Setelah habis tempoh berpantang, Sit Sairah akhirnya mendedahkan wajah anaknya kepada umum. Netizen menyamakan wajah anak keempat itu dengan anak saudaranya, Siti Aafiyah.
Siti Sairah yang merupakan adik kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza bersalinkan anak keempatnya pada 12 Disember 2018 lalu. Bayi comel itu dinamakan Siti Nurkhalishah Alisha dan merupakan anak pertama dari perkahwinan keduanya bersama Mohd Sharidan.
Sebelum ini, Sairah mempunyai 3 orang anak daripada perkahwinan pertamanya iaitu Ummi Umairah, 7 tahun, Ahmad Daiyan, 6 tahun dan Ahmad Aisy, 4 tahun.
Foto bayinya disamping anak saudaranya, Siti Aafiyah dimuatbaik Sairah. Para peminat memberikan pelbagai pendapat, ada yang mengatakan seiras dan ada yang mengatakan kedua-dua comelnya mengikut wajah bapa masing-masing.
“Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi segala puji bagi Allah yang Maha Esa. Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs (7.31malam).
“Jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, doktor-doktor dan nurse-nurse yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri saya yang tercinta.
“Saya amat menghargainya hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin,” kongsinya.
Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra berkongsi berita kehamilan anak pertama mereka setelah usia kandungan memasuki trimester ketiga.
Sebelum itu Sheera berkongsi pada Nona patutnya due date awal bulan 6, tapi bila pergi hospital untuk check up doktor kata kandungan dah cukup bulan. Air ketuban macam dah kurang jadi takut risiko. Disebabkan itu doktor buat keputusan untuk induce dan bersalin awal.
Sheera dikurniakan cahaya mata selepas setahun berkahwin.
Terdahulu dalam satu perkongsian Sheera, anak kepada aktres Aznah Hamid ini dilihat berkongsi foto terlibat dengan penggambaran drama Gerak Khas Undercover ketika sedang sarat hamil. Nampak semangatnya cukup luar biasa!
Untuk rekod Sheera dan suami mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2021. Tahniah untuk Sheera dan suami. Tak sabar nak tengok muka baby H. Mesti cantik macam mommynya.
Elakkan daripada membuat kesilapan ini dalam penjagaan tali pusat bayi baru lahir! Bukan mama sahaja, papa & ahli keluarga pun perlu tahu. Silap cara boleh akibatkan jangkitan kuman dan bernanah!
Fungsi plasenta ialah mengangkut oksigen dan nutrien daripada ibu kepada janin untuk membesar dan berkembang. Ia mula terbentuk daripada usia kehamilan 8 minggu. Apabila selesai proses kelahiran, plasenta akan dipotong kerana bayi tidak lagi memerlukan uri.
BIASANYA AKAN LURUH DALAM MASA 3 HINGGA 10 HARI
Pusat yang terbentuk pada bayi adalah pangkal tali pusat yang telah dipotong semasa proses kelahiran. Tali pusat yang tertinggal pada bayi perlu dirawat supaya tidak berlaku jangkitan kuman. Pada kebiasaannya tali pusat ini akan tertanggal dengan sendirinya dalam masa 3 hingga 10 hari bergantung kepada tahap penjagaan. Sekiranya penjagaan yang dilakukan betul, maka lebih cepat ia tertanggal. Namun tempoh luruh ini juga berbeza bagi setiap bayi.
Jangkitan kuman lazimnya boleh melambatkan proses tertanggalnya tali pusat. Sepsis atau jangkitan kuman dalam darah adalah salah satu yang sering berlaku sekiranya penjagaan yang kurang bersih pada pusat bayi. Sepsis tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan kematian kepada bayi.
TANDA-TANDA TALI PUSAT YANG BERMASALAH
Oleh sebab itu, mama dan papa serta penjaga perlu melakukan langkah penjagaan yang betul untuk mengelakkan masalah pada tali pusat bayi. Segera mendapatkan rawatan sekiranya bayi menunjukkan tanda-tanda ini.
8 TIP PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI
PENJAGAAN TALI PUSAT DALAM MASA 24 JAM SELEPAS KELAHIRAN
Penjagaan tali pusat dalam masa 24 jam selepas kelahiran atau basah perlukan cucian daripada bahagian atas. Pastikan setiap kali sapuan memerlukan satu ketulan kapas yang dimulai daripada bahagian atas ke bawah dan berakhir pada cord clamp yang dipegang. Pastikan tangan anda bersih dan ketulan kapas juga mestilah bersih. Gunakan larutan yang dibekalkan oleh pihak hospital.
PENJAGAAN TALI PUSAT KERING
Selalunya selepas beberapa hari, penghujung tali pusat bayi akan mula kering. Cara mencucinya juga berbeza di mana anda bleh memulakan daripada bawah/ pangkal tali pusat dahulu iaitu bahagian yang masih lembap. Kemudian sapuan perlu dilakukan daripada bawah ke atas daripada semua sudut. Sapuan kemudian perlu dilakukan pada bahagian atas dan diakhiri pada bahagian cord clamp.
Perlu diingatkan bahawa setiap kali selepas cucian, anda ditegah daripada menyentuh bahagian tersebut lagi sehingga proses pencucian seterusnya.Elakkan membelek tali pusat dengan tangan kotor!
Apabila ingin memakaikan lampin kepada bayi, pastikan pusat tersebut berada di bahagian luar dan bukan bahagian dalam lampin. Ia bertujuan untuk mengelakkan kelembapan dan terkena najis/ air kencing yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara. Di antaranya botol plastik bebas Bisphenol A (BPA), botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu bebas BPA.
Terdapat pelbagai ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.
Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat daripada bahan bebas BPA.
BPA adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polikarbonat. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.
Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. Ia boleh larut ke dalam susu apabila didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.
Di Malaysia, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah daripada bahan bebas BPA. Kebiasaannya jangka hayat botol bebas BPA adalah sekitar enam bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera. Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?
Kesan calar
Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar, sekali gus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.
Warna botol
Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang dilakukan untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia daripada plastik.
Bau botol
Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.
Sementara itu, botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu daripada ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.