Tindakan dua beradik yang menyelamatkan seorang kanak-kanak yang kehilangan ibunya di sebuah kompleks membeli belah seharusnya diberikan pujian.
Tidak hanya menenangkan anak kecil itu bahkan dua beradik ini juga berusaha untuk mencari ibunya yang terpisah.
Usaha dua beradik yang dikenali sebagai Sharifah Noorfarahin Muhammad Azhar dan adiknya, Muhammad Qais Mukmin ini menerusi video yang dikongsikan oleh mereka di aplikasi Tik Tik @sharifah.azhar mengundang sebak dan sayu.
Walau rasa berdebar bimbang tidak dapat bertemu dengan ibunya, namun mereka amat bersyukur dan lega kerana akhirnya kanak-kanak berkenaan berjaya dipertemukan dengan ibunya.
“Ada hikmah lepas balik kerja terus ke IOI, semata-mata nak beli face mask.
“Elok je lepas bayar, keluar je dari I Caring terus nampak budak lari-lari sambil menangis.
“Kami berlari kejar dia. Then patah balik semula tempat mula-mula kami nampak dia untuk cari ibu dia,” kongsinya di awal cerita.
Ads
Paling membanggakan kata Sharifah, adik lelakinya begitu prihatin dan berlari kepada kanak-kanak berkenaan sebaik melihatnya menangis sendirian.
Tidak mahu anak kecil itu terus menangis dek kerana ketakutan, remaja lelaki berkenaan memujuknya dengan membelikan air kesukaannya. Dan kemudiannya barulah berusaha untuk mencari ibu kanak-kanak itu semula.
“Nasib baiklah ajak my lil brother temankan ke iOi hari ni. Sangat membantu. Dialah yang first lari and decide terus nak tolong adik ni cari ibu dia after saya kata, “itu mesti budak hilang”.
“Dalam pada tu, kami masih tengah pujuk dia. Time ni tak tahu macam mana nak hilangkan rasa takut dia tu. Belikan air yang dia nak.
Ads
“Pencarian ibu dia masih diteruskan tapi saya masih menggigil, berdebar dan risau. Macam-macam perasaan ada.
“But sometimes, Allahuakhbar. Jumpa jugak akhirnya ibu dia. Syukur. Time ni air mata pun dah berlinang sama.
“Alhamdulillah lega sangat rasa lepas dah selamatkan satu nyawa anak kecil yang tersayang. Thanks you Allah,” kongsinya lagi.
Perkongsian video berkenaan di Tik Tok sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah paling sayu melihat ibu kanak-kanak berkenaan yang menangis tanpa henti sambil memeluk anaknya sebaik diketemukan dengan anaknya.
Keberanian dua anak remaja ini seharusnya diberikan pujian. Saat remaja lain yang leka dengan hal mereka sendiri bersama rakan-rakan, masih ada insan mulia yang begitu prihatin menyelamatkan kanak-kanak yang ketakutan. Syabas!
Baju arwah kini pengubat rindu buat anak setelah pemergian bapa dalam kemalangan yang cukup tragis akibat kecuaian orang lain baru-baru hari ini.
Itu yang dilalui oleh anak sulung Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, yang meninggal dunia selepas keretanya dilanggar di Taman Pelangi di sini beberapa hari lalu yang sangat merindui belaian bapanya.
Anak-anak mula cari bapa
Menerusi laporan Kosmo, kehilangan Mohd. Rizal dalam nahas itu memberi kesan mendalam kepada anak sulungnya, Nur Amani Raudah, 5, apabila kanak-kanak tersebut kerap memeluk baju bapanya sebelum tidur.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu saudara Mohd. Rizal, Nor Farhana Amir, 36, yang memberitahu, tiga anak mangsa mula mencari dan bertanya bapa mereka.
“Paling terkesan dengan kehilangan ini ialah anak sulungnya (Nur Amani).
“Dia kerap menangis dan cakap dia merindui bapanya, semasa tidur pun dia memeluk baju bapanya,” katanya.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Rizal yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia maut selepas keretanya dilanggar Perodua Myvi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi.
Arwah Mohd. Rizal meninggalkan isteri, Nurul Asyiken Amir dan tiga anak berusia lima tahun hingga sembilan bulan.
Buat masa sekarang isteri arwah mohon diberikan masa dan belum bersedia untuk ditemubual kerana masih bersedih dengan pemergian suami tercinta.
Nasib isteri dan tiga anak yatim perlu dibela
Dalam pada itu, Nor Farhana memberitahu, mereka sekeluarga menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan terperinci agar pesalah kes itu dikenakan hukuman setimpal atas kecuaian sehingga menyebabkan nyawa adik iparnya melayang.
“Nasib tiga anak dan isteri perlu dibela,” kata Nor Farhana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah jadi ibu ayah ni, kita akan buat sehabis baik untuk menyediakan keperluan untuk anak-anak. Bukan hanya untuk hari ini semata-mata tetapi juga untuk persediaan masa hadapan mereka.
Biasanya ibu ayah akan buat buat tabungan atau membuat simpanan pendidikan, tetapi salah satu cara lain untuk melabur demi masa depan anak adalah dengan membeli emas.
Pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana memilih untuk membuat pelaburan emas demi masa depan anak-anaknya. Dia yang turut dilantik sebagai duta rangkaian kedai emas Siti Jewels mengatakan kesedaran untuk membeli emas bermula sekitar 2012.
“Saya mula kumpul emas dan sedar yang emas ni adalah satu pelaburan dari tahun 2012. Dulu masa remaja kita tak rasa yang emas ni adalah satu investment.”
Tambahnya lagi, apabila semakin meningkat dewasa barulah sedar emas satu pelaburan yang boleh menjadi simpanan untuk hari tua. Kata Puteri Sarah lagi, dia mula beli dan simpan emas sikit-sikit sehinggalah sekarang dah semakin banyak. Pada waktu inilah dia terfikir untuk melabur dengan emas.
Ibu kepada dua orang anak ini pernah berkongsi bahawa dirinya dahulu tak sukakan emas kerana dia lebih sukakan berlian dan emas platinum. Dia kemudiannya mula suka pada emas apabila ada banyak pilihan barangan kemas yang mempunyai rekaan moden dan dia mula mengumpul emas sedikit demi sedikit.
Pandangannya terhadap emas berubah dan Puteri Sarah mulai sedar kelebihan emas apabila ketika musim PKP 1.0 dahulu dia melihat ramai wanita yang sanggup beratur di kedai emas untuk menggadai barangan kemas mereka. Dia mengakui keadaan itu telah menjentik hatinya untuk lebih banyak mengumpul emas kerana ia satu pelaburan yang baik.
“Sebelum PKP tu saya dah start invest, sebab kita tahulah apa yang akan jadi pada tiba-tiba kita kan. Dulu masa remaja tak tahu pun emas tu penting, kita lihat sebagai hiasan je.”
Ketika ditemui di salah sebuah acara Siti Jewels, Puteri Sarah turut berkongsi yang dirinya turut membelikan emas buat puteri kesayangan, Sumayyah. Namun dia mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak memakaikan emas kepada Sumayyah pada hari biasa kerana khuatir dengan bahaya.
“Sumayyah pun pakai emas, tapi bila dia asyik pakai takutlah kita kan. Sekarang kan bahaya, tapi bila hari raya kita keluarkanlah semua.”
Sememangnya pelaburan emas sangat bagus kerana ia bukan sekadar barang hiasan yang menambah gaya seseorang wanita tetapi juga dapat digunakan apabila berdepan dengan situasi tidak terjangka yang memerlukan wang secara mengejut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tempat tukar lampin bayi adalah ruang khas yang disediakan demi keselesaan dan kebersihan si comel kita. Tapi bila ruang ini disalah guna apatah lagi digunakan untuk anjing peliharaan.
Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila tular satu foto memaparkan sepasang lelaki dan wanita menggunakan changing table di dalam tandas awam bukan untuk bayi… tapi untuk menukar lampin anjing peliharaan mereka!
Aksi Tak Bertanggungjawab Dirakam Orang Awam
Menerusi perkongsian seorang individu di platform Threads, foto mengejutkan itu memaparkan pasangan tersebut berada di dalam tandas wanita sambil meletakkan anjing mereka di atas meja penukar lampin — ruang yang direka khas untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak sahaja.
Gambar Hiasan
Lebih menyedihkan, pasangan itu dilihat sedang menyalin lampin anjing di atas permukaan meja tersebut, tanpa sebarang alas khas atau kesedaran tentang implikasi kebersihan. Aksi mereka sempat dirakam orang awam yang turut berada di lokasi tersebut.
“Tak faham langsung ke tempat tu untuk baby? Tu bukan tempat haiwan! Bodohnya tindakan macam ni.” – netizen marah di ruang komen.
Ruang Wanita Pun Diceroboh!
Bukan itu sahaja, lelaki yang berada bersama wanita tersebut turut dikecam kerana masuk ke ruang tandas wanita tanpa rasa bersalah. Tindakan ini menambah lagi kemarahan ramai, khususnya golongan ibu yang sering menggunakan tandas ini untuk menukar lampin anak mereka.
Ibu-ibu memang tak boleh berkompromi bila bab kebersihan anak. Kalau dah tempat menukar lampin bayi digunakan untuk haiwan — bagaimana nak pastikan ruang itu bersih, selamat dan bebas bakteria untuk bayi kita?
Ada Juga Yang ‘Reda’ – Tapi Ramai Tak Setuju
Walaupun majoriti mengecam tindakan itu, masih ada segelintir individu yang mempertahankan pasangan berkenaan. Mereka berpendapat tempat menukar lampin itu boleh digunakan untuk haiwan peliharaan asalkan dibersihkan selepas digunakan.
Namun bagi kebanyakan ibu bapa, alasan itu tetap tidak dapat diterima.
“Anak saya pernah kena ruam sebab meja tukar lampin kotor! Bayangkan kalau tempat tu dah terkena najis anjing. Nauzubillah.” – luah seorang ibu prihatin.
Lokasi Tidak Dikenal Pasti, Tapi Isunya Jelas: SALAH GUNA KEMUDAHAN BAYI
Walaupun kejadian ini tidak dapat dipastikan lokasinya, tetapi ia membuka mata kita tentang pentingnya kesedaran sivik. Tempat awam perlu digunakan mengikut tujuan asal, terutama sekali kemudahan khas untuk bayi.
Pasangan ini mungkin menganggap ia remeh, tetapi bagi ibu ayah yang setiap hari mengurus bayi kecil, kebersihan dan keselamatan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.