Sepanjang tempoh PKP, kita diarahkan untuk duduk di rumah dan hanya keluar jika ada keperluan penting sahaja. Jika mahu mendapatkan barang dapur dan sebagainya, hanya ketua keluarga yang dibenarkan untuk keluar rumah. Ada sesetengah anak yang mengambi langkah berjaga-jaga dengan membawa ibu ayah untuk tinggal bersama ketika tempoh ini.

Sudah menjadi tanggung jawab anak untuk menjaga ibu ayah, tetapi jangan sehingga mengabaikan perasaan keluarga sendiri. Seperti yang diceritakan isteri ini, suami membawa ibu ayahnya untuk tinggal bersama sepanjang tempoh PKP ini. Malangnya, ia menjadi punca mereka suami isteri kerap bergaduh. Ikuti pengakuannya ini.

Pengakuan Lain: [“Ibu Tak Sayang, Asyik Pukul Kita.” Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas]

Salam semua. Di musim Covid-19 ni benar2 menguji para suami isteri yg terperuk kuarantin di rumah. Makin senang gaduh, makin senang cari pasal. Al kisah suami saya entah kenapa dia boleh angkut mak ayah nya dari kampung datang ke KL. Di awalan perancangan katanya saya dah beritahu, jgn di bawa orang tua dtg ke sini. Elok2 dah duduk kampung, awak bawak ke sini kang kene Covid-19 menyesal tak guna. Tapi nasihat tak endahkan.

Nak WFH, Tapi Semua Kerja Terbantut

Kesudahannya saya stuck dgn mak ayah dia seminggu di rumah kami sendiri apabila RMO dikuatkuasakan. Dah macam ada RMO dalam rumah sendiri. Saya sepatutnya work from home jdi terbantut apabila mertua saya langsung tidak membantu. Ingatkan boleh la tolong tgk anak bila suami on call, eh tidak. Anak menangis pon saya yang handle.

IKLAN

Di dapur pon lgsg tidak menolong. Handphone melekat di tangan masing2. Tgk apa xtahulah. Org tua main fb, aduhaiii buruk benar perangai. Kalau tak main hp, tgk netflix takpon tidur. Maklumlah wifi free. Remote tv mcm dah jadi milik mereka sampaikan anak2 saya nak tgk kartun kegemaran pon tak merasa. Sedihnya rasa mcm org asing dalam rumah sendiri.

Makan Tak Ingat ‘Belakang’, Semuanya Dihabiskan

Bila saya dah siap masak, berpeluh2 hidang lajuuu masing2 meluru ke meja makan. Siap tanya, eh hidangan ni dah dibuat 3 hari lepas. Allahu dalam hati saya, dah lauk tu je yang ada dalam peti. Sy masak utk satu hari terus yakni makan tghari sekalilah makan malam. Means hidangan tu banyak jadi pandai2 la berjimat utk makan malam skli. Sudahlah tidak membantu di dapur, pinggan mangkuk pon saya yang basuh, lauk mkn malam pulak dihabiskan. Saya nak suap anak makan malam terkejut tgk takde lgsg lauk ditinggalkan.

Org mgkin boleh cakap, apa susah masak aje la lauk lain. Yaaaa, mmg boleh masak. Tapi takkanlah saya nak menggoreng lauk lain di waktu jam 8mlm tu. Masa tulah nak kupas sayur ikan ayam pulak ke? Kecewanya saya rasa. Saya sendiri pon tak dapat nak makan malam sebab kehabisan lauk. Suami mana tanya, saya dah makan ke belum. Yang dia pasti mak ayahnya ada sekali makan di meja bersamanya.

Pengakuan Lain: [“Isteriku Cukup Sempurna.” Lepas 10 Tahun Masih Tak Ada Anak, Suami Tolak Kahwin Lain]

IKLAN
Suami Buat Tak Faham, Abaikan Perasaan Saya

Suami pulak seolah2 macam buat bodoh lgsg tak fikir perasaan penat lelah sy di dapur di rumah di bilik. Mak ayah dia bukanlah tua mana. Sy masih menghormati mereka. Tapi kalau dah cawan minuman manis sendiri bersepah depan tv, dalam bilik, atas meja makan, saya naik fedup. Nak dibiarkan nanti kang anak2 pulak terpecahkan cawan. Keropok makan bersepah atas karpet sekadar dipandang je. Allahuuu bila nak tamat Covid19 ni. Saya letih.

Saya jadi tak ikhlas dalam membuat semua benda. Baju2 mereka semua saya basuh dan sidaikan. Saya dah seperti bibik baru dalam rumah sendiri. Saya keletihan sehingga saya tak mampu nak ukirkan senyuman. Sehinggakan suami saya marahkan saya disebabkan muka ketat saya too obvious mcm tak sukakan mak ayahnya. Mmg tak pandai saya nak menipu riak wajah ni. Kalau saya tak suka, baik saya masak lauk utk diri sendiri dan anak2 saja.

Suami Maki  Dalam Whatsapp, Tak Benarkan Saya Jumpa Mak Ayah Saya Lepas Ni

Suami siap maki sy dalam whatsapp. Siap larang lepas ni saya tak dibenarkan lagi berjumpa mak ayah saya sendiri. Diugutnya saya dilarang ke rumah parents sendiri atas sikap dingin saya. Memang tak boleh ke mana2 pon saya ni, ada kawalan pergerakan kan? Makanya saya cuma buat video call sajalah dgn parent sendiri buat lepas rindu. Suami sy mgkin nampak bagus di mata parents dan adik beradik dia tapi bukan dgn isteri dan anak2 nya.

IKLAN

Hanya saya yang tahu baik buruk suami. Mak mertua saya sanjung tinggi suami. Kononnya sanggup ambil mereka dari kampung di musim2 covid ni. Tapi isteri dan anak2 ibarat lantak kau situ. Yang penting mak ayah aku ade depan mata utk aku tgk. Habis saya yg masih ada parents dia halang pulak.

Kenapa wujud suami macam ni dalam dunia? Ya dia anak yang bagus, tapi dia bukan suami dan ayah yang baik utk saya dan anak2. Ya allah pulihkan lah Covid19. Aku terlalu penat ya allah 😭 Maaf atas tulisan yang agak panjang tapi inilah luahan hati saya.

Sekiranya anda ada cerita atau pengalaman yang mahu dikongsikan bersama PA&Ma, sila klik KONGSI CERITA.

Pengakuan ini diambil dari KISAH RUMAH TANGGA.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI