Syukur dan terharu. Itulah perasaan yang diluahkan oleh pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan, apabila selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada hari Ahad, 13 Julai 2025, jam 10.46 pagi. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Nelysa menerusi laman Instagramnya yang nyata mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada para pengikut serta rakan selebriti.
Dalam nada penuh kesyukuran, wanita berusia 27 tahun ini merakamkan penghargaan kepada semua yang tidak putus-putus menitipkan doa buat dirinya sepanjang kehamilan.
“Alhamdulillah, Nely selamat melahirkan anak lelaki kami yang kedua. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Nely,” tulisnya ringkas namun penuh makna.
Menyentuh Hati, Titip Doa Buat Wanita TTC
Apa yang lebih menyentuh hati ramai ialah apabila Nelysa turut mengambil kesempatan dalam hantaran tersebut untuk menitipkan kata-kata semangat buat wanita TTC iaitu golongan wanita yang sedang berusaha dan berjuang untuk mendapatkan zuriat.
Ads
“Kepada para Trying To Conceive (TTC), kami semua mendoakan kalian. Semoga satu hari nanti ahli keluargaku, sahabat dan followers yang belum merasa menjadi seorang ibu bakal merasai momen ini juga. Amin Ya Rabbal Alamin,” titipnya tulus.
Kata-kata itu jelas datang dari hati dan bukan sekadar ucapan biasa. Ia mencerminkan betapa dirinya tidak pernah melupakan wanita lain yang sedang melalui ujian menanti kehadiran si kecil dalam hidup mereka.
Ads
Dibanjiri ucapan tahniah
Kehadiran si comel lelaki sebagai anak kedua dalam rumah tangga yang dibina bersama suami tercinta, Muhammad Multazam Nasir sejak November 2022 ini pastinya menjadi pelengkap kebahagiaan buat pasangan muda ini. Untuk rekod, mereka kini dikurniakan dua cahaya mata lelaki – satu anugerah besar yang dikurniakan dalam usia yang masih muda.
Netizen di ruangan komen turut membanjiri hantaran Nelysa dengan ucapan tahniah dan doa agar bayi yang baru lahir ini membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan penyejuk hati kedua ibu bapanya.
Ads
Buat semua wanita TTC yang sedang membaca, percayalah bahawa setiap takdir Allah datang tepat pada waktunya. Teruskan berdoa, teruskan usaha, dan peluklah harapan dengan penuh kasih. Kamu kuat, kamu hebat. 💖
Tahniah Nelysa Norazlan dan suami! Selamat menempuh fasa baharu dalam membesarkan dua hero kecil yang pastinya menceriakan hari-hari kalian.
Sumber: IG Nelysa Norazlan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berpantang tanpa anak bukanlah sesuatu yang mudah setelah mengharunginya dalam tempoh 9 bulan bersama bayi dalam rahim. Emosi ibu perlu kuat dan sokongan ahli keluarga penting untuk kembalikan semula kekuatan ibu yang masih bersedih.
Seperti kisah Puan Yantee Ikhsan, kehilangan bayi sewaktu nak melahirkannya benar-benar sedih walaupun hati ini dah reda dengan ketentuan Allah.
Jarak 6 tahun dengan anak ketiga
Baru ada kekuatan untuk mencoret kisah pemergian anak syurga selepas pemergiannya baru-baru ini. Saya melahirkan anak yang ke-4 ini pada 02122020 jam 0220am di Hospital Teluk Intan, Perak.
Saat itu memang terlalu sakit untuk melahirkan. Maklumlah sudah 6 tahun jarak baby dengan kakaknya. Pelbagai perasaan semua ada pada waktu. Tanda pun sudah keluar, tiba saja ke dewan bersalin terus cek bukaan dan sudah 6cm bukaannya.
Dah tiada denyutan jantung
Ketika itu juga, jururawat dan doktor memeriksa denyutan jantung bayi, bacaan jantungnya sangat lemah. Doktor suruh tukar ke scan, pindah katil sebelah. Doktor yang bertugas waktu itu terus menghubungi doktor pakar.
Dalam hati ini apakah yang bakal terjadi. Mulut saya tak henti-henti berzikir untuk tenangkan diri sendiri. Masa itu datang doktor pakar dan mereka terus scan untuk mengetahui keadaan bayi dalam kandungan.
Pada masa itu juga, terdengar doktor beritahu heart burn! Dalam hati ini tak berhenti zikir dan berdoa agar ibu dan bayi selamat. Tambah lagi dengan sakit kontraksi dan dengar doktor cakap bayi tiada denyutan lagi. Memang serba tak kena. Allah saja yang tahu perasaan aku waktu itu.
Segera untuk lakukan pembedahan
Doktor panggil suami dan berbincang untuk buat pembedahan segera. Suami pun setuju. Tempoh itu juga, bacaan darah terus tidak stabil, 190/110 dan turun naik tingginya. Doktor beri borang dan saya terus sign, kemudian ditolak ke dewan operate jam 0130am.
Epidural sebanyak 7x barulah rasa kebas dan terus tidak sedarkan diri. Saya rasa lama sangat czer kali ni, tepat jam 0220am lahir seorang bayi lelaki tanpa sebarang tangisan. Jururawat tepuk bahuku supaya terjaga dan dukung bayiku. Dalam keadaan masih lemah, ku lihat putih gebu, tembamnya dia. Saya katakan baby boy, dan jururawat minta izin bawa bayiku kepada ayahnya.
Bayi lahir seberat 6 kilogram
Betul-betul selesai dalam dewan bedah dalam jam 0530am. Saya diletakkan dalam bilik CCU labour room 24jam untuk pemantauan rapi. Pagi itu dalam 10 orang doktor datang, salah seorang bertanya, “Puan, tau ke berat baby berapa?. Aku menjawab “tak tahu doktor”. Dia beritahu bahawa bayi yang dilahirkan adalah seberat 6kg dan untuk pertama kalinya di hospital ini terima bayi 6kg.
Terkejut juga mendengarnya kerana 2 minggu sebelum itu semasa scan, anggaran berat baby dalam 2.57kg. Cepatnya kau membesar wahai anak. Dalam jam 12.30 tengah hari suami datang untuk menyerahkan barang keperluan. Masa itulah suami beritahu anak telah selamat dikebumikan di sebelah pusara datuknya. Syukur dipermudahkan urusanmu wahai wildan firdausi ibu ayah.
“Bergembiralah di sana sayang”
Selama 5 hari berada dalam wad, para doktor dan jururawat baik-baik dan sentiasa beri nasihat dan semangat untuk saya kuat hadapi dugaan ini. Berpantang tanpa anak sangat-sangat berlainan. Suami cakap pantang norma baru. Dia pujuk supaya tidak bersedih, tetapi hakikatnya dia pun sedih kerana ini adalah yang terakhir di atas permintaannya, kerana faktor umur dan kesihatan.
Tetapi apakan daya, Allah merancang semuanya, semoga ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Genap 86 hari pemergianmu, ibu baru ada kekuatan untuk ziarah pusaramu. Akan tetapi untuk membelek-belek bajumu ibu belum betul-betul kuat. Ayah simpan rapi peralatanmu dengan kemas. Al-fatihah buat wildan firdausi ibu ayah, Muhammad Syamil Hazwan Bin Mohd Jamil.
**Mahu dapatkan barangan keperluan anak pada harga istimewa, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati ibu mana yang tidak sedih jika bayi dalam kandungan disahkan meninggal dunia? Penat lelah membawanya dan tiba-tiba diberitahu si kecil itu sudah ‘tiada’. Ia kenyataan yang menyakitkan tetapi harus juga diterima dengan reda. Sesungguhnya ia satu ujian yang sangat berat.
Begitulah yang dialami oleh Rohayu Meslan apabila kandungannya yang mencecah usia 27 minggu, 6 hari dan tiba-tiba tiada pergerakan bayi yang dirasakannya. Menurut ibu ini, kali terakhir pergerakan bayinya sangat kuat sebelum tiba-tiba tiada pergerakan lain dirasainya selepas itu.
Sebak baca perkongsian ibu ini.
“Sebak, Tapi Nama Adik Akan Sentiasa Disebut Dalam Doa Mama Ayah…”
Day 44..end of confinement
Hari ini setel pegi check up hospital & buat sijil kematian untuk anak mama..x pernah sangka mama akan simpan sijil ni..sayu je tengok..nama adik xde dlm ni sbb adik da x bernyawa dr dlm kandungan lg..org jpn ckp klw lahir hidup lepas tu meninggal baru dftar nama..xpe la..nama adik akn sntiasa dlm ingatan mama untuk disebut dlm doa mama ayah❤️
Hari ni baru rase ade sedikit kekuatan nak share pengalaman melahirkan anak syurga mama..mama share supaya boleh dijadikan pengajaran untuk semua terutama ibu2 yg sdg tggu hari untuk melahirkan..post yg agak panjang.
Tak Rasa Baby Gerak, Pergi Check Di Hospital
1 Mei 2020
Kandungan da mencecah 27w6d..baby gerak ok normal mcm selalu…terasa last pergerakan dia sgt kuat..lpas tu terus xde gerakan..decide pegi pac HTAR
Nurse pakai doppler ntok cari heart beat baby..lame..tp x dapat2..hati da rase x sedap sbb mmg x rase lgsg baby gerak..tggu utk scan byk doa just harap baby ok cume kurg gerak..
Masok bilik scan ade sorg doktor scan…dia diam je x ckp ape..lame jgk dia scan..lastly dia ckp tggu kjp dia pggil doc pakar..mmg aty kuat ckp ade something yg x kene..tanye nurse tp nurse ckp tggu doc nnty dia akn explain..air mata da start bertakung..nurse tu tenangkan..soh tarik nafas semua..
X lame lps tu doc pakar dtg repeat scan then dia ckp slow je dgn doc lg sorg..x lame kemudian baru dia ckp ape yg jadi..dia x dpt jmpe heart beat baby..dia sahkan baby IUD (intrauterine death)..time tu mmg x taw nk ckp ape..hanya boleh nangis je..Allah.
Rase mcm separuh nyawa mama da pergi..kosong..padahal 4 hari sebelum tu baru scan kat htar jgk sbb mama mmg ade appmnt dgn pakar..baby ok je baik2..mmg aktif..doc ckp xde pape mslh juz ckp uri mcm ke bwh ckt tp still ok sbb x tutup jln pon..
Lps tu doc panggil husband then bgtaw ape yg jd..suami pun terkejut & sedih dgn ape yg jadi..sebelum ni kita dgr pgalaman org baby mninggal dlm perut..x sgka bnda ni jd kat diri sndiri..mmg rase x kuat..bygkn lg bbrapa bln nk smbut org baru..da rase prgerakan baby kuat dlm perut tetbe da xde..pada Allah je tmpt kite bergantung..Allah.
Then doc soh balik dulu dia bg mase 2 mggu ntok baby klua scara natural..klw x kluar jgk akn induced ntok bersalin.
Pergi Hospital Untuk Bersalin
12 May 2020
29w4d..after almost 2 weeks..hari ni tarikh kene serah diri sbb mmg xde tanda nk bersalin..mmg mama da ready..sakit pon xpe sbb mama da x snggup nak bia adik lame2 dlm perut..mama nk mudahkan jalan adik ke sana..mama x sanggup nak bwk perut besar tp baby mama da x ada nyawa😭
Sebelum masuk ubat (prostin) doc ade scan & bgtaw baby breech dlm kndungan..dia tanye nk teruskn jgk ke ntok induce..tp mama ayah mmg da buat keputusan x nak lengah2 lg..mama sanggup ambik risiko..lagipun adik kcik lg doc estimated berat dlm skilo..in shaa Allah bole klua walaupun breech..tp dlm mase sama mama takut jgk..byk kn doa..mintak org doakan..takut sgt2.
Syukur, Masuk Ubat Ke-2 Rasa Nak Bersalin
13 May 2020
Pagi dlm pukul 5.40 a.m doc kejut ckp nk masuk ubat..doc explain klw induce ubat (prostin) ni 1 cycle 3x je bole masuk ubat..da msuk yg pertama kne tggu 6 jam ntok cek jln & masuk ubat kedua..then ubat ketiga 24 jam dr ubat pertama..klw da 3x masuk x berjaya bersalin doc akn stop dulu then akn bg tarikh ntok next cycle..
Alhamdulillah berkat doa org sekeliling Allah mudahkan semua nya buat mama..masuk ubat kedua pukul 12.30 p.m ptg dlm pukul 6.30 cek jln baru bkk 2 cm..mama ingat lame lg la nk bersalin sbb mase kakak eyhan dulu da 4 cm pun amik mase lame jgk sblom bkk full..
Tp lps mgrb tu sakit makin kuat smpai da pgg je besi katil..dlm kol 10 p.m da x tahan sgt mama bgtaw nurse then nurse cek da 9 cm..Allah..mama takut tapi mama da ready..adik nak kluar kan syg..nak jumpe mama..terus kene tolak ke labour room..
Adik Buat Suprise, Scan Perempuan. Keluar Lelaki, Rambut Lebat
14 May 2020
Pukul 12.04 a.m mama selamat lahirkan wildan syurga mama..tapi mmg berbeza kali ni..tiada tangisan yg mama dgr..air mata mama je yg laju turun..adik kluar punggung dulu doc ckp..doc ckp mama kuat sbb bole lahirkan adik dlm keadaan breech & intact (tiada koyakan @ luka)..mama kuat untuk adik syg..
Terbelit Tali Pusat
Doc ckp lg adik terbelit tali pusat 2 lilitan kuat then doc ckp tu sbb nye adk pergi..tp doc ade ambik sample uri ntok taw klw ade mslh lain jgk..sbb mama ade gdm & hb low (thalasemia carrier) time prgnant.
Doc letak adik kat dada mama..moment yg sama mcm mama lahirkan kakak tp perasaan yg berbeza..comel anak mama..rambut lebat sgt..yg paling mama ayah x sangka adik bole buat surprise..mase scan doc ckp baby girl tp yg klua baby boy..mama da dpt sepasang zuriat..trima kasih Allah
Pagi tu mama da slamat masuk wad balik untuk doc pantau..ayah tolong uruskan pengebumian adik..mama ayah da bincg nk kebumi adik kt kg mama sbb dkt dgn rumah atok nenek..stiap kali balik kg bole mama ayah melawat adik..mmg sedih x dpt uruskan adik sbb mama kene stay hospital..ayah ckp jgn sdey2 sbb kite da ade ank syurga..ape yg jd mesti ade hikmah..mama kuat sbb ade org2 sekeliling yg slalu bg nasihat & semangat..
Terima kasih adik sbb jd penghuni dlm rahim mama selama 7 bln..adik tetap dlm hati mama ayah walaupun kita x dpt hidup bersama..sampai bile2 pon mama akn ingat adik..untuk ibu2 yg sedang menunggu hari ntok bersalin alert la tntg pergerakan baby..mcm kes baby ammar ni walau kandungan baru 27w6d lagi 1 hari je nk genap 28 w ntok kira gerakan baby tp Allah lebih sygkan adik..sbb tu jgn perlekehkan klw ibu2 yg mengandung bwh 28w ckp baby x gerak or kurang gerak..ckp baby kecik lg sbb tu x rase..tp naluri ibu tu selalu nye betul..baby kt dlm kite x nampak..banyak kan doa..in shaa Allah smua akn baik2 sahaja
Mama ayah & kakak eyhan da redha adik pergi dulu..nanty kite kumpul same2 kat sana ye..syg adik ammar sgt2🥰
Alfatihah (dibaca) untuk anak mama Muammar bin Muhammad Muzzamer.
Ujian sebegini memang berat untuk kita lalui, tapi ada hikmah di sebaliknya. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Rohayu sekeluarga. Semoga mereka terus tabah dan kuat. Untuk para ibu yang sedang menunggu hari, peka dengan pergerakan bayi anda. Sekiranya ada rasa yang tidak kena, segeralah ke hospital. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat adik Muammar bin Muhammad Muzzamer.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki anak semuanya ketentuan ilahi. Sama ada kita bersedia atau tak, jika sampai masanya, terimalah dengan hati terbuka. Cuma perancangan juga penting untuk pastikan tidak timbul masalah lain di kemudian hari.
Zaman sekarang, kebanyakan pasangan lebih utamakan kualiti kerana cabarannya lebih besar. Namun andai kata takdir Allah mengatasi segalanya, percayalah itu adalah yang terbaik.
Seperti perkongsian ibu ini, Ana Haziqah melalui KIMM kehadiran anak keduanya itu tak disangka kerana waktu itu sedang berkira-kira untuk mengambil perancang.
Waktu awal tahu diri mengandung, seolah rasa tak bersedia, tetapi janji Allah anak ini juga yang memudahkan ibunya sehingga tak sempat bersalin di hospital. Walaupun bersalin di rumah, semuanya selamat dan cukup mudah sekali.
Bismillah. Assalamualaikum semua..saya la yang tak sabar nak keluar kat rumah tu.
(Terbersalin kat rumah). Alhamdullilah dah dua bulan. Kejap je masa berlalu.
Rasa down mengandung rapat-rapat
Mula-mula macam down sangat bila dapat tahu mengandung rapat. Sorok-sorok je dari orang. Masa baru nak pasang IUD, dah naik dua line.
Kepala dah kosong, sibuk cari gaduh dengan husband. Sibuk fikir tak mampu (minta dijauh kan ya rakan-rakan semua).
Saya meniaga online sepenuh masa. Suami pula berkebun. Dengan PKP lagi. Sampai satu tahap tu ada fikir bukan-bukan. Nauzubillah.
Lama-lama bila fikir balik, saya yang tak yakin dengan Allah ke? Call mak nangis-nangis sebab tak rasa ready. Mak cakap tak apa kak, awak dengan adik laki awak pun rapat. Lepas ni terus pakai perancang. Tak apa. Nanti ada kawan. Anak tak sunyi. Susah awal-awal je.
Sangat mudah mengandung kali ni
Alhamdullilah, Allah Maha Baik, Dia permudahkan semuanya. Cukup semuanya. Masa pregnant si adik ni, tak mabuk langsung. Tq sayang.
Lahir pula dekat rumah, suami yang sambut (terbersalin ya), lepas tu terus pergi hospital.
Dan Alhamdullilah semua cukup. Dan sekarang saya terus inject depo. Minta kawan-kawan doakan depo/implan ni sesuai untuk saya ya.
Bagi yang tak yakin nak rancang sendiri, just follow doctor’s recommendations. Anak-anak happy kalau ibu happy.
Ni girl tau. Alhamdullilah saya ada dua girl. By the way, anak semua sama sahaja.. Dua-dua girl ke, dua-dua boy ke, semua bawa rezeki, semua tu amanah. Jangan down kalau tak dapat sepasang lelaki perempuan. Jangan bandingkan. Syukuri apa yang ada dan InsyaAllah happiness will be with us.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Paksa bersalin dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses kelahiran apabila ibu masih belum mengalami kontraksi selepas cukup bulan. Ketahui 4 kaedah induce yang biasa dilakukan di hospital serta tip penting untuk ibu hamil.