Kekeluargaan

Rupanya Ini Ayat Cinta Syed Saddiq Luah Kepada Bella Astillah, Ayden & Ara Jadi Lebih Istimewa. Deep!

Share

Apabila memilih untuk berkongsi hidup dengan seseorang yang sudah mempunyai anak, hubungan yang dibina bukan lagi hanya melibatkan dua hati. Ada hati-hati kecil yang perlu dijaga, difahami dan diterima sebagai sebahagian daripada sebuah keluarga.

Begitulah yang dapat dilihat dalam perjalanan hubungan  Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tunangnya, Bella Astillah, yang kini sedang menuju ke fasa baharu dalam kehidupan mereka bersama.

Terbaharu, Ahli Parlimen Muar itu turut berkunjung ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyerahkan kad undangan majlis persandingannya bersama Bella. Perkara itu dikongsikan Muhyiddin menerusi Facebook pada Selasa.

Pasangan berkenaan sebelum ini mengumumkan mereka dijadualkan mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober selepas mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Apa yang lebih menarik menjelang kira-kira 17 hari lagi sebelum hari bahagia mereka pada 10 Oktober 2026, yang bakal melangsungkan pernikahan di aras 118, Menara Merdeka Maybank, beberapa video lama pasangan ini kembali tular di media sosial, termasuk kata-kata Syed Saddiq tentang Bella serta dua cahaya mata wanita itu, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Ayat Cinta Syed Saddiq Buat Bella & Anak-Anak

Dalam pada itu, video lama-lama kisah cinta pasangan ini menjadi trending kembali apabila para peminat kembali throwback luahan ayat-ayat cinta bekas Menteri Belia Dan Sukan itu. Antara kata-kata Syed Saddiq yang kembali mencuri perhatian adalah bagaimana penerimaannya terhadap pelantun lagu, ‘Tenang”” ini tidak pernah dipisahkan daripada dua anak wanita itu.

Walaupun belum pernah bergelar seorang ayah, Syed Saddiq secara terbuka menyatakan bahawa Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6 turut menjadi sebahagian daripada sebab mengapa Bella begitu istimewa di matanya.

Menurutnya, di sebalik sisi Bella yang dikenali ramai sebagai seorang wanita kuat dan berkerjaya, dia turut melihat sendiri bagaimana wanita itu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

“Bella wanita yang baik. Kalau ada satu perkataan yang boleh dirumuskan, it’s not just an iron lady, dia wanita yang sangat baik.

Saya nak jelaskan di sini, I love Bella not in spite of her children, but because of them as well — Ayden and Ara. They’re both amazing, alhamdulillah.”

Anak keempat daripada empat orang adik-beradik sebelum ini turut berkongsi bahawa kasih sayang Bella terhadap kedua-dua anaknya mengingatkannya kepada kasih ibu bapanya sendiri. Baginya, cara Bella meletakkan anak-anak sebagai keutamaan menjadi antara perkara yang membuatkan wanita itu istimewa di matanya.

Bagi ibu atau bapa yang pernah melalui perpisahan dan kemudiannya membuka ruang untuk membina kehidupan baharu, penerimaan seseorang terhadap anak-anak pastinya membawa makna yang cukup besar.

Anak bukan sekadar sebahagian daripada kisah lama seseorang, tetapi tetap menjadi keutamaan dan sebahagian daripada kehidupan yang akan dibawa bersama ke fasa seterusnya.

Artikel trending:Tragedi FDS Rentap Bahagia Keluarga, Juruterbang Jelas 5 Persoalan, No. 4 Kenapa Mangsa Tak Guna Payung Terjun

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel Trending: Nahas Helikopter FDS: Luahan Pilu Isteri Juruterbang, “Doakan Saya Dan Anak-Anak”

Syed Saddiq dan Bella Astillah Tetap Bersama Walau Tak Selalu ‘Sekepala’

Dalam hubungan, tidak semestinya dua orang perlu mempunyai karakter, minat atau pandangan yang sama dalam semua perkara.

Syed Saddiq sendiri pernah mengakui bahawa meskipun dia dan Bella mungkin tidak sentiasa “sekepala” atau berada dalam “geng” yang sama, perkara itu tidak mengubah pilihannya terhadap wanita berkenaan.

Nyata jauh di sudut hati jelas menunjukkan apa yang lebih penting adalah mempunyai seseorang yang mampu memahami dirinya, membawa kebahagiaan dan menjadi insan yang mahu ditemaninya sehingga ke penghujung kehidupan.

“Saya rasa walaupun tak sekepala tetapi pilihan itu tidak akan berubah. Wanita itu berada di sisi saya.

“Yang paling penting ialah apabila saya ada seseorang yang memahami, membawakan kegembiraan dan seseorang yang saya tahu saya ingin bersama hingga ke hujung nyawa saya,” katanya.

Syed Saddiq Serah Kepada Bella Astillah Majlis Perkahwinan

Menariknya, Syed Saddiq juga tidak terlalu meletakkan fokus kepada kemeriahan majlis perkahwinan mereka. Sebaliknya, baginya perkara yang lebih utama adalah kehidupan yang bakal dibina selepas majlis selesai.

“I DON’T HAVE A DREAM WEEDING, BUT I HAVE A DREAM WIFE”

Dalam soal persiapan pula, Syed Saddiq mengakui memberikan ruang dan kebebasan kepada Bella untuk menguruskan banyak perkara berkaitan majlis.

Baginya, konsep atau sebesar mana majlis diadakan bukan perkara utama. Apa yang lebih bermakna adalah dapat berkongsi cinta dan kehidupan bersama wanita yang dipilih sebagai pasangan hidup.

Bella sebelum ini turut menyifatkan Syed Saddiq sebagai seorang yang ringkas dan fleksibel dalam soal persiapan perkahwinan, sekali gus memudahkan urusan mereka. Pasangan itu juga merancang beberapa acara bagi meraikan keluarga, rakan serta peminat.

Bukan sekadar penyatuan dua insan, perjalanan Syed Saddiq dan Bella Astillah menuju 10 Oktober ini bakal membawa satu fasa baharu buat mereka sebagai sebuah keluarga.

Dan di sebalik kata-kata cinta buat wanita pilihan hatinya, jelas Ayden dan Ara juga mempunyai tempat tersendiri dalam perjalanan yang sedang mereka bina bersama.

Sumber: Meletop Astroawani

Published by
Nor Yusoff