Sebagai seorang isteri, tidak banyak yang kita harapkan dari suami. Cukuplah disayangi dan dihargai, itu sudah membuatkan seorang isteri bahagia. Harta dan kekayaan adalah bonus jika kita merasainya dalam perkahwinan. Yang penting kesetiaan serta kebaikan suami kepada isteri.
Seperti yang diceritakan oleh wanita ini, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang bertanggung jawab. Dalam perkahwinannya, dia bahagia kerana diberi rezeki merasai hidup bersama seorang lelaki yang baik serta keluarga mertua yang cukup menyayanginya.
Tolong share kisah saya ni ya admin. Nama saya Zurin. Seorang isteri dan mempunyai seorang anak. Seorang anak lelaki yang sempurna di mata saya dan suami. Cukuplah tentang anak, saya nak bercerita tentang suami saya. Orangnya sangat baik dan bertimbang rasa. Selalu bantu saya dengan kerja rumah.
Suami saya namanya Rizman. Dia tua lima tahun dari saya. Kami saling mengenali kerana dia berkawan dengan abang saya. Dulu waktu dia mahu mengorat saya, dia dapatkan izin Bengah saya dulu. Alhamdulillah, bila Bengah kata okay baru dia ‘masuk jarum’.
Kahwin Cara Sederhana, Keluarga Restu
Kami berkawan tak lama, lebih kurang setahun. Kemudian bertunang lima bulan sebelum bernikah. Perkahwinan kami dibuat secara sederhana. Memandangkan keluarga saya sudah lama mengenali Rizman, maka tak susah mereka mengizinkan kami mendirikan rumah tangga.
Keluarga Rizman juga menerima saya dengan baik. Kedua-dua mertua melayan saya seperti anak mereka sendiri. Tidak kekok apabila saya menyertai keluarga Rizman. Adik-beradiknya pun semua baik-baik. Saya sayang keluarga baru saya ni.
Mengandung, Suami Jaga Baik-Baik
Selepas kami berkahwin lebih kurang setahun, rezeki saya dan Rizman akhirnya disahkan mengandung. Saya pun tak sangka hamil kerana saya haid saya jenis yang selalu lewat, tidak teratur. Sebelum tahu mengandung, saya dan Rizman siap menebas semak di sekitar rumah ibunya.
Ads
Waktu saya hamil, saya tidaklah mabuk teruk. Syukur, semuanya dipermudahkan. Cuma masuk trimester ketiga kehamilan, saya mendapat kencing manis. Jadi, terpaksa berdiet supaya bacaan gula tidak tinggi.
Rizman yang menjaga diet saya. Dia pantau dengan baik. Sejak kandungan saya 7 bulan, dia tak bagi saya buat kerja berat sangat. Katanya cukuplah saya masak untuk dia sahaja. Urusan rumah tangga yang lain, biar dia saya yang uruskan. Setiap malam, dia akan urut kaki dan belakang badan saya. Jujurnya saya bahagia.
Sampai waktu, saya melahirkan anak lelaki yang comel. Memandangkan saya ada GDM, jadi bayi saya besar sikit. Alhamdulillah, saya dapat melahirkan dengan normal walaupun awalnya agak sukar.
Memandangkan kami dapat anak lelaki, Rizman minta kebenaran saya untuk namakan dia Rizqy. Saya tak kisah, asalkan nama itu ada pengertian yang baik. Lagipun baby Rizqy pun anak dia juga. Memandangkan tiada apa-apa masalah, saya dan anak dibenarkan pulang pada keesokkan harinya.
Ads
Berpantang Dengan Kedua-Dua Ibu
Selepas 3 hari berpantang sendiri di rumah kami, akhirnya Rizman bawa saya pulang ke kampung. Rizman kata sekurang-kurangnya biar saya diurut dahulu. Dah segar sikit badan, baru balik ke kampung. Ya, saya setuju.
Mula-mula Rizman hantar saya berpantang di rumah ibu saya. Seronoklah dapat balik ke kampung. Ibu dan abah saya dah sediakan keperluan berpantang untuk saya. Segala herba untuk dibuat mandi dan makan ketika dalam pantang semuanya dah disediakan. Rasa macam permaisuri pun ada.
Selepas dua minggu berpantang di rumah ibu, saya sudah semakin sihat. Badan pun dah makin segar. Tibalah giliran untuk saya berpantang di rumah mertua pula. Supaya saya tidak kekok, Rizman ambil cuti untuk temankan saya. Sebenarnya saya segan juga, tapi mujurlah Rizman ada.
Berpantang di rumah mertua pun seronok juga. Dimanjakan emak dan ayah. Dah sihat pun dia masih layan macam saya baru keluar hospital. Masakkan lauk pantang yang sedap-sedap untuk saya.
Memandangkan Rizqy menyusu badan, emak jerangkan air longan kering dan kurma merah untuk saya. Mungkin disebabkan saya dijaga dengan baik, Alhamdulillah saya cepat sembuh.
Ads
Tolong Jaga Anak, Tidak Berkira
Bila kami dah balik ke rumah sendiri, Rizman banyak membantu saya. Walaupun saya sudah sembuh, tapi dia masih tak benarkan saya untuk buat kerja-kerja berat. Apa sahaja yang dia boleh bantu, dia akan tolong untuk mudahkan urusan saya.
Saya tidak bekerja tapi ada buat bisnes online. Saya jual baju-baju preloved, Alhamdulillah rezeki murah. Banyak yang percaya dengan saya dan bisnes ni dapat buat untung. Biasalah bisnes online tak boleh malas, kena rajin update. Jadi, suamilah yang banyak tolong jagakan Rizqy waktu saya ‘bekerja’.
Kerja rumah pun banyak yang dia bantu. Sejujurnya saya beruntung dapat suami sebaik Rizman. Saya sayangkan dia. Semoga saya dapat menjadi isteri terbaik untuk dia juga.
Tujuan saya berkongsi cerita ini bukan untuk membangga diri. Jauh sekali riak kerana dikurniakan suami yang baik. Saya cuma mahu berkongsi rasa syukur dan mengharapkan doa yang baik-baik dari anda semua.
Inilah pinjaman Allah SWT yang terbesar buat saya. Pinjaman untuk merasa bahagia dengan suami dan keluarga mertua yang baik-baik. Inilah doa saya sejak dulu lagi, sebelum dipertemukan dengan suami saya.
Sebagai isteri tiada apa yang kita inginkan dari suami, cuma kesetiaan dan timbang rasa dari mereka kan? Kita dah cukup bahagia jika dikurniakan suami yang menyayangi kita seadanya. Saya doakan supaya kita sama-sama memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.
Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, boleh klik di KONGSI CERITA.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali lagi, anak pelakon, Rita Rudaini berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan meraih Anugerah Pengetua.
Muat naik di Instagram milik pelakon itu berkongsi kegembiraan kejayaan anaknya telah meraih perhatian wargamaya.
Foto berkenaan memaparkan keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) 3.842 yang diraih Ryan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Menerusi kapsyennya pelakon Mami Jarum Junior itu meluahkan rasa syukur dengan kejayaan anaknya.
“Alhamdulillah…Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini ni.”
Terima kasih HR ryan mami ustazah @norfaiza8 wakil kan untuk Ryan
“…flyhigh Ryan…”
NETIZEN KAGUM KECEMERLANGAN ANAK
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata- rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada anak pelakon itu yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.
“Hebat ibunya tahniah rayyan
“Congrats ryan! Fly high. Kejar 4 flat
“berkat doa ibu.. semoga berjaya dunia akhirat rayyan
Terdahulu, pada tahun lepas, Ryan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.
Kecemerlangan anak sulung Rita Rudaini bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi bidang sukan.
Sebagaimana baru-baru ini, Rayyan meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.
Lebih manis lagi Rayyan dalam proses untuk bergelar Huffaz al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Biarpun sudah punya anak, namun siapapun pastinya akan bersedih bila diberitahu bayi yang dikandungkan tidak menjadi. Keguguran pada usia kandungan baru mencecah 5 minggu turut membuatkan instafamous, Aasyalliee bersedih. Namun siapa yang dapat menghalang bila Allah mahukan ianya terjadi.
Janin yang dianggap sudah tiada itu rupanya masih bersama ibunya. Menerusi instagram, Aasyalliee berkongsi kisahnya kehilangan janin yang dikandungnya pada Rabu lalu. Biarpun bersedih namun Aasya menganggap rezekinya untuk memperolehi anak ketiga masih belum sampai. Malah dia juga bermimpi akan kehilangan bayinya ini.
Keajaiban Allah
Namun Allah mempunyai caturannya yang tersendiri buat kita. Satu keajaiban bila mana janin yang dikandung rupanya berada dengan baik.
“Syukur Allah, anak mummy masih ada,” begitu kongsi Aasyallie menerusi instagrammya. Satu kelegaan dan kegembiraan yang tak mampu diucap.
Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata “Jadilah” maka jadilah sesuatu itu. Mahasuci Allah yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kami dikembalikan. – Yaasin 82:83
Suatu keajaiban telah berlaku pada kami, Allahuakbar. Selama 3 hari berturut-turut check kandungan memang semua -ve sahaja, check ultrasound dalam rahim memang tak ada kantung tapi yang ada hanya fluid banyak di belakang rahim.
Check darah yang pertama untuk HCG naik sikit je, then cuba buat check melalui bawah memang kosong juga rahim dan fluid makin bertambah banyak. Dan semua orang syak janin luar rahim. So proceed untuk operate takut jadi apa apa kalau pecah nanti.
Kelmarin pukul 3pm asya dah start operate dan memang tak sedar la, before that memang takut sangat-sangat sebab first time nak kena operate. Pukul 5 dah habis asya dah sedarkan diri. Semua orang senyap dulu then baru bagitahu asya apa yang berlaku.
Doktor cakap semalam dia masuk camera melalui pusat fluid memang banyak dan dah remove tapi janin tak ada! Doktor check rahim dan tube asya semua sihat sahaja tak ada bocor pun. Dan doktor cakap asya pregnant masih awal.
Kami semua tak dapat nak tahu tarikh kandungan oleh kerana asya tak datang period sejak pasang implan. Asya tak ada last period terus pregnant. Dan doktor ambil lagi darah untuk ujian kedua HCG.
Tengahari ni dapat result dan alhamdullilah naik double Dari 1000 terus ke 2449 syukur ya Allah anak mommy masih ada. Lagi 2 minggu inshaAllah datang check-up lagi untuk tahu usia kandungan.
Asya nak ucap terima kasih banyak-banyak untuk followers Asya yang tak berhenti support dan doa kan asya. Allahuakbar.
Tahniah diucapkan pada Aasyallie dan suami, semoga bayi di dalam kandungan semakin baik dan dipermudahkan sepanjang kehamilan nanti.
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Kepayahan hidup di zaman harga barang yang naik mendadak membuatkan seorang ibu terasa cukup terbeban untuk membesarkan tiga anaknya.
Seorang ibu di Kampung Seri Wangi, Simpang Lawin terpaksa memberikan empat anaknya makan nasi kosong untuk mengalas perut tatkala dia dan suami yang bekerja sebagai tukang kebun sekolah kehabisan wang.
Halimatul Saadiah, 30, berkata, kehidupan mereka sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami sebanyak RM1,500 sebulan.
Malah katanya, wang itu juga digunakan untuk kos perubatan anak bongsu berusia dua tahun yang mengalami masalah penglihatan.
“Kesempitan duit memberi kesan kepada anak-anak kerana kerap makan nasi putih kosong untuk mengisi perut.
“Lebih menyedihkan dua anak berumur tujuh dan sembilan tahun kadangkala berkongsi makanan yang diperoleh dari Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah kerana hanya salah seorang mendapat bantuan tersebut.
“Kalau adik terlalu lapar, abang biarkan dia makan. Abang akan makan bila pulang ke rumah,” katanya berkongsi.
Halimatul berkata, dia pernah meminta bantuan beras kerana anaknya kelaparan akibat kehabisan wang di sebuah agensi kerajaan.
“Waktu itu saya sangat terdesak. Sebelum itu, kami telah menjual kereta yang merupakan satu-satunya pengangkutan untuk menanggung kos rawatan anak.
“Kami hanya mahu memohon beras, bukan wang ringgit,” ujarnya.
Saadiah berkata, dia sentiasa berusaha menambahkan pendapatan keluarga dengan bekerja secara sambilan di kedai runcit setelah suaminya pulang dan mengambil giliran menjaga anak-anaknya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.