Selepas sah bercerai pada 7 Oktober lalu, rezeki pelakon Fattah Amin dilihat semakin mencurah-curah. Di mana sahaja kemunculan actor kacak ini pasti mendapat perhatian ramai.
Pun begitu dalam kesibukan dan tumpuan ramai, Fattah tidak terlepas berkongsi masa dan ruang buat buah hatinya yang tersayang, Nur Fatima Aisya.
Terbaharu, bapa tunggal anak satu itu mendedahkan ada bertemu dengan puterinya, Fatima namun mengakui situasinya agak berbeza berbanding dulu.
“Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.
Ads
“Tapi Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama,” luahnya.
Menerusi Instagramnya, bapa penyayang ini turut memuat naik momen bersama ketika meluangkan masa bersama Fatima.
Ads
Melalui gambar yang dikongsikan olehnya, Fattah dilihat turut bersama ahli keluarga, ibu dan ayahnya serta adik-beradik yang lain.
Meninjau diruangan komen, aksi comel dua beranak ini sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah ada juga yang turut mendoakan buat keluarga kecil ini.
Terdahulu, Fattah yang sah bercerai dengan Fazura turut mendapat hak penjagaan anak dan bermalam bersama.
Bila anak mula demam, batuk, muntah atau cirit-birit, memang hati ibu ayah tidak senang. Lebih membimbangkan apabila semakin ramai berkongsi pengalaman anak perlu mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan penyakit berjangkit.
Baru-baru ini, satu hantaran di Threads menarik perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa kes melibatkan HFMD, influenza, Respiratory Syncytial Virus (RSV) serta rotavirus semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan mengingatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati dan mengurangkan pendedahan anak-anak kepada kawasan yang sesak, terutama tempat permainan yang menjadi tumpuan ramai kanak-kanak.
“Korang yang ada anak, wad kanak-kanak di hospital makin penuh.
Please jaga-jaga tau datang musimnya HFMD, influenza, RSV. Tolong sangat jangan bawa anak main indoor atau outdoor yang ramai anak-anak buat masa sekarang.”
Perkongsian berkenaan turut mengundang reaksi daripada para ibu yang menceritakan pengalaman anak masing-masing dimasukkan ke hospital akibat pelbagai jangkitan.
Ada yang terpaksa berada di wad selama beberapa hari, malah ada juga anak-anak dalam satu keluarga yang dijangkiti penyakit sama pada waktu yang hampir serentak.
“Betul, anak-anak saya baru seminggu keluar wad. Stay 15 hari di wad, tiga-tiga positif rotavirus,” kongsi seorang ibu.
“Dah masuk musim HFMD, influenza dan RSV. Tolong sangat jangan bawa anak bermain di tempat indoor atau outdoor yang ramai kanak-kanak buat masa sekarang,” kongsi ibu yang lain.
Dalam pada itu, seorang ibu mendakwa anaknya dimasukkan ke hospital selama enam hari akibat rotavirus. Menurutnya, sehari sebelum anak menunjukkan simptom, mereka sekeluarga sempat mengunjungi sebuah kolam renang.
Seorang lagi ibu pula berkongsi bahawa anaknya tiba-tiba mengalami batuk dan selesema sehingga memerlukan rawatan nebulizer. Sehari sebelum simptom tersebut muncul, mereka sempat membawa anak berjalan-jalan ke pasar malam.
“Anak-anak saya tujuh hari warded, lepas itu sambung mak dia pula tiga hari warded. Rotavirus is not a joke! Stres muntah dan cirit-birit,” kongsi pula ibu lain.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati apabila melihat bayi masih kecil menerima rawatan di wad akibat rotavirus.
Walaupun sukar untuk mengelakkan semua risiko jangkitan, ibu ayah masih boleh mengambil beberapa langkah berjaga-jaga bagi membantu melindungi anak.
Sekiranya anak mengalami demam, batuk, selesema, muntah, cirit-birit atau menunjukkan simptom penyakit berjangkit, biarkan mereka berehat di rumah dan elakkan daripada dihantar ke taska atau sekolah.
Langkah ini bukan sahaja membantu anak pulih dengan lebih baik, malah dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak lain.
Ibu ayah juga dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan doktor jika keadaan anak tidak bertambah baik, simptom berpanjangan atau semakin serius.
Ibu ayah tetap disarankan untuk sentiasa berwaspada terutama ketika membawa anak keluar pada hujung minggu. Paling penting elakkan kawasan yang penuh sesak atau taman permainan tertutup yang mudah dijangkiti.
Mengamalkan kebersihan, mengurangkan pendedahan kepada tempat sesak ketika musim penyakit serta mendapatkan rawatan awal sekiranya anak menunjukkan simptom boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi dan penyebaran jangkitan.
Baru-baru ini Niena Azmann, isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody, memuatnaik sebuah foto dengan kapsyen tentang tahap kesihatannya selepas melahirkan si comel Adithya Jabbar. Di dalam postingnya itu, Niena memberitahu yang dia sudah pulih sepenuhnya.
Dia juga memberitahu ketika melahirkan anaknya, dia melahirkan secara normal tanpa sebarang epidural. Jahitan juga sembuh dalam masa dua minggu. Niena melahirkan rasa syukurnya kerana diberikan kemudahan dan sembuh cepat selepas bersalin. Niena turut memberitahu yang dia memberikan susu badan kepada anaknya dan semuanya baik-baik sahaja.
Ramai yang bertanyakan kepada Niena tentang hal ini, tetapi menurutnya kesihatan perlulah dijaga sejak dari mengandung lagi. Banyakkan berjalan dan melakukan senaman juga antara amalan yang membantu semasa dan selepas melahirkan. Apa pun menurut Niena, periksalah kudrat dan kondisi masing-masing.
Kagum betul penulis dengan semangat Niena. Biarpun baharu sahaja bergelar ibu, itu tidak menjadi penghalang untuk dirinya kembali aktif dalam sukan futsal. Tahniah, Niena!
Pelakon dan penyanyi cantik manis, Ayda Jebat mencuri perhatian wargamaya bila mana beraksi lincah di atas pentas biar pun kini sedang sarat hamil anak keduanya.
Ayda yang kini hamil tujuh bulan dilihat cukup bertenaga biarpun sudah memasuki trimester ketiga kehamilannya.
Menerusi perkongsian video oleh akaun Tik Tok @poojapalatao yang tular, Ayda dilihat menari dengan cukup lincah ketika membawakan tiga lagu, Nakal Nakal Nakal, Temberang dan Gangnam Style nyanyian asal PSY.
Gaya dan tarian bertenaga dari ibu kepada Ana Nayla ini membuatkan wargamaya mula meluahkan rasa bimbang sekiranya memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Tidak kurang juga yang berpendapat pemakaian Ayda ketika persembahan itu kurang sesuai buat dirinya.
Terdahulu, Ayda Jebat mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.