Susu ibu dihasilkan oleh badan ibu untuk keperluan bayi. Rupanya apa yang dimakan ibu akan dirasai oleh bayinya. Secara tidak langsung, mereka telah merasa rasa makanan melalui susu ibu dan tidak cerewet untuk menerima makanan pelengkap kelak.
Perkongsian daripada National Lactation Centre ini menarik. Bayi yang menyusu dengan susu ibu secara eksklusif hingga 6 bulan kurang berisiko untuk menjadi picky eater. Ini adalah kerana mereka telah terdedah dengan pelbagai rasa dan bau yang ada dalam susu ibu bergantung kepada pemilihan makanan ibu tu sendiri.
Ads
Kalau ibu makan kari, susu akan rasa n bau kari sikit. Kalau makan durian merasalah bayi dengan rasa lemak manis durian tu, bau pun tecalit la sikit
PENGENALAN MAKANAN PELENGKAP LEBIH MUDAH
Jadi, proses memperkenalkan makanan pelengkap kepada mereka kelak akan menjadi lebih mudah tau tetapi dengan syarat bayi diberikan makanan yang ibu makan. Janganlah bagi bayi makan nestum padahal ibu kebiasaannya makan nasi.
Ads
Pastu complain kata bayi tak nak makan. Memang lah bayi tak nak sebab ibu tak pernah makan nestum time breastfeed jadi bayi tak pernah terdedah pun dengan rasa nestum tu
MAKAN MAKANAN BERKHASIAT
Ads
Disebabkan itu, pemilihan makanan untuk ibu menyusu juga adalah sangat penting. Mesti ibu nak bayi membesar dengan makanan yang sihat, seimbang & berkhasiat kan? Jadi pastikan amalan tersebut dimulakan dari ibu dan ahli keluarga yang lain dahulu barulah bayi pun mudah nak ikut sebab contoh dah ada depan mata.
Apabila ibu diberitahu tentang berita gembira tentang kehamilan tentulah kesyukuran dan kegembiraan terpancar dimuka suami dan isteri. Tentulah sedih jika KEGUGURAN berlaku ketika menantikan kelahiran cahaya mata.
Keguguran ketika mengandung boleh berlaku kepada mana-mana wanita hamil. Situasi keguguran dikatakan lebih serius berbanding kelahiran. Jelas sekali menunjukkan betapa pentingnya penjagaan selepas keguguran.
Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.
Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.
Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.
Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana:
Terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat;
Terdapat perubahan dalam struktur kromosom.Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio.
Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.
Soalannya perlu tak berurut & berpantang?
Jawapannya ialah PERLU BERURUT & BERPANTANG.
Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh Berpantang & Berurut, Bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar.
Berapa Lama Tempoh Berpantang ?
Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar & lebih rapi. Tetapi oleh kerana keadaan semasa & life style sekarang, tidak mengizikan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yg lama untuk berehat & menjaga pemakanan. Selalunya untuk Wanita yang bekerja, doktor hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran. Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan ibu yang keguguran tidak dapat berpantang sama seperti Ibu bersalin sebenar.
Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yg berpantang 60-100 hari. Terpulang kepada individu. Tetapi untuk orang berpantang kerana keguguran, disyorkan menjalani proses berpantang, berurut dan bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana utk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yg di ajar oleh org tua-tua dulu adalah tidak praktikal lagi kerana masalah kerja dan cuti yg pendek.
Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.
Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
Berurut dan bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat..!! Berurut & Bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yg ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun Janin keluar sendiri melalui proses natural. Kebaikan BERURUT & BERTUNGKU ialah mengeluarkan saki baki darah beku Yg tertinggal didalam Rahim atau disaluran peranakan, mengeluarkan angin, membaikan & melembutkan urat2 yg tegang & menyegarkan badan.
Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan mesti diambil berat.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sindrom terlupa di kalangan mak-mak kalau tidak diuruskan dengan baik boleh mengundang bahaya hingga mengancam nyawa.
Ia bukan perkara luar biasa ramai di kalangan ibu-ibu kerap terlupa macam-macam perkara. Ibu adalah seorang wanita yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk suami dan anak-anaknya.
Walaupun penat dan letih tapi ibu tak pernah berkira untuk menguruskan segala keperluan ahli keluarganya sampaikan kadangkala terlupa dengan keperluan untuk diri sendiri.
Apa yang berlaku ke atas ibu-ibu yang tertinggal anak di dalam kereta sehingga menemui maut cukup memilukan.
Allahuakhbar! Berat mata yang memandang berat lagi bahu ibu itu yang memikul segalanya. Semoga mereka tabah melalui dugaan tersebut dan jadikan kata-kata peringatan yang dikongsi oleh Dr Taufiq Razif ini sebagai teladan dan maklumat paling berguna untuk kita semua sama-sama beringat.
Siapa tak sebak bila baca ibu ni tertinggal anak sendiri dalam kereta hingga si anak meninggal dunia akibat strok haba kan tapi saya tak berani nak kecam ibu ni sebab benda yang sama pun boleh berlaku pada saya dan kita semua sebenarnya.
Ni la namanya FORGOTTEN BABY SYNDROME!
Kita semua ada 2 jenis sistem memori. Habit Memory dan Prospective Memory. Habit Memory adalah ingatan pada benda yang jadi rutin. Macam yang terjadi pada ibu ni la. Rutin dia pergi naik kereta dan pergi sekolah. Prospective Memory pula adalah ingatan pada benda yang di luar rutin kita. Contohnya yang terjadi pada ibu ni adalah dia bawa anak dia kat dalam kereta tu.
Habit Memory ni lagi kuat daripada Prospective Memory sebab benda tu dah jadi rutin kan. Kalau kena ganggu sikit je Prospective Memory ni akan jadi kacau dan diambil alih oleh Habit Memory.
Tu yang si ibu tu boleh TERLUPA sebab ada distractions! Mungkin disebabkan kerja yang menimbun dan mungkin juga disebabkan kekalutan. Wallahua’lam.
Saya percaya ibu mana tak sayang anak kan. Lebih-lebih lagi anak sendiri tapi itulah, Forgotten Baby Syndrome ni boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun si ibu ataupun bapa tu adalah parent yang paling penyayang kat atas dunia sekalipun! Malahan ada beratus-ratus kes yang sama juga berlaku di seluruh dunia.
Apa pun, untuk elakkan benda camni kita boleh jadikan beberapa perkara ni jadi HABIT kita :
+ Periksa tempat duduk belakang sebelum keluar kereta
+ Letak kasut pejabat di bahagian belakang supaya setiap kali sampai ke tempat kerja kita akan toleh ke belakang dulu
+ Jadikan rutin untuk periksa tempat duduk belakang sebelum kunci kereta
+ letak mainan yang berbunyi kalau bawa bayi supaya kita alert ada bayi di belakang sana
Kalau nak belajar Ilmu Keibubapaan boleh ke Telegram saya. Klik je link ni t.me/NotaTaufiqRazif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas tiga tahun bersalin anak kedua, penyampai radio, Feeya Iskandar atau Cik Piah telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 7 malam, pada Khamis.
Menurut Cik Piah, bayi lelaki dengan berat 3.38 kilogram itu dilahirkan secara normal dan ditemani suaminya, Nurashid Abd Wahab.
“Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan dan saya dapat seorang lagi anak lelaki.
“Boboboi kuasa tiga. Alhamdulillah nombor tiga ini lain macam sikit keluarnya. Sampai kena vakum sebabnya muka dia ke atas, tapi syukur mummy dan baby baik-baik saja,” kongsinya.
Dalam pada itu Cik Piah atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 32, turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya dan bayi yang baru dilahirkan itu.
“Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ya.
Sebelum ini, Cik Piah tidak mengumumkan jantina anak ketiganya walaupun ramai yang bertanya dan hanya akan beritahu sebaik dilahirkan. Jadi semuanya dah terjawab apabila bayi dah selamat melihat dunia.
Dah ada 3 bakal imam
Selagi tak dapat girl ‘kilang’ buka lagi
Tahniah sekali lagi untuk Cik Piah! Walaupun ramai yang cakap jaga anak lelaki, tenaga ibu perlu keluar lebih sikit namun percayalah betul cara didikan kita, bila besar mereka inilah yang bakal jadi bodyguard dan kebanggaan hati. Ingat anak lelaki atau perempuan semua tu rezeki Allah.
Kredit: Ig Feeya Iskandar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!