Masalah baby kuning adalah isu yang sering dialami bayi baru lahir. Namun apabila bacaan kuning baby mencapai tahap tertentu, ia berisiko mendatangkan bahaya kepada kesihatan si manja.

Tahap Bacaan JAUNDIS Bayi Ini Tanda Bahaya, Ibu Jangan Terleka!

Memahami keadaan baby kuning

Masalah jaundis atau demam kuning adalah keadaan yang boleh dialami bayi selepas 2-3 hari dilahirkan.

Apabila baby kuning, ia akan menyebabkan kulit atau mata putih mereka menjadi kekuningan. Umumnya, ia berlaku disebabkan peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi yang baru dilahirkan.

Masalah demam kuning bayi lebih mudah dikesan dalam cahaya semula jadi dan agak sukar dikenal pasti pada si manja yang berkulit gelap.

Punca bayi mengalami jaundis

Semua bayi yang baru dilahirkan boleh mengalami demam kuning ini.

Namun dalam beberapa keadaan, terdapat bayi yang lebih berisiko tinggi untuk terkena jaundis, antaranya:

  • Bayi pramatang – dilahirkan sebelum 37-minggu kehamilan
  • Bayi yang tidak mendapat susu ibu atau susu formula mencukupi. Ia sama ada kerana kesukaran untuk menyusu atau ketiadaan susu ibu
  • Bayi yang jenis darahnya tidak sesuai dengan jenis darah ibunya
  • Bagi bayi jenis darah tidak sesuai dengan ibu mereka boleh mengembangkan penghasilan antibodi yang memusnahkan sel darah merah.

Keadaan tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan kenaikan kadar bilirubin secara tiba-tiba.

Punca lain baby kuning adalah:

  • Mengalami lebam semasa kelahiran atau pendarahan dalaman lain
  • Masalah hati
  • Jangkitan
  • Kekurangan enzim (G6PD)
  • Kelainan pada sel darah merah bayi

Simptom baby kuning

Sebelum mengetahui bacaan kuning baby berisiko mendatangkan bahaya, ayuh kenali terlebih dahulu apakah gejala yang boleh dialami sekiranya si manja terkena jaundis.

Wajah merupakan bahagian pertama yang akan diserang jaundis sebelum ia merebak ke bawah tubuh seperti pada dada, perut, lengan dan kaki.

Ia boleh bermula seawal 2 hingga 4 hari selepas kelahiran. Tahap bilirubin ini biasanya akan memuncak antara 3 hingga 7 hari selepas dilahirkan.

Bagaimana nak tahu kulit bayi menguning atau tidak?

Mudah sahaja caranya.

Anda perlu menekan jari secara perlahan pada kulit si manja. Jika tekanan itu menyebabkan kulit menjadi kuning, ia berkemungkinan tanda jaundis.

Ada kalanya dalam kes baby kuning yang teruk, si kecil akan kelihatan sangat mengantuk dan sukar untuk menyusu.

Tahap bacaan kuning baby

Sekiranya jaundis dibiarkan tanpa rawatan dan tahap bacaan kuning melebihi 25 mg, wujud risiko untuk berlakunya serebral palsi, pekak atau sebarang bentuk kerosakan otak tertentu.

Bagi kesan sampingan ringan pula, baby kuning mungkin akan lebih berasa mengantuk.

Ia sekali gus mengakibatkan bayi kurang menyusu dan akhirnya memburukkan lagi masalah jaundis. Jaundis yang berlaku bukanlah keadaan berbahaya.

Tetapi itu tidak bermakna ibu boleh memandang remeh masalah demam kuning yang dialami si manja. Ini kerana terdapat kemungkinan jaundis disebabkan oleh isu kesihatan yang lain.

Tahap bilirubin yang memerlukan rawatan segera!

Berikut adalah tahap bilirubin bayi yang dilahirkan cukup bulan dan mengalami kuning:

Tahap bilirubin & usia bayi

Lebih 10 mg – Kurang dari 24 jam

Lebih 15 mg – 24 hingga 48 jam

Lebih 18 mg – 49 hingga 72 jam

Lebih 20 mg – Lebih dari 72 jam

Rawatan untuk baby kuning

Bagi bayi cukup bulan dan sihat, masalah jaundis akan hilang dengan sendirinya. Ini kerana kebiasaannya selepas tempoh 1 atau 2 minggu, badan bayi dapat menyingkirkan bilirubin tambahan dengan sendiri.

Walau bagaimanapun, sebagai cara untuk mengatasi jaundis yang dialami bayi baru lahir lebih cepat, ibu disarankan melakukan penyusuan eksklusif dengan kerap.

Sekiranya bekalan susu ibu tidak mencukupi, doktor mungkin akan mencadangkan pemberian susu formula sebagai tambahan.

Pun begitu, bergantung kepada usia dan tahap bacaan kuning bayi, pendekatan rawatan lebih agresif mungkin diperlukan.

Antara rawatannya adalah:

Penambahan cecair. Kehilangan cecair (dehidrasi) akan menyebabkan kadar bilirubin meningkat

Fototerapi. Bayi akan dibaringkan di bawah lampu biru dan kulitnya dibiarkan terdedah. Cahaya akan mengubah bilirubin menjadi bentuk yang mudah dikeluarkan daripada badan. Selimut terapi cahaya juga boleh digunakan

Pemindahan darah. Ia merupakan prosedur kecemasan yang akan dilakukan jika tahap bilirubin sangat tinggi dan tidak berkurangan dengan rawatan fototerapi. Darah bayi akan diganti dengan darah daripada penderma untuk menurunkan kadar bilirubin pada kadar lebih cepat

Imunoglobulin intravena (IVIg). Rawatan IVIG akan diberikan jika bayi berdepan masalah ketidaksesuaian darah. IVIg menyekat antibodi yang menyerang sel darah merah dan mengurangkan keperluan pemindahan darah

Langkah pencegahan bayi kuning

Untuk mencegah baby kuning adalah dengan penyusuan yang mencukupi.

Bayi yang menyusu badan perlu disusukan antara 8 hingga 12 kali sehari dalam beberapa hari pertama kehidupan.

Manakala bayi diberikan susu formula pula harus mendapat antara 30 hingga 60 ml setiap 2-3 jam bagi minggu pertama.

Sekiranya anda menyedari bahawa bayi mempunyai simptom jaundis, lakukan rawatan doktor segera!

Kredit: Hello Doktor

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Tahap Bacaan JAUNDIS Bayi Ini Tanda Bahaya, Ibu Jangan Terleka!

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI