“Syukur, Tak Sukar Menjaganya” Usia Hampir 2 Bulan, Madammu Kongsi Nama Baby A!

Share

Selepas Baby A berusia hampir dua bulan, akhirnya pengasas produk kosmetik, Eriyca Baiduri atau Madammu tampil berkongsi nama buah hati kesayangannya di media sosial.

Menerusi Instagramnya, Madammu yang menjalani rawatan In vitro fertilization (IVF) untuk hamil tampil mendedahkan nama putera sulungnya iaitu Ahmad Kayden.

“Assalamualaikum Aunty Semua! Nama saya Ahmad Kayden!

“Terima kasih kerana mengikuti Journey IVF mummy dari awal sehingga ke hari ini. I Love u alls,” tulisnya berkongsi.

Malah menerusi perkongsian di Mstar, kongsi Madammu, nama cantik itu dipilih kerana mempunyai maksud yang baik.

“Kami memilih nama Ahmad Kayden kerana membawa maksud kekuatan. Nama tersebut diambil daripada bahasa Arab yang telah dikomersilkan.

“Kalau ikutkan ejaan sebenar Kaydin tetapi kebanyakan individu menggunakan nama yang sudah dikomersilkan seperti Caden, Kaden atau Kayden,” jelasnya berkongsi.

Kongsi Madammu lagi, pada awalnya nama Johan menjadi pilihan suaminya, namun selepas beberapa perbincangan akhirnya mereka sepakat memilih nama Ahmad Kayden.

Tambah Madammu lagi, dia akan mendedahkan wajah Baby Kayden apabila tiba masa yang sesuai.

“Sekarang Kayden masih kecil lagi. Muka pun berubah-ubah. Tunggulah bila dah besar sikit nanti, tiga atau empat bulan baru kami akan dedahkan wajahnya.

“Saya bersyukur Kayden seorang bayi yang baik dan tidak sukar menjaganya. Alhamdulillah Kayden dalam keadaan yang sihat dan berat pun dah mencecah 5kg,” kongsinya lagi.

 

Terdahulu, Madammu yang menjalani rawatan IVF selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 9 Jun lalu.

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN