Syukur Kelahiran Kali Ini Lebih Mudah, Zizie Izette Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Share

Datin Zizie Izette selamat bersalin anak keduanya. Katanya pengalaman melahirkan  kali ini lebih mudah.

Dalam satu entri terkini di Instagramnya, Zizie berkongsi berita kegembiraan itu dan rasa syukurnya atas kelahiran bayi perempuannya seberat 3.32kg pada tengah hari tadi.

Bayi dalam keadaan sihat dan Zizie mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

My baby girl has finally arrived today, Friday at 12:06pm. She’s a healthy baby weighing 3.32kg.
 
“Thank god, it’s a lot easier than what I hv experienced before. Alhamdulillah, thank u everyone for your doa.

Dalam aplikasi Insta Story, turut dimuatkan sekeping foto saat di dalam bilik pembedahan  di mana Datuk Bung Mokhtar mendukung bayi mereka.

Zizie sebelum ini mempunyai anak kembar Aadam Zac Izette & Aaleph Zeke Izette, 1 tahun dan dua anak angkatnya Naila Nurjenna, 4 tahun dan Aaric Zayn Izette, 2 tahun.

Instagram Zizie dihujani ucapan tahniah, ucapan kesyukuran dan doa daripada rakan artis dan para peminat atas kelahiran bayi perempuannya.

Sumber: Instagram @zizieizette

IKLAN