Sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang disambut pada bulan Ogos setiap tahun, Pa&Ma turut meraikan dengan menganjurkan kempen Pa&Ma Support BF bagi menyokong sepenuhnya usaha ini untuk memastikan penyusuan susu ibu dapat terus diberikan secara eksklusif kepada bayi baharu lahir. Paling istimewa tahun ini, kempen Pa&Ma Support BF digerakkan bersama dengan SSPN.
Komitmen ini sebagai salah satu usaha memastikan ibu bapa muda faham kepentingan susu ibu selain memahami cara yang betul untuk membuat simpanan awal bagi menjamin masa depan yang lebih baik.
Menariknya, sepanjang kempen ini digerakkan bersama SSPN, Pa&Ma telah berjaya mengadakan kolaborasi dengan lima tetamu jemputan untuk sesi Live SSPN x Pa&Ma yang akan diadakan bermula 17 hingga 21 Ogos ini melalui Facebook Pa&Ma pada jam 3 petang. Ia turut boleh ditonton melalui FB PTPTN.
Antara tetamu jemputannya adalah Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik & Ginekologi – Penyusuan Susu Ibu Dalam Norma Baharu Pasca Covid-19 (17 Ogos); Nazirah Nazir, Blogger & Penulis buku dengan tajuk – Cabaran Journey Seorang Ibu Menyusu (18 Ogos); Diana Amir – Pengaruh Selebriti & Media Sosial Promosi Penyusuan Susu Ibu (19 Ogos); Jururawat Laktasi Senior, Sujatha Rajalingam – Demo Posisi Penyusuan Yang Betul (20 Ogos) dan Datuk Dr Hamid Arshat, Pakar Obstetrik & Ginekologi – Pemakanan & Susu Ibu Ada Kaitankah? (21 Ogos).
Ads
Susu ibu ‘imunisasi’ pertama bayi
Ikatan antara ibu dan anak dah terjalin sejak dalam kandungan lagi. Selepas lahir hubungan ini makin erat apabila bayi terus dapat manfaat susu ibu paling kurang pada enam bulan pertama. Jika masih ada rezeki, ia boleh terus diberikan sehingga umur dua tahun.
Bukan itu saja, memberikan susu ibu dianggap vaksin pertama anak kerana mengandungi antibodi yang tinggi dan bertindak sebagai imunisasi khas selain suntikan lain yang wajib diambil. Selagi ada peluang buatlah yang terbaik kerana inilah pengorbanan ibu yang tiada pada seorang ayah.
Pentingnya buat simpanan untuk anak
Sebagaimana pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi, ibu bapa harus faham membuat simpanan anak seawal lahir juga sangat perlu. Hari ini cabaran membesarkan anak tak sama seperti zaman ibu bapa kita dulu.
Ads
Perlu ingat sebaik seorang anak itu lahir, menjadi tanggungjawab ibu bapa melakukan persediaan yang lebih baik. Ibu bapa bukan saja bertanggungjawab menyediakan keperluan asas tetapi dalam masa sama memikirkan jaminan pendidikan demi masa depan anak.
Mungkin ibu bapa dah mula berkira-kira membuat perancangan tabungan masa depan anak. Produk terbaik yang boleh diyakini sehingga hari ini adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui dua produk simpanannya iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.
Perancangan kewangan pendidikan anak boleh dibuat dengan hanya komitmen serendah RM30 sebulan atau hanya RM1 sehari untuk SSPN-i Plus atau serendah RM20 untuk SSPN-i. Lagi awal mula, lagi bagus kerana lebih terjamin.
Selain itu, pelbagai manfaat simpanan akan diperoleh oleh ibu bapa sekiranya membuat simpanan untuk anak-anak seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, perlindungan takaful, dividen yang kompetitif dan banyak lagi. Skim yang ditawarkan ini juga patuh Syariah dan paling penting simpanan dijamin kerajaan.
Ads
Cabutan WOW! dengan hadiah lumayan
Paling best ada Cabutan WOW! dengan simpanan di SSPN-i Plus dan menawarkan hadiah menarik serta lumayan. Tempoh promosi Cabutan WOW! SSPN-i Plus ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember bagi Cabutan Bulanan manakala bagi Cabutan Tahunan pula bermula 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.
Hadiah utama Cabutan Tahunan berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua berupa wang tunai RM50,000, tempat ketiga berupa RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 orang pendeposit. Bagi Cabutan Bulanan, 20 orang pendeposit SSPN berpeluang meraih hadiah wang tunai RM2,020 pada setiap bulan.
Sebagai ibu bapa yang sayangkan anak, jadilah yang pertama untuk membuat simpanan demi masa depan anak. Tak rugi tapi sangat berbaloi kerana manfaat yang diperoleh itu semuanya demi kepentingan mereka.
Sayangkan anak, fikirkan masa depannya dengan memulakan simpanan sekarang. Pelaburan hari ini untuk jaminan masa depan mereka. Nampak sikit tapi hasilnya sangat wow!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah bergelar ibu bapa, sebahagian besar fokus dan keutamaan kita beralih kepada kesihatan, pendidikan dan tumbesaran anak-anak. Bagaimanapun, adakah itu bermakna penjagaan kesihatan dan kesejahteraan kita sebagai ibu bapa tidak lagi penting?
Dalam hal ini, jangan sesekali ambil mudah kerana perjalanan anak-anak kita masih jauh dan mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian kedua ibu bapa. Jika hilang salah seorang atau kedua-duanya sekali, cuba fikir apa nasib anak-anak di kemudian hari.
Sekurang-kurangnya kita harus memainkan peranan untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat serta membuat beberapa persediaan awal dalam keadaan dunia hari ini yang penuh cabaran.
Ingatlah, anak-anak adalah pemerhati nombor satu ibu bapa. Apa yang dia lihat, itu yang dia akan ikut bila menginjak usia dewasa nanti. Sama-samalah berusaha amalkan gaya hidup sihat kerana ianya boleh menjamin hidup yang lebih sejahtera dan mengurangkan risiko penyakit. Berikut antara tip untuk kekal sihat dan bahagia bersama keluarga:
Amalkan tabiat pemakanan seimbang
Pemakanan adalah perkara paling asas dan harus diberi keutamaan untuk memastikan kesihatan terjaga demi kelangsungan hidup yang baik. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang pastinya dapat membantu mengekalkan kesihatan badan dan menghindari pelbagai penyakit kronik.
Selain itu, makanan yang tinggi kandungan gula dan garam jika diambil dengan kerap sudah tentu akan meningkatkan risiko penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung atau berat badan berlebihan.
Jika sebelum ini kita ambil mudah mengenai pemakanan dan selalu makan makanan segera, bergoreng dan makanan diproses untuk menjimatkan masa, cuba kurangkan pengambilannya mulai sekarang. Ingat, ia bukan untuk kepentingan orang lain, tetapi diri kita sebagai ibu bapa.
Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala
Semakin meningkat usia seseorang, risiko untuk mendapat sebarang penyakit lebih tinggi. Tambahan pula jika mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit tertentu yang membuatkan anda lebih terdedah kepada penyakit berkenaan.
Sebagai langkah pencegahan awal, sebaiknya buatlah pemeriksaan kesihatan berkala dua kali setahun dan bukan hanya berjumpa doktor bila jatuh sakit. Ini dapat membantu anda mengesan tanda-tanda awal penyakit dan secara tak langsung boleh memberikan kesedaran.
Buat aktiviti riadah dan fizikal
Kesibukan bekerja antara halangan dan alasan ramai individu untuk tidak melakukan aktiviti riadah atau bersenam bersama ahli keluarga. Walaupun semua tahu kebaikan aktiviti ini tetapi ia tak diambil berat.
Sebenarnya jika nak melakukan aktiviti ini, di kawasan perumahan, taman atau tasik yang berdekatan rumah pun dah memadai. Sekadar berjalan atau berjoging dengan anak-anak dah boleh mengeluarkan peluh.
Tak perlulah sampai berjam-jam. Untuk tempoh 30 minit satu sesi, tiga kali seminggu sudah memadai jika anda benar-benar sibuk dengan tugasan pejabat. Asalkan aktiviti ini dilakukan secara konsisten, anak-anak pun seronok kerana ada bonding bersama mereka.
Elakkan stres, kongsi masalah bersama pasangan
Tak dinafikan masalah stres boleh dialami oleh sesiapa tanpa mengira usia atau jantina. Stres disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah di tempat kerja, keluarga, hubungan suami isteri, kewangan dan lain-lain.
Tekanan yang tidak diatasi secara baik dalam tempoh lama boleh memberi kesan kepada emosi dan mental dan secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan marah yang mudah dilepaskan pada pasangan atau anak-anak.
Bagi mengatasi masalah ini, pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup, selalu berkongsi masalah dengan pasangan (elak memendam perasaan), luangkan masa berkualiti dengan keluarga, cuba meninggalkan tabiat hidup yang tidak sihat seperti merokok dan boleh belajar teknik pernafasan yang betul jika perasaan marah tak dapat dikawal.
Di samping tip-tip tersebut, terdapat beberapa aspek lain yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa untuk jaminan masa hadapan anak-anak. Memandangkan kita sekarang berdepan dengan musim pandemik Covid-19, ia juga wajar bagi ibu bapa untuk menitikberatkan soal perlindungan buat anak tersayang.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia bawah 5 tahun, inilah waktu yang sesuai untuk mendapatkan perlindungan insurans mahupun takaful untuk anak-anak melalui rangkaian produk yang komprehensif dan menyeluruh dari AIA Malaysia.
Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh AIA buat Ibu Bapa dan Anak Tersayang!
Ekosistem Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution – THS) AIA Malaysia memberi fokus kepada 3 tunggak utama iaitu Hidup Sebaiknya (Live Well), Lindungi Sebaiknya (Protect Well) dan Pulih Sebaiknya (Get Well).
Secara keseluruhannya, THS menyediakan penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan komprehensif selari dengan matlamat syarikat untuk membantu keluarga hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.
Ekosistem THS ini juga seiring dengan kempen terbaharu AIA Malaysia iaitu ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat‘ yang bertujuan untuk memastikan ibu bapa menikmati ketenangan fikiran apabila mengetahui anak-anak mereka mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan dan perlindungan yang berkualiti sepanjang fasa tumbesaran kritikal, lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini.
Antara pelan-pelan yang anda boleh dapatkan untuk cahaya mata yang bakal lahir atau si kecil yang sedang membesar adalah seperti berikut:
A-Life Ikhtiar Child Solution:
Produk inovatif yang melindungi anak sejak dari dalam kandungan sehingga membesar, A-Life Ikhtiar Child Solution adalah pelan takaful fleksibel yang bukan sahaja menyediakan perlindungan komprehensif serta peluang simpanan (all in one plan) tetapi juga didatangkan dengan pelbagai pilihan rider (faedah tambahan) patuh syariah yang dapat memberikan ibu bapa ketenangan dan jaminan keselamatan dalam perjalanan membesarkan anak-anak.
Antara faedah lain yang disediakan dibawah pelan ini ialah:
Melindungi anak anda daripada penyakit kuning neonatal, 19 keadaan kongenital serta, masalah tumbesaran anak.
Pelan pertama dalam pasaran yang membayar balik kos rawatan dan caj hospital sekiranya bayi anda dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) dalam tempoh 30 hari pertama kelahiran.
Hadir dengan ciri unik AIA iaitu Vitality Joy Wallet yang memberi ganjaran kepada anak anda apabila anda kekal sihat melalui program AIA Vitality. Dalam erti kata lain faedah ini menggalakkan anda mengutamakan kesihatan di samping menikmati pelbagai ganjaran seperti pemeriksaan gigi dan mata untuk anak anda.
Perlu difahami, tempoh kehamilan bagi seseorang ibu bukanlah semuanya sama. Ada yang dari awal mengalami komplikasi dan memerlukan pemantauan doktor berterusan. Sebab itulah, A-Life Ikhtiar Child Solution ini adalah pilihan tepat. Bukan sahaja melindungi anak tetapi juga melindungi si ibu jika menghadapi komplikasi kehamilan seawal 13 minggu sehingga kelahiran.
Bagi ibu bapa yang inginkan pelan perlindungan insurans konvensional, AIA juga menawarkan pelan A-Life Joy Xtra yang juga didatangkan dengan pilihan-pilihan rider yang menyediakan ciri-ciri serta manfaat yang sama seperti A-Life Ikhtiar Child Solution.
Tawaran menarik dan istimewa untuk pelanggan AIA:
AIA Malaysia komited dalam menyokong ibu bapa membesarkan anak-anak yang sihat dan ceria. Dari peringkat kehamilan hingga ke kelahiran dan seterusnya, AIA akan sentiasa berada di setiap langkah perjalanan hidup dan kesihatan anda sekeluarga.
Pelbagai tawaran menarik tersedia buat para pelanggannya termasuk hak dan kadar istimewa untuk pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakan penjagaan kesihatan AIA seperti:
Penjimatan sehingga RM 1,200 untuk pakej bersalin / kelahiran.
Potongan sehingga 15% untuk vaksinasi kanak-kanak seperti BCG, cacar air (chickenpox) dan pneumococcal.
Potongan sehingga 35% untuk lawatan ke rumah selepas bersalin oleh jururawat / ahli fisioterapi.
Bukan itu sahaja! AIA Malaysia sediakan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma kepada kanak-kanak dan ibu hamil.
Memahami kebimbangan ibu bapa ketika musim pandemik ini, AIA Malaysia tampil untuk membantu golongan rentan yang semakin terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19 iaitu kanak-kanak serta ibu hamil dengan menawarkan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma.
Kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah) serta ibu hamil akan menerima Perlindungan Pendapatan Hospital sehingga RM150 setiap hari sehingga maksimum 14 hari sekiranya disahkan positif COVID-19 dan memerlukan kemasukan hospital.
Perlindungan percuma ini yang juga merupakan sebahagian daripada inisiatif dibawah kempen “Anakku Sihat Negaraku Hebat” tersedia sehingga 31 Disember 2021 dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Ibu bapa yang berminat boleh mendaftar sebelum 31 Oktober 2021 melalui pautan ini.
Inisiatif lain yang dianjurkan oleh AIA dibawah kempen tersebut juga termasuk siri webinar dan kelas antenatal percuma yang terbuka untuk penyertaan orang ramai.
Kelas antenatal eksklusif dengan kerjasama Hospital Pantai Kuala Lumpur akan berlangsung setiap bulan sehingga Disember 2021, pada hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari. Untuk pendaftaran kelas antenatal percuma, layari pautan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif dan aktiviti yang disediakan di bawah kempen ini, layari www.aia.com.my/anakkuhebat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak kita yang semakin membesar macam-macam ragamnya. Ada yang memilih susu berperisa, tak kurang juga yang mahu minum susu segar. Macam-macam citarasa. Namun pastikan susu sesuai dan menjadi kesukaan jadi pilihan anak kita. Biar mereka memilih asalkan sesuai dan berkhasiat!
Lambakan susu di pasaran dengan harga yang agak tinggi membuatkan ibubapa terpaksa lebih bijak dalam memilih susu yang sesuai dan berkualiti untuk anak mereka.
Dalam membuat pilihan, apa mak ayah perlu utamakan?
Tentukan susu terbaik untuk anak
Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan kesihatan anak dan mahukan anak terus membesar dengan baik, ibu bapa pastinya mahukan susu yang sesuai untuk membantu menyokong perkembangan anak mereka. Jadi pilihlah susu dengan khasiat terbaik dan periksa setiap kelebihan kandungannya berbanding dengan susu lain.
Pilih susu yang mengandungi DHA Inilah yang perlu dicari oleh ibubapa.
Pilih kandungan susu tanpa gula tambahan
Ketika memilih susu untuk anak pastikan periksa kandungan bahannya dan pilih susu tanpa sebarang gula tambahan. Gula tambahan
Jadi pastikan setiap kali membeli susu, anda periksa label pada pek susu dan pastikan tiada sukrosa dan tiada tambahan laktosa dan gula lain-lain. Ini penting!
Pilih susu tepung lebih jimat
Mahu lebih jimat, ada baiknya anda memilih untuk memberikan anak anda susu tepung rumusan untuk kanak-kanak sebagai solusi terbaik untuk menjimatkan perbelanjaan wang yang banyak setiap bulan .
Bagi yang rasa pembelian susu tepung rumusan yang berkualiti untuk anak harus mengeluarkan kos yang tinggi anda silap kerana anda sebenarnya boleh mendapatkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang berkualiti dengan harga yang berpatutan & semestinya memenuhi kemampuan poket anda.
Susu tanpa gula tambahan terbaik
Tidak perlu diragui lagi, susu tepung rumusan kanak-kanak, Anmum Essential adalah susu yang disyorkan untuk semua ibu bapa. Mana tidaknya, bukan hanya terdiri daripada susu tepung berkualiti tinggi dari New Zealand bahkan diyakini tanpa gula tambahan*.
Semasa anak anda sedang membesar, otaknya berkembang pesat dan penting untuk mengawal pengambilan gula anak-anak kerana kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan minuman bergula yang lebih tinggi dikaitkan dengan skor kecerdasan yang lebih rendah. Ini mungkin akan membawa kesan kepada perkembangan kognitif anak.
Susu tanpa gula tambahan*, Anmum Essential adalah satu-satunya jenama di antara jenama utama susu tepung rumusan kanak-kanak yang tidak mengandungi sebarang gula tambahan tersembunyi, tiada sukrosa dan tiada laktosa tambahan dan gula lain-lain.
Malah Anmum™ ESSENTIAL juga turut dirumus secara saintifik dengan Gangliosida dan DHA. Juga mengandungi MFGM, Prebiotik (Inulin) dan 15 nutrien penting yang sememangnya cukup baik untuk membantu menyokong keperluan harian anak-anak kita.
Selain daripada gula, ibu perlu memperkenalkan nutrien yang penting untuk menyokong perkembangan otak, dan Gangliosida adalah sama pentingnya dengan DHA. Kajian menunjukkan bahawa Gangliosida menggalakkan hubungan sel-sel otak 3,4 yang berkesan serta penting untuk ingatan dan pembelajaran anak.
Pilih susu kesukaan anak anda
Jika anak pada usia satu hingga tiga tahun didahulukan, apa kata anda beri pilihan untuk anak yang sedikit besar dalam anggaran usia empat hingga tujuh tahun akan susu pilihan mereka. Semua ini bagi menggalakkan anak pada usia ini untuk minum susu setiap hari.
Anak pada usia ini amat memerlukan susu, selain daripada sumber kalsium yang baik, ia juga merupakan sumber bagi gangliosida yang bantu menyokong hubungan sel-sel otak serta perkembangan otak mereka dengan baik. Jadi ibu dan bapa perlu pastikan anak minum susu setiap hari.
Namun pastikan susu pilihan mereka terdiri daripada susu tanpa gula tambahan atau gula tersembunyi. Pengambilan gula berlebihan buat anak lebih teruja untuk mengambil makanan atau minuman yang lebih manis. Apa jua pilihan anak, pastikan susu tepung pilihan mereka tanpa gula tambahan. Periksa label setiap kali membeli.
Rujukan:
1. Lauritzen et al. (2016). Nutrients. 8(1), 6.
Cohen et al. (2018). Am J Prev Med. 54(6), 727-735
Guillermo et al. (2015). Food Nutr Res. 59, 25765.
Palmano et al. (2015). Nutrients. 7, 3891–3913.
*Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah Piawaian Codex 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX merangka garis panduan piawaian antarabangsa yang selaras dan kod amalan. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu adalah ditakrifkan sebagai bahan-bahan pemanis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang ingin memperkenalkan haiwan-haiwan secara dekat kepada anak-anak, di sinilah lokasi paling terbaik bagi mereka. Farm In The City yang berlokasi di Sri Kembangan, Selangor ini adalah pilihan tepat untuk anak-anak kita mendekati haiwan sambil belajar mengenal haiwan peliharaan.
Zoo peliharaan dengan keluasan seluas 7 ekar ini dimiliki oleh Eureka Farm Sdn.Bhd. Kunjungan anda bersama keluarga ke sini sememangnya memberikan seribu pengalaman yang cukup luar biasa. Mana tidaknya, sesetengah haiwan peliharaan di sini di lepaskan begitu sahaja, lebih dekat dengan pengunjung.
Terasa kekok juga apabila ayam dan burung berterbangan bebas sambil kaki tiba-tiba tersentuh kura-kura di jalanan. Menakjubkan. Menariknya kesemua haiwan ini seperti rusa, kura-kura, ayam dan arnab yang dilepaskan begitu jinak malah tidak mengganggu pengunjung yang menyapa dan merakamkan aksi di lensa kamera mereka.
10 Tarikan Utama
Apa yang anda perlu tahu, kawasan dengan keluasan 7 ekar ini memakan masa dua hingga tiga jam untuk dijelajahi. Lanskapnya yang penuh dengan rimbunan dan pepohon di setiap laluan membuatkan kepenatan dua jam langsung tidak terasa.
Zoo yang dibuka pada tahun 2012 ini sentiasa dipenuhi pengunjung saban minggu terutama sekali setiap hujung minggu. Di sini kesemua haiwan dibahagikan kepada 10 stesen mengikut kumpulan haiwan mereka.
Antara stesen ini adalah Tortoise & Turtle Farm, Reptile Cavern, Bird Aviary, Savannah, Pet Village, Jungle Walk, Exhibition Hall, Vegetables & Fruits Farm, Deer Land dan Parrot Interaction.
Di Tortoise & Turtle Farm, terdapat beberapa ekor himpunan kura-kura daripada pelbagai negara. Antaranya Africa , Aldabra Island di Seychelles dan sebagainya. Paling menarik di sini ditempatkan beberapa jenis spesis kura-kura yang jarang ditemui misalnya cengkerang bercorak leopard, cengkerang berbentuk bintang juga tidak ketinggalan Dinasour Snapping Turtle yang cukup unik dan pelik.
Namun menariknya sudah pastilah pada beberapa ekor kura-kura Aldabra yang didatangkan khas daripada Pulau Aldabra di Seychelles. Kura-kura kedua terbesar di dunia ini dilepaskan berkeliaran dan untungnya pengunjung boleh juga memberi makanan berupa kangkung, yang disediakan buat pengunjung.
Pandangan mata pengunjung pasti tertumpu pada pelbagai jenis kambing dan kawan-kawan yang menyambut kedatangan pengunjung, sebelum memasuki pintu utama mini zoo ini. Di sini juga ditempatkan haiwan lain termasuklah kambing biri-biri India, kambing susu, ayam dan juga burung merpati.
Reptile Cavern antara yang mendapat perhatian pengunjung. Lebih-lebih lagi kehadiran ular sawa batik, ular tiung juga pastinya dua ekor buaya kedua terkecil di dunia. Unik sekali.
Memberi burung makan di tapak tangan sendiri di Bird Aviary pastinya meninggalkan seribu pengalaman buat anak kecil kita. Selain melatih anak lebih berani dan cintakan haiwan, mereka juga dapat mengenal akan ciptaan Allah yang satu ini.
Di sini ditempatkan lebih 30 jenis burung yang terdiri daripada burung jenis air seperti itik juga darat iaitu ayam. Burung tempua, budgie, pipit, merpati, setiawan dan pastinya burung Violet Turaco yang berbula seperti baldu ini pasti buat anda teruja.
Langkah anak-anak pastinya terhenti lama kala berada di Pet Village. Kawasan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bermain dengan arnab dan tikus Belanda, menangkap ikan di longkang kecil juga melihat ikan melompat bebas kala diberikan makanan di anjung kolam besar. Pastinya ia satu pengalaman yang menyeronokkan bagi anak-anak.
Memasuki kawasan Savanna pastinya buat anak lebih berani. Di sini ada tarikan kewujudan Alpaca, keluarga unta yang unik dan menarik perhatian. Begitu juga dengan spesis kura-kura ketiga terbesar di dunia, Sulcata Tortoise, yang pastinya mampu menarik perhatian anak-anak kita. Seterusnya, Di deer land, terdapat rusa Jawa jinak, rusa kedua terbesar di Indonesia dilepaskan begitu sahaja sambil mengekori kita meminta makanan.
Ladang Sayur Alami
Tidak hanya mengenal haiwan, disini juga anak-anak dapat belajar mengenal pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang ditanam di Vegetables & Fruits Farm. Menariknya kesemua tanaman di sini ditanam menggunakan kaedah tradisional dan bersifat diy, dimana kebanyakkan pokok ditanam di dalam botol mineral, bekas-bekas plastik dan pasu kecil.
Lebih menarik lagi, kawasan ladang ini dilengkapi dengan sebuah perigi kecil, khusus untuk menarik perhatian pengunjung. Lebih dekat dengan tanaman,begitu juga ilmu baru buat anak-anak.
Raccon, Meerkat & Mamorset
Salah satu monyet terkecil di dunia, white ear marmoset yang dipamerkan di sini amat menarik perhatian pengunjung. Dilepaskan bebas di dalam sangkar bersama haiwan lain seperti hedgehog.
Rupanya yang comel ditambah saiz yang cukup kecil buat pengunjung langsung tidak menyedari kehadirannya. Namun gaya lincahnya buat kita terpana. Penuh aksi!
Raccon yang dilepaskan di pohonan kayu pasti buat anda terpukau. Sebanyak 10 ekor raccon dilepaskan bebas dan paling jinak. Begitu juga dengan kehadiran Meerkat yang cukup popular menerusi tayangan Madagascar. Dapatlah anda melihat rupanya secara dekat.
Perlu Tahu
*Dibuka pada tahun 2012 dengan keluasan 7 ekar.
* Dibahagikan kepada 10 stesyen mengikut jenis haiwan dan kumpulan.
*Harga tiket RM 39 bagi dewasa dan RM32 bagi kanak-kanak.
*Lebih 100 spesis haiwan di pamerkan secara dekat dengan anda.
Farm In The City merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Petting Zoo Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.