
Proses melatih anak meninggalkan lampin atau potty train memang menjadi satu fasa yang cukup mencabar buat sesetengah ibu bapa. Ada anak yang cepat bersedia, namun ada juga yang memerlukan lebih banyak masa sebelum benar-benar selesa menggunakan tandas.
Bagi pelakon dan usahawan, Syifa Melvin, dia bersyukur apabila proses melatih anaknya, Saif Sulaiman untuk tidak lagi memakai lampin berjalan dengan lebih mudah daripada yang disangka.
Malah, Syifa Melvin mendedahkan anaknya sendiri yang menunjukkan tanda sudah tidak selesa memakai lampin sehingga proses potty train dapat dimulakan sebelum si kecil mencecah usia tiga tahun.
Menerusi perkongsian di Threads, Syifa Melvin memberitahu dia sememangnya menyimpan hasrat agar anaknya dapat menjalani proses potty train
sebelum berusia tiga tahun.Selepas lebih sebulan melalui fasa tersebut, Syifa Melvin meluahkan rasa syukur kerana Saif kini semakin selesa menjalani rutin harian tanpa lampin.
Menariknya, Syifa berkata dia tidak perlu terlalu memaksa atau melatih anaknya dengan cara yang sukar kerana si kecil sendiri sudah mula berasa rimas apabila memakai lampin.
“Aku memang doa nak anak potty train sebelum tiga tahun, alhamdulillah dah satu bulan lebih dia potty train.
“Tak ada ajar teruk, dia sendiri rimas pakai diapers, level rimas dia sampai tidur siang dan malam dia tak nak diaper.
“Masalahnya dia betul-betul tak kencing atas tilam,” kongsinya.
Apa yang lebih mengejutkan Syifa, Saif bukan sahaja boleh melalui waktu siang tanpa lampin, malah turut enggan memakainya ketika tidur.
Perkongsian Syifa Melvin menarik perhatian ramai ibu bapa di ruangan komen. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika melalui fasa potty train bersama anak.
Ada yang melalui proses dengan cepat, manakala sesetengah anak pula memerlukan masa yang lebih panjang untuk benar-benar bersedia meninggalkan lampin.
Ternyata pengalaman setiap anak itu berbeza. Walaupun ada anak yang boleh meninggalkan lampin sebelum usia tiga tahun, atau juga sedikit terlambat.
Apa pun, setiap anak mempunyai perkembangan dan tahap kesediaan yang berbeza. Bila si kecil mula menunjukkan beberapa perubahan, mungkin sudah tiba masanya mama papa memperkenalkan proses potty train
secara perlahan-lahan.Antara tanda anak mungkin sudah bersedia termasuk:
Tanda-tanda kecil seperti ini boleh membantu mama papa mengenal pasti waktu yang lebih sesuai untuk memperkenalkan latihan tersebut.
Tidak perlu terlalu tergesa-gesa sekiranya anak masih belum menunjukkan kesediaan. Proses ini boleh diperkenalkan secara berperingkat supaya anak tidak berasa tertekan. Paling penting jangan lupa berikan pujian.
Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!
Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia
MamaKerja2026 Dibuka 17 Ogos Ini, Ibu Bekerja Selangor Dapat RM1,000!
Sumber: Thread @Syifa Melvin