Hantaran terbaharu pengarah dan pelakon hebat, Syamsul Yusof di Instagram (IG) yang ketika ini sedang bercuti bersama anak-anak dan keluarganya menyorot perhatian netizen media sosial.
Apa yang menarik perhatian pastinya kemesraan dan masa bersama yang diluangkan Syamsul buat dua anaknya, Syaikul dan Sumayyah selepas melalui episode gelap sebelum ini.
Menerusi hantaran yang dibuat, Syamsul dilihat berkongsi beberapa momen dirinya yang sedang bercuti di Switzerland bersama keluarga tercinta.
Ads
Banyak momen indah Syamsul bersama Syaikul dan Sumayyah yang turut dikongsikan olehnya.
Tiga beranak itu dilihat cukup bahagia dapat bercuti dan meluangkan masa bersama sepanjang di luar negara.
Ads
Lebih manis lagi, Syamsul juga turut memuat naik foto dirinya yang memeluk erat kedua ibu bapa iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Ads
Selain Yusof dan Patimah serta dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah, percutian keluarga ini turut disertai oleh bekas mentua Syamsul sendiri iaitu ibu bapa, Puteri Sarah serta adik beradik Syamsul sendiri.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya seronok melihat momen mesra antara Syamsul dan kedua ibu bapanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan kes kematian kanak-kanak atau bayi dalam kenderaan disebabkan ibu bapa bekerja atau menghadiri mesyuarat sehingga terlupa anak berada di dalam kereta.
Demikian rekod Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang mana mengikut perangkaan kementerian itu, enam kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia di dalam kenderaan yang masing-masing dua kes berlaku pada 2020, 2019 dan 2018.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, walaupun bilangan kes itu kecil namun kementerian memandang serius mengenai kes kematian kanak-kanak dan bayi akibat di tinggalkan ibu bapa di dalam kenderaan.
“Ini kerana ia membabitkan kehilangan nyawa dan memberikan kesan besar kepada keluarga berkenaan.
“Selain mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada, kementerian juga menyediakan khidmat kaunseling kepada ibu bapa dan keluarga kanak-kanak terbabit sebagai langkah intervensi.
“Kita juga memberikan kesedaran kepada ibu bapa mengenai pelbagai perkara termasuk risiko tertinggal dalam kereta, pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak ketika berada dalam kenderaan dan sebagainya,” katanya pada sesi persidangan Dewan Rakyat.
Jangan letak bayi belakang tempat duduk pemandu
Sementara itu, Siti Zailah berkata, kementerian juga bekerjasama dengan agensi lain bagi menjalankan kempen pendidikan dan advokasi serta meningkatkan kesedaran awam mengenai isu itu kepada ibu bapa, penjaga dan masyarakat termasuk melalui kursus keselamatan keluarga, kursus pra perkahwinan serta kursus ilmu kekeluargaan.
Katanya, kementerian juga banyak menerima maklum balas daripada keluarga dan masyarakat yang dibincangkan bersama Institut Keselamatan Jalan Raya dan Majlis Keselamatan Jalan Raya.
“Antara perbincangan termasuk bayi tidak boleh diletakkan di belakang tempat duduk pemandu kerana ia adalah titik buta.
“Selain itu, meletakkan beg barang keperluan anak di tempat duduk hadapan sebagai peringatan anak berada di dalam kereta berkenaan.
“Masyarakat juga harus memainkan peranan dengan melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ternampak ada anak-anak ditinggalkan di dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa sekali gus mengelakkan kes kematian kanak-kanak yang ditinggal dalam kereta daripada berlaku,” katanya.
Pindaan hukuman
Menurutnya, kementerian meminda Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 bagi memasukkan perkataan ‘bertindak secara cuai’ dan membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada ibu bapa, penjaga dan mereka yang cuai dalam kes seumpamanya.
Beliau berkata, pindaan berkenaan juga merangkumi hukuman lebih berat terhadap mereka yang melakukan penganiayaan, pembuangan, pengabaian dan pendedahan kanak-kanak kepada bahaya.
“Pindaan dibuat pada 2016 membolehkan mereka yang cuai, melakukan pengabaian, penderaan dan pembuangan bayi dikenakan hukuman lebih berat misalnya hukuman penjara dinaikkan daripada 10 kepada 20 tahun atau denda ditingkatkan daripada RM20,000 kepada RM50,000 atau kedua-kedua selain hukuman khidmat masyarakat sebagai hukuman mandatori,” katanya
Fitrah anak-anak memang suci tapi kitalah yang dewasa membentuk mereka menjadi seperti kebanyakkan orang dewasa pada hari ini.
Sikap suka menilai dan menghukum dengan penampilan luaran membuatkan anak-anak mudah cenderung untuk melabel dan memberi pelbagai gelaran buat kawan-kawan atau orang sekeliling.
Mungkin ada yang anggap itu semua tak ada apa-apa Cuma bergurau tapi sebenarnya ia tersemat dalam diri si kecil kita. Secara tak langsung anak-anak jadi kurang yakin diri dan rasa rendah diri timbul pada anak-anak.
Seperti yang dikongsikan oleh Farah Lee menerusi posting di Instagram miliknya. Farah ada membuat teguran dengan apa yang berlaku kepada anaknya sendiri.
Ikut perkongsian Farah Lee:
Fitrah anak2 itu suci, tetapi si dewasalah yang menjadikan mereka makcik bawang
Maream was so happy that her tooth dah tercabut. For her rongak is cute. Jadi first few days dia tak habis2 ambil gambar gigi baru dan minta izin untuk whatsapp kepada family members. Kalau omma nak ambil gambar, dia akan sengih lebar2 tunjuk gigi.
Si dewasa pula lihat je Maream rongak “Alaaa dah tak cantik dah laaa” “Aih senyum tutup gigi sket” “Hahah kelakar dah muka” bla3…
Lalu beberapa hari lepas, bila ambil gambar omma perasan dia senyum tak nampak gigi. Lalu semalam omma tanya, “Maream, why you tutup mulut when smiling”. She replied, “Maream malu, sebab Maream rongak”. Omma dah agak, so as usual “You know for me you still look nice with no tooth like that. There’s nothing wrong with that. You know regardless how our physiques are, yang penting we have beautiful heart, Allah only sees us through our heart, not our body”.
Kesian anak aku. Boleh nampaklah dia punya self-esteem berkurang sejak gigi rongak Sama kes macam rambut dia, she was excited, orang besar je ‘malu’ tengok – emotional abuse.
Jadi itulah dia, budak2 tak kisah pun rupa dia or kengkawan cemana, kulit hitam ke putih, gigi ada ke takde, kurus ke gemuk, tinggi ke rendah — tapi yang dah besar ni perkara pertama yang dorang akan tegur bila nampak budak2, “Ehhh dah kurus”, “Makin gelap nampak main panas eh”, “Haa tak tinggi macam abang dia” bla3
Membesarlah budak tu jadi seorang yang judgemental tentang luaran seseorang. Rasa malu bila dirinya tak capai standard ‘sempurna’ manusia. Kemudian kita pelik, kenapalah orang kita ni suka sangat membawang, kenapa sibuk sangat nak ‘cantik’. Hailah si dewasa, mu la yang ajor #pangkang
So what’s now.? Let’s change how we greet the kids and how we celebrate diversities in life. More positive society inshaAllah one day #ommabebel#FLparenting
Bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Petra mendedahkan dia pernah mengalami trauma zaman kanak-kanak akibat daripada asuhan yang dibawa secara tradisi.
Tidak mahu trauma zaman kanak-kanak berulang kepada anaknya, Rihana yang juga bekas isteri Sultan Muhammad V Kelantan, mengubah cara didikan kepada satu-satunya anak, Tengku Ismail Leon yang kini berusia 5 tahun.
“Serpihan trauma zaman kanak-kanak. Datuk dan nenek membesarkan ibu dan bapa kita, kemudian mereka membesarkan kita, dan kita membesarkan anak-anak kita… Dan model didikan dibawa dari generasi ke generasi. Dan kita boleh meneruskannya, atau kita boleh membentuk model baharu kita sendiri…”
Namun, tambah model cantik ini, dia tetap menghormati ibu bapanya dan sangat menyayangi mereka walaupun cara didikan zaman dahulu sangat berbeza. Rihana turut menyatakan model keibubapaan tidak hanya ada satu namun ada beberapa model keibubapaan yang boleh dipilih.
“Dalam keluarga saya didikan adalah keras. Ayah sangat tegas dan saya sering mendapat masalah. Jadi saya tahu secara langsung betapa perit dan teruknya apabila ibu bapa memukul atau menjerit kepada anak-anak mereka. Sekarang apabila saya sudah dewasa, saya tidak menentang ayah saya dan saya sangat menyayanginya. Dan sebagai orang dewasa, saya menyedari bahawa ayah saya tidak tahu bahawa terdapat model keibubapaan lain, kerana itulah cara ibu bapanya membesarkannya.”
“Dengan Leon, saya melakukan sebaliknya, memecahkan model didikan yang telah merebak sejak beberapa generasi.”
“Leo adalah anak yang sangat penyayang ❤️. Saya tidak pernah tinggikan suara saya kepadanya, saya tidak pernah memarahinya, kami bercakap, saya menerangkan. Kadang-kadang kita bercakap sangat lama, tetapi ia sentiasa berlaku dengan tenang dan dari kedudukan cinta.”
“Zaman kanak-kanak anak saya adalah bertentangan dengan zaman kanak-kanak saya.”