“Susu Untuk Yusoff Sentiasa Ada & Tak Pernah Kurang” Datin Shahida Kongsi Tip Ibu Bekerja Yang Masih Menyusu Anak

Share

Alhamdulillah susu untuk Yusoff sentiasa ada dan tak pernah kurang, Datin Shahida memuatnaik video berkenaan tip untuk ibu-ibu yang bekerja dalam masa yang sama masih menyusukan anak.

Susu ibu susu yang terbaik sebagai pemakanan anak-anak. Patutlah Yusoff Alqardawi nampak sihat dan gebu. Shahida tak lokek berkongsi rahsia bagaimana dia menguruskan jadual untuk mengepam, pemakanan walaupun dia sibuk menguruskan syarikat Dherbs bersama suami, Dato Aliff Syukri.

Tips ibu-ibu menyusu yg bekerja

Sebelum sebelum masuk kerja dah boleh buat stok….

Ni lah rutin saya bila di ofis pump susu 3 jam wajib ikut timing…..minum air banyak….saya buat stok susu seminggu lepas bersalin sebab saya masuk kerja awal….Alhamdulillah susu utk yusoff x pernah kurang dan sentiasa ada…makan makanan berkhasiat sbb apa yg kita makan akan sampai melalui susu.

  • Pump susu, buat stok ketika berada di ofis
  • Simpan susu dalam storage milk bag kemudian
  • Tulis nama, tarikh pam dan juga masa
  • Masukkan ke dalam milk storage bag, dan pastikan ada ice pack
  • Ambil makanan tambahan sebagai milk booster
  • Set alarm 3 jam sekali untuk pump
  • Setelah pulang, masukkan kedalam freezer

Netizen memuji sikap sikap Shahida yang masih menyusukan Yusoff walaupun sibuk bekerja. Mereka juga berterima kasih atas tip yang diberikan malah ada juga yang sempat bertanya bebrapa tip yang lain.

Suke tengok datin.. jarang tengok selebriti yg fully bf

Datin amalkan makan dan minum apa tuk dptkan susu banyak

Sumber: Yusoff Alqardawi

IKLAN