Bukan semua dari kita diberikan rezeki untuk menyusukan anak sehingga usia dua tahun. Ada yang berpeluang menyusu anak sehingga usia enam bulan sahaja namun ada pula yang langsung tidak punya rezeki untuk menyusukan anak.

Banyak faktor kegagalan penyusuan ini. Kurang pengetahuan menjadi penyebab terbesar kegagalan penyusuan dapat dijayakan sebaiknya. Namun terdapat beberapa lagi faktor penyebab penyusuan jadi kurang lancar.

Susukan Anak Separuh Jalan, Bukan Tanda Putus Asa, Ada Sebab Lain Ibu Perlu Tahu!

Antara faktornya termasuklah:

Stress atau tekanan persekitaran

Penat dan tertekan dengan persekitaran ketika beberapa minggu pertama selepas bersalin menjadi  punca utama ibu tidak dapat menjayakan penyusuan dengan baik. Ditambah pula dengan masalah kecil lain seperti rekahan, melecet, gagal melekap dengan baik yang menjadi punca ibu makin stress.

Kekurangan waktu tidur yang mencukupi juga menambah rasa stress dikalangan ibu yang akhirnya membuatkan terkesan pada masalah lain terutamanya penyusuan.

Apabila badan stress, badan akan kekurangan hormon oksitoksin dan seterusnya membuatkan produksi susu ibu merudum.

Susukan Anak Separuh Jalan, Bukan Tanda Putus Asa, Ada Sebab Lain Ibu Perlu Tahu!

Tiada atau bekalan susu ibu rendah

IKLAN

Walaupun mencuba pelbagai cara, namun produksi pengeluaran susu tidaklah sebanyak orang lain. Salah satu punca tiada susu ini disebabkan oleh kemerosotan kesihatan ibu itu sendiri.

Tidak mendapat tidur yang mencukupi, kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan jadual bayi serta peningkatan kadar hormon tertentu seperti kortisol boleh mengurangkan bekalan susu badan secara dramatik.

Antara masalah lain yang boleh menyebabkan ketiadaan susu adalah disebabkan oleh masalah hipoplasia payudara, sindrom ovari polisistik (PCOS), hipotiroidisme di mana kelenjar tiroid kurang aktif lalu fungsi badan menjadi perlahan serta pernah menjalani pembedahan payudara.

Susukan Anak Separuh Jalan, Bukan Tanda Putus Asa, Ada Sebab Lain Ibu Perlu Tahu!

Kurangnya Ilmu

Tanpa panduan menyusukan bayi dengan tunjuk ajar yang tepat, penyusuan anak boleh jadi hilang arah. Malah bebanan penyusuan di awal kelahiran dek kerana kurangnya ilmu dalam bidang laktasi membuatkan ada ibu-ibu muda gagal meneruskan penyusuan hingga akhirnya.

IKLAN

Ramai yang mudah berputus asa. Disebabkan itulah bakal ibu perlu mempunyai ilmu penyusuan dan memperbanyakkan informasi agar lebih bersedia menghadapinya.

Atas dasar itulah, My Motherhood mewujudkan sebuah lawan web khusus untuk memberi panduan kepada ibu-ibu untuk meneruskan penyusuan dengan baik dan lancar.

My Motherhood yang diasaskan oleh tiga individu hebat terdiri dari Daria Li, Dr. Tengku Putri Zainab dan Nurun Nadia Masrom berusaha memberi ilmu penyusuan secara eksklusif, khusus untuk membantu ibu-ibu menyusukan anak dengan baik.

Susukan Anak Separuh Jalan, Bukan Tanda Putus Asa, Ada Sebab Lain Ibu Perlu Tahu!

Bagi anda yang tercari-cari ilmu penyusuan, My Motherhood pastinya laman web terbaik yang  menyalurkan maklumat penyusuan  tepat dan bukan mitos yang mematikan semangat ibu menyusu.

Tidak hairanlah laman web ini dipilih sebagai Konsultasi Penyusuan Terbaik Pilihan Pa&Ma di Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.

IKLAN

Laman web My Motherhood umpama ‘life saver’ buat ibu-ibu menyusukan secara eksklusif. Dengan kepakaran dari pengasas laman web ini yang juga merupakan kaunselor laktasi dan pakar perunding pediatrik, sememangnya amat diyakini!

Bukan itu saja, sokongan dari kaunselor laktasi diberikan dari awal journey penyusuan supaya para ibu dapat melaluinya dengan rasa yakin dan berjaya.

Dapatkan maklumat lanjut di mymotherhood.com.my, atau melalui Facebook, My Motherhood serta Instagram @mymotherhood.hq untuk mengikuti pelbagai informasi dan aktiviti.

Juga boleh hubungi di talian 019-679 8575 untuk konsultasi berkaitan penyusuan atau sebarang pertanyaan.

Susukan Anak Separuh Jalan, Bukan Tanda Putus Asa, Ada Sebab Lain Ibu Perlu Tahu!

Pengambilan ubat-ubatan

Ubat-ubatan yang kita ambil saban hari tanpa kita sedari turut memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Walaupun kebanyakan ubat sesuai diambil oleh ibu yang ingin menyusu badan, namun setiap ubat tetap mempunyai risikonya.

Ubat-ubatan terutama kepada rawatan penyakit tertentu kebanyakkannya memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI