nak bagi lekat gulungan terakhir saya sapu mayonis.
Siap sandwich
– Apabila dah siap sandwich, potongkan kepada 5 bahagian
Ads
Boleh letak topping kegemaran
– Tambahkn topping atau sos pilihan ikut citarasa sendiri. Lagi banyak, lagi sedap
Nampak mudahkan cara nak buatnya. Sushi sandwich ni nak bawa bekal anak ke sekolah atau kita sendiri nak bawa ke pejabat pun boleh. Yang mana tak mahu makan nasi, boleh buat ni. Memang kenyang sangat!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama keraplah memberi anak-anak makan sup kebal imun atau immune-boosting meal. Ia sebenarnya sup biasa tetapi menggunakan bahan-bahan yang memang terkenal membantu meningkatkan pertahanan badan iaitu lobak putih, tulang-tulang dan isi ayam, bawang putih, bawang holland/merah dan celery (saderi).
Kita sedia maklum, bayi dan kanak-kanak belum mempunyai sistem imun badan yang kuat untuk mengelakkan daripada sebarang jangkitan kuman dan penyakit. Itulah sebabnya anak-anak kecil perlu dijauhkan daripada persekitaran yang tercemar, orang-orang yang tidak sihat dan makanan yang boleh menjadi punca penyakit.
Biasanya ibu-ibu akan beri anak suplemen untuk menguatkan sistem imun badan mereka. Sebenarnya ada cara yang mudah sangat untuk bagi badan anak kuat dan tak mudah dijangkiti kuman. Jom pelajari cara menyediakan sup kebal imun atau immune-boosting meal ini.
Bahan-bahan:
Bawang putih
Bawang holland/merah
2 batang celery (saderi)
2 batang daun bawang
2 batang lobak putih
2 batang lobak merah
3 biji tomato
Tulang ayam (semua anggota badan ayam termasuk kaki kecuali kepala)
Cara membuat:
1. Potong kecil semua bahan-bahan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kalau ada slow cooker lagi bagus.
3. Masukkan air sehingga tenggelam semua bahan.
4. Masak dengan api perlahan kira-kira 8 jam. Kemudian kisar dan tapis.
Selain dimakan terus, anda boleh bekukan sup ini dalam kiub ais, bekas kiub makanan bayi atau bekas bertutup dan dijadikan stok untuk apa-apa masakan di dalam peti sejuk. Kalau simpan di tempat dingin beku, boleh tahan berbulan tetapi kalau hanya disimpan di bahagian bawah peti sejuk, hanya tahan lima hari.
Dalam seminggu, sekurang-kurangnya tiga kali boleh bagi anak makan sup ini sama ada dihidangkan dalam bentuk sup atau masukkan dalam masakan lain.
KEBAIKAN SUP KEBAL IMUN KEPADA SI MANJA:
1. MENGUATKAN LELANGIT BAYI
Susu ibu dan susu formula agak manis rasanya, dengan memberikan sedikit rasa savori ia membantu meluaskan lelangit bayi.
2. MENGUATKAN TULANG DAN GIGI
Sup ini kaya dengan bahan mudah dihadam dan membentuk kalsium dan magnesium, yang penting untuk bayi anda membina tulang yang sihat dan gigi yang kuat.
3. MEMBANTU MEMBINA TISU PERANTARA DAN SENDI
Sup ini mengandungi glucosamine dan chondroitin, iaitu dua nutrisi penting untuk sendi dan membantu membina sendi-sendi bayi. Sup ini juga sumber terbaik gelatin dan kolagen, kunci utama membina dan menyokong perantara tisu.
4. MENGURANGKAN RISIKO ALERGI
Kekerapan makan sup ini meningkatkan keupayaan badan untuk menguatkan lapisan usus, yang mampu mengurangkan risiko alergi dan sensitiviti terhadap makanan.
5. MENYOKONG SISTEM IMUN DAN PENGHADAMAN
Asid amino yang terkandung dalam sup membantu merangsang sistem imun dan meningkatkan penghadaman.
Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ada anak yang semakin membesar, stok makanan mesti kena sentiasa ada di rumah. Bukan anak je yang suka mengunyah, ibu ayah pun sambil tonton televisyen dan layan anak-anak pun nak juga makan.
Ok untuk nak beri idea kudapan pada ibu, apa kata cuba buat Pepero Popia Almond Stick yang sedap dan ranggup. Kudapan ni sangat mudah nak buat kerana tak perlu pun kepakaran yang beriya sangat.
Sambil-sambil layan anak pun boleh gulung dan siapkan. Rasanya bila letak dalam balang, sekejap je boleh habis. Nak tahu cara buatnya, berikut resipi yang dikongsikan oleh Anie Dza (Cik Za)
Confirm makan nanti.. Fefeling makan pepero kat Langkawi yang sekotak besar harga RM23 tu..
Pepero Popia Almond Stick
Bahan-bahan:
– Kulit popia (jenama KG, pertama@spring home) kalau brand lain ada yang kulit mudah koyak.
– Coklat masakan (saya guna yang bajet-bajet je) ade bajet lebih mak-mak guna coklat beryl’s
– Almond cincang dalam 200gram
Okey…3 bahan asas je semuanya
Cara-cara:
-Sebungkus kulit popia tu di belah 4. Kalau ada 40 keping, jadilah 160 keping -Coklat masakan -Almond di panggang kejap dalam oven 150°c 10 minit..
-Gulung satu persatu.. Dalam mangkuk biru berisi campuran tepung gandum dan air untuk proses lekatkan gulungan akhir.. -Guna straw untuk mudahkan gulungan dan bentuk yang sama setiap satu.. -Selepas siap semua… Rehatkan kejap dalam esbok ntuk keraskan gulungan popia
Selepas itu goreng gulungan popia sampai agak kekuningan..
Selepas di goreng. Toskan di atas tisu dapur. Tunggu sejuk kejap
Sementara itu separuh coklat masakan potong kecil-kecil. Saya kukus je.. Malas nak double boil bagai. Campurkan 2 sudu butter dan gaul sebati. Tujuan nutuk nampak coklat berkilat.
Coklat tadi masuk dalam mug. Senang nak celup popia tadi. Jangan celup sampai penuh. Agak-agak yang hujung boleh pegang.
Lepas tu taburkan almond yang dah di panggang tadi. Pastikan kena kat celupan coklat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.