Anak yang sihat bermakna dia ada sistem imun badan yang bagus, barulah otaknya boleh berfungsi dengan baik untuk belajar banyak benda. Semua ibu mahu anak sihat dan bijak. Jadi, ibu kena bagi anak makan makanan yang berkhasiat.

Kita sedia maklum susu adalah sumber kalsium untuk anak-anak. Tapi adakalanya bila anak dah bercerai susu ibu, kita jadi keliru nak bagi anak minum susu apa sebab ada macam-macam jenis susu di pasaran. Mana satu yang bagus untuk anak?

 Sebenarnya anda boleh buat sendiri susu untuk anak. Betul ke? Puan Ainini Zainal, seorang ibu yang juga blogger makanan sihat yang memperjuangkan makanan sunnah dan semula jadi sebagai cara terbaik menguatkan sistem imun badan berkongsi cara beliau menyediakan susu badam untuk anaknya.

Jom, kita juga ikut cara pemakanan sihat yang beliau amalkan.

Susu badam adalah salah satu susu alternatif berasaskan tumbuhan, ‘plant-based milk’. Sangat sesuai untuk semua, terutamanya yang mempunyai alahan terhadap laktosa/’lactose intolerance’.

Susu badam bebas gluten, bebas casein. Pilihan susu tinggi kalsium yang terbaik selain bagus untuk kuatkan sistem imun badan anak dan brain booster.

Sesuai untuk kanak-kanak setahun dan ke atas. Bawah setahun mungkin ada yang alah terhadap makanan daripada “keluarga kekacang”. Mulakan dengan 4-day-rule.

Yang pasti, ia bukan sahaja ‘immune booster’, tetapi juga ‘BRAIN BOOSTER’.

Badam itu sendiri adalah makanan kegemaran Rasulullah s.a.w dan khasiatnya amatlah banyak, apatah lagi jika penyediaannya tidak dicampur dengan bahan-bahan yang tidak sihat seperti gula putih, pengawet, aditif, pewarna/perasa tiruan. Selain itu ia juga tinggi kalsium, tinggi khasiat.

Maklumat nutrisi badam:

1. Vitamin E

2. Riboflavin.

3. Manganese

4. Magnesium

5. Fosforus

6. Kalsium

7. Zat besi

Khasiat badam:

1. Nutrisi sihat untuk badan.

2. Meningkatkan fungsi otak.

3. Tinggi protein tanpa lemak.

4. Memberi tenaga kepada badan dan otak.

5. Membaiki sel-sel otak dan seterusnya meningkatkan fungsinya termasuk ingatan.

6. Mencegah penyakit dan serangan jantung.

7. Mengekalkan kesihatan kulit.

8. Membantu mengawal kandungan gula dalam darah.

9. Membantu selera berlebihan dan penurunan berat badan.

10. Meningkatkan penyerapan nutrien.

11. Meningkatkan kesihatan penghadaman.

12. Melawan serangan kanser dan keradangan.

13. Mengekalkan kesihatan tulang dan gigi.

Bahan-bahan

2 cawan badam

3 liter air suam

7-10 biji kurma

Madu secukupnya

Serbuk koko (perasa coklat)

Cara-caranya

1. Tanggalkan kulit badam (direndam semalaman).

2. Kisarkan badam bersama 2 liter air dan kurma.

3. Sediakan penapis kain/kain yang bersih.

4. Tapiskan dan perah susu badam.

5. Masukkan semula hampas badam tadi ke dalam pengisar, tambahkan baki 1 liter air ke dalamnya. Kisar dan ulang tapis/perah. Tambahkan madu dan serbuk koko yang dikacau dengan sedikit air panas untuk susu badam perisa coklat. Boleh diminum terus atau dibekukan. Tahan di ‘freezer’ selama sebulan, di ‘chiller’ selam 2-3 hari.

6. Hampasnya jangan dibuang (boleh dibuat cucur/kek/biskut).

Sumber: Facebook Ainini Zainal

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI