Ramai ibu yang obses mahu memekatkan susu ibu kerana percaya susu yang pekat berupaya menjadikan si menja kenyang lebih lama. Tapi tahukah anda susu pekat atau cair bukan menjadi penentuan si kecil kekenyangan si manja. Ikuti penerangan daripada kaunselor laktasi ini.

Menurut Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Daerah Klang susu pekat mengenyangkan bayi lebih lama adalah sesuatu yang tidak benar.

PERLUKAH SUSU IBU YANG PEKAT UNTUK ANAK?

Semua ibu mahukan susu PEKAT kerana terlalu dibayangi dgn fizikal susu formula yg biasanya mmg pekat. Ini kerana, susu lembu memang mengandungi % protein dan lemak yg jauh lebih tinggi dr susu ibu kerana anak lembu sememangnya perlukan lebih protien untuk pertumbuhan yang lebih cepat.

Kebanyakan ibu bayangkan susu yang fizikalnya pekat pasti mengandungi LEMAK yg banyak berbanding susu yg npk cair..!!!

HATI-HATI PILIH SUPLEMEN YANG DIKATAKAN MEMEKATKAN SUSU IBU

Sebagai penjual tak kire supplement, produk, ubat apa sekali pun anda sepatutnya bertanggungjawab dan punya pengetahuan yg cukup sblm ambil kesempatan!!! Terangkan pd semua ibu perkara sebenar tentang kelainan warna susu jika mengambil vitamin tersebut.

Ianya bukan disebabkan kandungan lemak dalam susu meningkat dan jauh lebih tinggi dari ibu yg dietnya tanpa supplement sebaliknya itu semua merupakan kesan RIVOFLAVIN dalam vitamin yg mereka ambil. Kesan ini bukan hanya memberi kelainan warna pada susu tapi juga pada air kencing si ibu yg memakannya. Sebagai seorang ibu bekerjaya yg punya impian menyusukan anak dgn susu ibu, anda perlu belajar dan ambil tau tentang semua ini.

Anda sepatutnya perlu tahu dan faham tentang komponen dlm susu ibu yang terdiri daripada foremilk dan hindmilk. Untuk pengetahuan anda kepekatan susu dan kandungan lemak dalam susu ibu dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya keperluan anak itu sendiri dan faktor iklim / cuaca.

Untuk kita yang tinggal di kawasan iklim Khatulistiwa yang agak panas sememangnya susu yang terhasil tidak sepekat ibu yang tinggal di kawasan beriklim sejuk kerana anak mereka memerlukan lemak yg lebih untuk menstabilkan suhu badan.

Sebab itu jika anda peka, susu yang dipam waktu siang jauh lebih cair dari susu di waktu malam. Kerana suhu waktu siang lebih panas dan manusia perlukan lebih air untuk menghilangkan haus. Sebab itulah, sebelum melatah melihat susu yang kurang pekat, hayatilah hikmah yang Allah swt sampaikan terlebih dahulu.

JANGAN MEMBANDINGKAN KUANTITI & KEPEKATAN SUSU DENGAN IBU LAIN

AMARAN!!!!

JANGAN SESEKALI BANDINGKAN HASIL / KUALITI DAN KUANTITI susu anda dengan ibu lain kerana ajaibnya susu ibu ALLAH cipta kandungannya tersangat sempurna dgn nisbah nutrien, lemak, antibodi, sel Limfosit, Makrofaj, Prostaglandin PGE1, PGE2, Lisozim juga mengandungi lebih dari 100 jenis ‘Oligosacharides’.

Susu ibu juga mengandungi sel-sel hidup yang mampu melawan segala jenis penyakit dan mengandungi enzim (Kolesistokinin, Kortisol, Leptin, Amilase, ) Selain itu, susu ibu juga mengandungi Lactoferin yang hebat..semua ini Allah swt cipta seimbang mengikut keperluan anak..ALLAH beri berapa banyak yang kita perlukan bukan berapa banyak yang kita mahukan..

Gambar yang saya share merupakan gambar hasil perahan saya sewaktu outstation..ini bkn satu penipuan sebaliknya kebenaran..susu sy masih nampak pekat dan syukur dengan jumlah kuantitinya walaupun TANPA SEBARANG SUPPLEMENT atau apa saja jenis UBAT..

Ini hasil kerana saya komited pam mengikut jadual, bangun tengah malam untuk mengepam kerana tiada anak di sisi..so utk ibu yang tak mampu beli supplement jgn risau lagi.  Kalau saya mampu menyusukan anak selama 40 bulan tanpa SUPPLEMENT kenapa tidak anda??

NAK SUSU PERAHAN YANG PEKAT IBU TAK PERLU SUPLEMEN, PERLU KERAP PAM

Nak susu pekat mudah saja kerapkan mengepam..bile kerap pam jumlah susu cair (foremilk) menjadi sedikit membuatkan jumlah hindmilk (susu yg tinggi dgn lemak) jadi lebih banyak..barulah susu akan jadi pekat..

Untuk yang mampu teruskan lah jika anda rasa memang anda perlukan makanan tambahan sepanjang anda menyusukan anak..tahap kemampuan setiap orang berbeza dan keperluan setiap orang juga berbeza..tepuk dada tanya iman!

Kejayaan dalam PERJUANGAN PENYUSUAN SUSU IBU bukanlah bergantung pada supplement, ubat-ubatan, coklat, minuman atau apa saja milk booster semata-mata. Hanya dengan komitmen, disiplin, keyakinan, sifat positif, semangat yang sentiasa membara dengan izin dr Allah swt semua ibu mampu menjayakannya. Teruskan berdoa bukan hanya untuk mendapatkan susu yang cukup tetapi berdoalah semoga perjalanan penyusuan anak anda hingga cukup tempoh yang disyariatkan dimudahkan Allah swt.

Apa saja bentuk fizikal susu ibu tidak perlu lah dipertikaikan kerana mempertikaikan kualiti SUSU IBU sama semerti mempertikaikan tugas Tuhan kerana sesungguhnya susu ibu merupakan ciptaan Tuhan yang Maha Hebat yang perlu disampaikan kepada anak anda. Ambil dan gunakanlah peluang yg diberi untuk melahir dan membesarkan anak anda dengan memberikan sepenuh khasiat susu ibu kepada mereka sepanjang 2 tahun pertama kehidupan mereka!

Sumber: Puan Noorfazila binti Abdul Rahman

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Daerah Klang

Artikel berkaitan: Lepas Sakit Bersalin, Bengkak Susu Paling Mak-Mak Takut. Merah, Sakit & Demam Itu Bahaya!