Aktres cantik Diana Amir kini sedang hamil 7 bulan dan bakal menyambut kelahiran anak ketiga. Walau pun sedang hamil, dia masih menyusukan anak kedua sama seperti dia menyusukan anak pertamanya sehingga dua tahun.
Hebatlah Diana! Perkara tersebut diberitahu apabila ada peminat yang bertanya kepada Diana tentang perkara itu di ruangan komen Instagram beliau.
Diana yang berkahwin dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman pada 26 Oktober 2013 dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Khaulah Al Azwar, 3 tahun dan Khadija Azzehra, 1 tahun 8 bulan.
WALAU PUN BABY BUMP TAK NAMPAK SAKIT PINGGANG TETAP SAMA
Mungkin kerana sosok badan yang tinggi lampai, bertubuh langsing serta sentiasa berpakaian longgar, baby bump Diana kurang kelihatan walau pun sudah memasuki trimester ketiga kehamilan.
Ads
Ada juga follower yang bertanya tentang baby bump Diana, aktres ini menjawab walau pun kecil sakit pinggang yang dialaminya tetap sama seperti wanita hamil yang lain.
Ruangan komen pada entri yang memaparkan Diana, suami dan anak-anak sedang bergambar semasa sambutan Hari Raya Aidil Adha itu dipenuhi dengan perkongsian dan kata-kata semangat yang positif daripada peminat.
Penyanyi dan pengacara Alif Satar mendedahkan isterinya Sha Dila mengalami keguguran ketika kandungan cahaya mata ketiganya memasuki lapan minggu pada awal tahun ini.
Bagaimanapun, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 29, bersyukur apabila isterinya disahkan hamil semula tidak lama selepas itu dan kini kandungan sudah memasuki empat bulan.
“Pada awal tahun ini, isteri saya mengalami keguguran anak ketiga kami. Ketika itu usia kandungannya sudah memasuki lapan minggu.
“Tapi sebenarnya saya dan isteri sudah reda dengan ujian tersebut. Malah, saya bersyukur apabila dapat tahu isteri kembali mengandung anak kami yang keempat dan menggantikan kehilangan itu,” kata Alif kepada mStar.
Penyanyi lagu Sesungguhnya itu ditemui ketika majlis pelancaran Salam Today Web di Empire Hotel Subang, Subang Jaya, pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Red Velvet ini memberitahu dia juga berasa teruja menanti kehadiran orang baru dalam hidupnya pada Oktober depan.
Menurut Alif, dia mengharapkan dikurniakan cahaya mata lelaki memandangkan sudah mempunyai dua orang anak perempuan.
“Alhamdulillah, kandungan isteri sihat dan dijangka melahirkan anak pada Oktober nanti. Jika diikutkan saya mahu cahaya mata lelaki tetapi tidak kisah jika kami dapat anak perempuan nanti.
“Saya juga berdebar dan teruja nak menanti keputusan ujian imbasan kandungan dari doktor pada jumaat ini,” ujarnya.
Menerusi perkahwinan dengan Sha Dila sejak September 2014 mereka dikurniakan dua anak perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca yang kini berusia dua tahun.
Memasuki trimester kedua kehamilan dengan usia kandungan mencecah 6 bulan, pelakon Elfira Loy mengakui diri gerun memikirkan detik kelahiran anak sulungnya nanti.
Elfira Loy juga turut berkongsi tentang pemeriksaan antenatal yang dilakukannya di klinik swasta.
“Cuma buat masa sekarang, saya ada lakukan check up di klinik swasta. Kalau ditanya di hospital swasta mana untuk bersalin annti, saya tak pilih lagi sebab takut,” kata Elfira yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.
Pelakon ini juga turut memberitahu belum ada sebarang persediaan dilakukan. “Tak ada persediaan memandangkan kandungan saya baru nak masuk enam bulan,” kata Elfira.
Dalam teruja menyambut orang baru dalam keluarga, Elfira masih mahu mengekalkan kesederhanaan. Katanya bersederhana itu lebih baik.
“Buat masa ini kami belum membeli sebarang keperluan anak yang bakal lahir dan tidak akan ada majlis pengumuman jantina akan dilakukan. Biarlah ia jadi kejutan,” terang Elfira tentang debaran menyambut anak sulung.
Aktres ini turut menyatakan yang dia mengidamkan anak perempuan manakala suaminya pula mengidamkan anak lelaki.
Selain itu, ibu hamil ini teruja untuk menyandang tugas sebagai seorang ibu.
“Orang kata macam-macam bila ada anak nanti. Namun saya tak bimbangkan sangat bab itu. Saya lebih teruja sebab pengalaman itu yang buat kita rasa lebih seronok,” kata El.
Menjadi ibu kali pertama dan pelakon ini turut berkongsi ada rasa gerun apabila memikirkan situasi kelahiran yang bakal dihadapi nanti.
“Kalau lakukan kaedah pembedahan, perasaan tersebut tidaklah rasa takut sangat. Cuma rasa takut terjadi sebabnya saya mahu bersalin cara normal kalau boleh.
“Akan tetapi, ada yang kata ada cara untuk kurangkan kesakitan waktu bersalin, itu yang buat saya lebih berdebar. Tak boleh nak bayangkan,” kata Elfira.
Setiap ibu melalui pengalaman bersalin yang berbeza. Ada yang mula rasa sakit dan terus masuk fasa kelahiran, tetapi ada juga yang mengalami tanda-tanda awal beberapa hari atau berminggu-minggu sebelum bayi benar-benar dilahirkan.
Jadi ibu jangan terlalu risau jika tanda mahu bersalin datang perlahan-lahan atau rasa sakit belum konsisten. Selagi keadaan ibu dan bayi dipantau serta tiada komplikasi, proses kelahiran masih boleh berjalan dengan selamat.
Tanda bersalin awal boleh muncul dalam pelbagai bentuk. Ada ibu yang mengalami kontraksi tidak teratur, sakit belakang, tekanan pada bahagian pelvis atau keluar lendir bercampur darah. Semua tanda ini tidak semestinya bermaksud bayi akan lahir dalam tempoh beberapa jam, namun ia menunjukkan badan sedang membuat persediaan untuk proses kelahiran.
Setiap kehamilan adalah unik. Oleh sebab itu, ibu tidak perlu membandingkan pengalaman sendiri dengan pengalaman orang lain. Apa yang penting ialah mengenali perubahan pada tubuh sendiri dan mendapatkan nasihat daripada doktor atau bidan sekiranya terdapat sebarang keraguan.
Berikut perkongsian dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak mengenai tanda-tanda nak bersalin yang perlu diketahui tanpa perlu risau diperingkat awal.
Tanda tu maknanya lendir likat bercampur darah yang keluar dari faraj. Keluar tanda bukan bermakna bayi akan keluar dalam beberapa minit lagi, macam dalam drama Melayu tu. Keluar tanda ni mungkin amaran awal yang memberitahu pangkal rahim ibu da mula matang dan mula menipis sebagai persediaan awal untuk kelahiran. Bukannya confirm-confirm akan beranak kalau keluar tanda, ada yang kaluar tanda arini minggu depan baru dia bersalin. Jadi tak perlu melompat-lompat untuk segera ke hospital jika turun tanda sikit-sikit. Tapi kalau dah ada tanda bersama sakit contraction maka cepat cepat ke hospital, dikhuatiri suami anda pulak yang jadi bidan nanti .
Sakit contraction
MENGERAS-NGERAS ATAU CONTRACTION KADANGKALA BIASA BERLAKU PADA HUJUNG-HUJUNG KEHAMILAN. CONTRACTION TANPA RASA SAKIT INI DINAMAKAN BRAXTON HICKS. INI BELUM LAGI NAK BERSALIN.
Rahim mengeras disertai rasa sakit tu adalah tanda-tanda awal nak bersalin. Semakin kerap sakit kontraksi tu, semakin panjang kontraksi itu semakin dekat dgn masa bayi dilahirkan. Kontraksi penting untuk menjadikan pahal rahim menipis dan membuka pintu rahim untuk proses kelahiran.
Selaput yang menyelaputi bayi dalam rahim boleh pecah secara tiba-tiba dan ibu mengalami turun air yang banyak, ingatkan kencing tapi rupanya air mentuban. Lazimnya ibu akan memberitahu air suam mengalir dengan laju secara tiba-tiba pada peha nya sehingga membasahkan seluar dalam atau kain. Kalau air turun masa tgh tidur mungkin cadar atau tilam akan basah juga. Air yg kluar sedikit sedikit dan tak mmbasahkan seluar dalam lazimnya bukn air mentuban, mungkin hanyalah lendir biasa sahaja
Sakit kontraksi yg semakin kerap menyebabkan selaput bayi ini pecah dah mengeluarkan air mentuban tersebut – juga adalah tanda-tanda nk bersalin.
Walaubagaimanapun lain orang lain pengalamanya. Ada yang turun tanda tapi taksa kluar air mentuban. Ada yang sakit sikit-sikit, terbatuk sikit baby pun keluar.
Jika anda khuathir atau kurang pasti dgn tanda-tanda yang anda alami segeralah dapatkan pemeriksaan doktor. Lain kehamilan lain caranya, lain sakitnya dan berbeza tanda-tanda nak bersalinya.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!