Pelakon dan usahawan, Syatila Melvin berkongsi khabar duka apabila mengalami keguguran pada usia kandungannya yang baru mencecah usia lapan minggu.

Isteri kepada pelakon Syaheizy Sam itu mengakui mulanya agak teruja untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka namun akur dengan ketentuan Ilahi.

“Syeriv Teruja & Selalu Cium Perut Saya” Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga, Syatilla Melvin Keguguran!

” Saya sebenarnya baru tahu pregnant..tapi tak ada rezeki untuk anak ketiga.
“Ikutkan kandungan saya sudah mencecah lapan minggu tapi semalam doktor sahkan kandungan saya tidak berkembang dengan baik,” kongsinya menerusi satu portal hiburan.

“Syeriv Teruja & Selalu Cium Perut Saya” Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga, Syatilla Melvin Keguguran!

Malah katanya lagi, dia sepatutnya menjalani pemeriksaan untuk melihat degupan jantung namun terpaksa menerima keputusan dari doktor selepas melihat perkembangan janinnya yang kurang memberangsangkan.

” Sepatutnya semalam saya buat pemeriksaan untuk periksa degupan jantung tapi tak ada dan doktor pun kata saiz tak membesar mengikut perkembangan kandungan,” katanya lagi.

IKLAN

“Syeriv Teruja & Selalu Cium Perut Saya” Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga, Syatilla Melvin Keguguran!

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak ini juga mengakui agak sedih dengan perkhabaran itu namun menerimanya dengan reda kerana menganggapnya bukan rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga.

Namun katanya lagi, anak sulungnya, Syeriv juga begitu teruja dan selalu mencium perutnya.

“Syeriv Teruja & Selalu Cium Perut Saya” Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga, Syatilla Melvin Keguguran!

“Syeriv Teruja & Selalu Cium Perut Saya” Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga, Syatilla Melvin Keguguran!

IKLAN

” Memang la sedih sebab saya pun dah bersedia untuk anak ketiga, tapi saya reda, tak ada rezeki untuk saya dan Sam. Bila doktor beritahu semalam, Sam terdiam sekejap tapi dia reda dan terima dengan hati terbuka. Syeriv pun dah teruja dan selalu cium perut saya,” kongsinya lagi.

Bukan pengalaman pertama tetapi kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini, ia merupakan keguguran kali ketiganya.

“Syeriv Teruja & Selalu Cium Perut Saya” Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga, Syatilla Melvin Keguguran!

” Kali pertama sebelum Syeriv dan kali kedua adalah sebelum Sarima. Buat masa sekarang ini, saya harap janin akan gugur dengan sendirinya. Kalau tidak, terpaksalah saya lalui proses cuci rahim, ” ulasnya berkongsi.

IKLAN

Semoga segala proses dipermudahkan dan semoga Syatila lekas segera sembuh dan kembali bergerak aktif seperti sebelumnya.

“Syeriv Teruja & Selalu Cium Perut Saya” Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga, Syatilla Melvin Keguguran!

Terdahulu, Sam dan Syatila mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy,4 tahun dan Sarima Samheizy yang kini berusia 3 tahun.

Artikel berkaitan: Sedut Gas Lepas Tu Tidur, Buat Bubu Sedih, Syeriv Jalani Pembedahan, Syatilla Tak Sanggup Tengok Anak/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @samtilla & Media Hiburan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI