Penjaga ketika berpantang atau mesra di sebut confinement lady (CL) merupakan servis yang tidak asing lagi pada zaman ini disebabkan kekangan untuk pulang bersalin di kampung dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa di kampung.
Rata-rata ibu yang bakal bersalin memilih untuk mengupah CL daripada syarikat yang menawarkan servis ini kerana lebih mudah dan akan menjaga bayi serta ibu ketika tempoh berpantang. Dari urutan ibu, mandian selepas bersalin dan juga memasak serta menguruskan bayi semuanya akan dilakukan oleh CL.
Sama seperti perkongsian Puan Diana, dia turut mengambil CL untuk menguruskan dirinya dan bayi ketika tempoh berpantang. Namun kebaikan serta keikhlasan CL ketika menjaga mereka sekeluarga membuatkan air matanya menitis.
Ikhlas sungguh CL dan sangat tidak berkira! Malah CL ini sanggup membuat tugasan lebih daripada yang sepatutnya. Ikuti perkongsian Puan Diana ini.
MENANGIS AKU SEBAB CL time pantang
Ingat tak aku cerita CL aku excited naw deco-deco lauk pantang ?
kadang orang suka momokkan jugak ada CL dari neraka , CL pun tak function tapi dari awal aku cuba positif walaupun seminggu sebelum aku beranak ada cerita tak best aku dengar mengenai company CL ni
Tapi betullah CL pun rezeki ..Sepanjang aku pantang kali ni, emosi aku sangat stabil dan tak ada air mata. Selalu pantang mesti nak teriak ,rasa loser, sakit itu ini, rasa kurang kasih sayang. kali ni tak .. pantang tenang dan semalam air mata aku jatuh sebab CL ni.
Ads
Mula agak spoil sebab dia datang lewat sikit. Tapi ending nye Allah bagi tak terjangka
Baca lah . Orang yang kerja ikhlas tu wujud ya dan di kenang-kenang..
Bila anak makan ubat tapi masih tak elok, mesti bersebab. Haa ini memang cukup merisaukan. Sebelum nak risau, ibu bapa kena tahu mungkin ada kesilapan yang kita terlepas pandang sebelum ini. Berdasarkan perkongsian dari Facebook Tengku Wdec, sekurang-kurangnya memberi satu ilmu baru kepada ibu ayah di luar sana.
Antara perkongsiannya adalah:
Sumpah selama ni tengku tak tahu. Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi jugak. Ambik picagari tu cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya salah.
Sampailah one day anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. So bawak ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni.
Masuk dalam bilik doktor. Tengku cakap anak kami no 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang.
Bila doktor check katanya paru-paru Rifky ‘basah’. Memang masa tu dia bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ada. Then doktor terangkan kenapa jadi camtu. Dia cakap sebab susukan anak sambil tidur. Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dalam paru-paru dia. Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu.
Oohhhh…maka terhangguk-hangguklah kepala kami. Baru aku tahu. Rasa macam kurang ilmu masa tu.
Lepas tu tiba-tiba doktor tanya. “Biasa bagi ubat kat anak macam mana?” Suami tengku dah buat muncung panjang hala ke tengku. Sebab bab suap ubat kat anak memang keje tengku.
“Suap macam biasa la doktor. Pakai cucuk ubat tu. Celup tarik”. Doktor tu senyum. “Salah tu…..”
Macam ni caranya. Doktor terangkan kat kami satu-persatu. Lagi sekali ooooo…baru aku tahu.
Nak tahu caranya? Follow gambar ok. Senang je. Perasan tak selama ni ubat cair biasanya ade penutup transparent kat atas dia tu. Penutup tu ada gunanya. Bukan hiasan tau.
Ini cara yang doktor tu ajar ye. Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu. Lepas tu baru tarik pakai picagari.
Kalau ada yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.
Contoh: celup dlm botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.
Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus. Macam Rifky kecik lagi. Jadi tengku pakai picagari. Nanti dah pakai basuh bersih.
Doktor tu kata once u celup-celup macam tu. Ubat tu dah takde fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak. Yang mana you dah celup tu balik nanti buang. Simpan ubat baru ni. Ubat klinik i ni kalau u buat macam i ajar tadi. Boleh tahan 9 bulan dalam peti. 9 bulan luar peti. Kecuali antibiotiklah. Sebab yang tu tempoh singkat.
Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari pastikan basuh bersih sebelum celup.
Memang terkejut. Anak dah 2 baru tahu. Adoi. Tapi takpelah. Baik lewat dari tak tahu langsung kan. Alhamdulillah ilmu baru. Malam tu buat misi clearkan ubat cair anak dalam peti yang dah berzaman tu. Cehhh..takde manfaat rupanya. Buat semak je.
Tengku tak sure maybe orang lain akan bagi pendapat berbeza. Ini ilmu yg kami dapat beberapa minggu lepas.
So sekarang dah tahu kan? Tepuk dahi ke idok?? Sesamalah kite ye. Tunggu ape lagi. Yang mana ubat dah berpuluh kali celup dalam peti korang tu boleh ler buang. Kesian kat anak.
P/s : please..sebelum komen baca dulu sampai betul2 faham. Jangan sensitif sangat. Point kat sini ialah tengku share cara yang seorang doktor berpengalaman kongsi dengan tengku. Jadi kalau korang lebih suka cara lain silakan.
Nak celup pakai picagari je. Lepas tu basuh bersih then celup lagi. BOLEH.
Nak tuang dalam penutup tu lepas tu bagi macam tu je. Tak payah pakai picagari. BOLEH.
Nak pakai 1 ubat 1 picagari. BOLEH.
Terpulang…..asalkan ubat tak bercampur dengan benda asing.
Gambar ubat antibiotik tu contoh sahaja. Sebab gambar tu je yang sempat ambik. Diulangi CONTOH. Kalau tak letak gambar nanti ade yang tak faham. Take note ye. Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambik pakai picagari terus. Sebab nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak.
Pasal jangka hayat ubat tu. Itu yang doktor tu bagitau. Ada yang cakap tak betul. Wallahhua’lam. Mungkin lain pengeluar dan jenis ubat lain tempoh hayatnya. Boleh refer mereka yang pakar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada 26 Julai lalu, usahawan yang juga influencer, Hafiz Mahamad mengucapkan rasa syukur atas kelahiran bayi keduanya. Kehadiran Rayqal Arees melengkapkan hidup Hafiz dan isteri, Syafiqah Aina kerana dah dapat sepasang cahaya mata.
Menerusi perkongsian di akaun instagram Hafiz, dia berkongsi mengenai pengalaman isterinya selepas bersalin yang mana emosi dan mood masih tak stabil.
Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan buat suami agar sentiasa ambil berat mengenai keadaan isteri dalam pantang dan sentiasa meringankan urusannya agar insan kesayangan kita tak cepat beremosi. Tambah pula diri masih dalam keadaan lemah.
Saya kesian tengok Aina, harini baru dia start senyum dkt saya. Memang saya rasa tak kena kalau dia tak senyum, sebab senyum tu lah yg saya perlukan hari hari
Tp faham sangat keadaan dia, waktu melahirkan tu memang lama dia tahan sakit & darah pun banyak keluar. Badan & mental pun tak stabil
Seminggu ni, mmg saya & Aina banyak diam. Kurang berbual & saya kesian bila tengah malam dia kena pump susu, kadang sampai tertidur duduk. Saya nak ajak bergurau / bercakap pun takut, sebab setiap kali tgk muka “ini signal” tak kena ni hehe
Ada 1 situasi, saya memang dh set nk berjaga malam sebab setiap 1 – 2 jam mmg kena bg susu. Ingat lg jam 3/4am, saya boleh pula tertidur. Aina kejut suruh panaskan susu, saya pi dapur panaskan susu & sementara menunggu susu nak panas tu saya tertidur
Sedar sedar je ! Bila sedar, saya tengok cawan airpanas je ada, susu dah takda. Tengok tengok jam, Ya Allah aku terlajak. Perasaan waktu ni, “saya mmg serba salah & rasa diri tkboleh harap”
Masuk je bilik, saya terus minta maaf. Bg dia masa sikit & terus dpt whatsapp “sayang minta maaf kalau terlalu emotional lately” ni. Alhamdulilah ini yg saya nak selama berkahwin, kita tak panjangkan cerita tu tp kita cepat berbaik
Harini Alhamdulilah, dia dah start senyum & nampak segar balik Kalini punya melahirkan, sangat mencabar Hampir seminggu dah anak ke 2 saya lahir & setiap hari kena ke klinik/hospital sebab baby kuning & kakak yg sulung tu demam
Apa apa pun, dia wanita. Saya dpt tahu 1 perkara, wanita selepas dia melahirkan. Mcm mcm perkara dia akan rasa “Rasa diri dh tak cantik, badan dah hancur & lain lain” Kalau bab emosi, itu mmg tak stabil
Ainaa, apa pun awak rasa. Abang nk awak tahu, sampai bila bila pun awak adalah wanita yg cantik. Bukan sweet talker ni, tp ini hakikatnya 💙
Perhatikan anak anda. Jika dia menggaru kepalanya dengan kerap dan bersungguh-sungguh eloklah anda periksa. Kalau setakat gatal kerana peluh, dia tidak akan menggaru dengan kuat. Mungkin di celahan rambutnya ada kutu. memang menyakitkan hati, entah dari mana berjangkit kutu.
Mungkin di taska ataupun di sekolah. Jangkitan kutu sangat meluas, biasanya seorang dari lima orang kanak-kanak akan dijangkiti kutu pada satu masa. Kutu tidak boleh melompat atau terbang, jadi jangkitan kutu biasanya apabila berlakunya sentuhan kepala dengan kepala. Biasanya berjangkit pada kanak-kanak kerana mereka bermain bersama atau berkongsi sikat yang sama di taska mahupun sekolah.
Kutu rambut adalah parasit yang hidup dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia. Jika anda dapati di rambut anak ada bintik-bintik gelap, itu mungkin kutu. Cubalah cabut salah satu darinya dan ketapkan pada kuku. Jika berbunyi bermakna ia telur yang belum menetas. Sekiranya ia hampas kosong, bermakna sudah ada kutu di atas kepala anak anda.
Saiz kutu yang sudah menetas adalah lebih kurang 1mm (sebesar kepala jarum peniti) manakala kutu dewasa bersaiz 3mm seperti kepala mancis. Jika dibiarkan, kutu akan menjadi matang dalam tempoh enam sehingga 14 hari. Dalam tempoh masa ini, kutu betina mampu bertelur lebih banyak di atas kepala.
Telur kutu berwarna putih kuning dan melekat pada rambut. Agak sukar untuk mencabutnya dari rambut dan telurnya boleh menetas dalam tempoh seinggu ke sepuluh hari. Kutu boleh hidup selama tiga minggu atas kepala dan seekor kutu betina mampu bertelur sehingga 56 biji telur sekaligus!
Sama ada dapatkan ubat kutu di farmasi kemudian selepas diletakkan di rambut, tutup seketika. Tidak lama selepas itu dapat dilihat kutu mati. Langkah paling cepat dan berkesan adalah dengan membotakkan kepala anak. Tapi kalau anak perempuan, kasihan pula! Ada beberapa kaedah lain untuk menghilangkan masalah kutu ini, Pa&Ma kongsikan untuk panduan bersama:
1. SIKAT KUTU
Anda boleh mendapatkan sikat khas untuk membuang kutu. Ia mudah didapati di mana-mana kedai. Giginya rapat-rapat dan apabila disisirkan pada rambut, kutu dan telurnya akan melekat pada gigi sikat.
2. GUNAKAN KUNYIT DAN DAUN SEMAMBU
Cara ini mungkin agak sukar sedikit sebab daun semambu payah untuk dicari. Campurkan kunyit dan daun semambu yang telah ditumbuk lumat dan sapukan pada celahan rambut dan kepala anak. Biarkan selama satu jam dan bolehlah dibilas dengan air bersih.
3. MINYAK ZAITUN DAN CUKA
Untuk mengatasi masalah kutu, hapuskan dahulu telurnya. Dengan mencampurkan minyak zaitun dan cuka, sapukan di atas kepala. Kemudian biarkan selama sekurang-kurangnya dua jam dan bilas seperti biasa.
4. MINYAK PATI
Banyak kegunaan minyak pati, termasuklah untuk menghapuskan serangan kutu. Campurkan lebih kurang 2 auns minyak zaitun bersama minyak pati seperti minyak daun teh, lavender, semambu, bunga cengkih, kayu manis atau peppermint (pilih salah satu jenis). Kemudian gunakan bola kapas untuk disapukan pada kulit kepala anak. Biarkan semalaman sebelum dibersihkan seperti biasa.
5. POTONG PENDEK
Rambut boleh dipotong pendek sedikit untuk anak perempuan. Lebih mudah bagi anak lelaki kerana rambut mereka boleh dicukur botak. Dengan menipiskan rambut, kutu sukar membiak dan lebih mudah untuk dihapuskan. Gunakan syampu khas untuk membunuh kutu secara konsisten sehingga ia benar-benar sudah tiada pada rambut anak anda.
Paracetamol semasa menyusukan anak secara amnya selamat diambil mengikut dos yang disyorkan. Ketahui dos yang betul, kesan kepada susu ibu dan situasi yang memerlukan perhatian khas.