Ana yang digilap bakatnya dalam program realiti Pilih Kasih itu berkahwin dengan Ashraf, iaitu anak pengarah, Datuk Jurey Latiff pada 31 Ogos 2016. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Berjaga malam adalah antara rutin tatkala mempunyai bayi kecil. Pelawak & pengacara, Nabil Ahmad semakin teruja untuk menyambut kelahiran anak ketiganya.
Nabil dalam posting di Instagram mengharapkan proses kelahiran dan selepas bersalin dipermudahkan. Isterinya, Zira Ayub dijangka bersalin pada bulan April.
nabilzira One more month to go yea. Alhamdulillah these 8 months going smooth sgt. Hopefully after baby is out pun smooth mcm ni.
Rutin berjaga malam juga dijangkakan Nabil selepas bayi ketiganya dilahirkan dan akan mengikut giliran.
Lepasni, berjaga malam balik la kita yea. Macam biasa, kita take turn. Benda2 macam ni x boleh buat main, boleh jadi Hal woooooo ? Sape lagi bulan 4, ? sikit!!
Sakit perut yang teramat sangat tidak boleh dipandang ringan oleh ibu hamil. Perkongsian ini diharapkan boleh dijadikan panduan, betapa pentingnya tindakan segera sekiranya terjadinya sesuatu di luar kebiasaan semasa hamil.
Dr Afiq Rahim berkongsi mengenai kes uri terkoyak yang pernah dialami pesakitnya. Suasana cemas si ibu kesakitan memerlukan tindakan pantas kerana melibatkan dua nyawa iaitu ibu dan anak.
“Doktor, ada patient sakit perut” misi saya menelefon saya dalam nada yang sangat cemas.
Seperti ada pisau dilehernya. Nadanya cemas dan ketakutan.
“Dalam 32 minggu kehamilan doc. Saya dalam perjalanan ke klinik ni.”
Saya yang baru sahaja pulang daripada gotong royong mengecat bangunan klinik dalam pakaian yang masih bercat terus bergegas ke klinik kami.
Hari Jumaat. Menghampiri waktu solat jumaat pastinya kes yang dirujuk misi adalah kes yang memerlukan perhatian kami. Jika tidak, boleh sahaja ditangguh selepas solat.
Ambulans dipandu laju ke perkarangan kecemasan. Melihat kelibat ambulans dalam keadaan kelam kabut, pastinya petanda situasi bahaya.
Kelibat ambulans tersebut mengimbau pengalaman saya menguruskan pesakit kemalangan ngeri motorsikal semasa banjir 2014. Kisah selepas itu menjadi lagenda.
Dalam suasana cemas, misi saya menolak pesakit di atas katil ke dalam klinik kami. Pesakit kelihatan mengerang kesakitan dan memegang perut buntingnya.
“Masukkan dua branula hijau, periksa vital signs (tekanan darah, nadi dan oksigen) cepat!” Saya segera memberikan panduan kepada pasukan saya.
Pasukan kecil saya di klinik kesihatan terdiri hanya saya, seorang jururawat terlatih dan jururawat masyarakat. Maka semua perkara penting peringkat awal pengurusan kes kecemasan perlu dilaksanakan segera.
Saya membelek sekali imbas buku pink beliau untuk mengetahui status kesihatannya sebelum ini.
Hati saya sudah merasa tidak selesa melihat keadaannya.
Apakah uri koyak?
Apakah uri koyak?
Apakah uri koyak?
Itulah yang bermain di minda gelisah saya.
Uri Koyak atau Placenta Abruptio adalah antara kes yang paling merbahaya dalam rangking kes-kes kecemasan ibu mengandung. Ini kerana dalam sekelip mata, nyawa anak dan janin boleh dijemput malaikat maut.
Selepas memastikan tanda-tanda penting nyawanya selamat, saya menolaknya ke bilik scan.
Dalam keadaan penuh tekanan, saya melakukan ultrasound scan ringkas pada perutnya dan jelas kelihatan tanda uri koyak iaitu ‘retroplacenta clots’. Alhamdulillah, degup jantung anaknya masih ada dan kelihatan kuat.
Pantas saya mencapai telefon dan menghubungi dewan bersalin untuk memaklumkan situasi semasa.
Kemudian kami membawa pesakit menaiki ambulans ke dewan bersalin hospital berpakar.
Tekanan darahnya mula menunjukkan tanda-tanda kehilangan darah (shock) di dalam ambulans maka saya kawal tekanan tersebut dengan air Normal Saline.
Sampai sahaja ke muka pintu, jururawat dewan bersalin, pegawai perubatan dan pasukan mereka segera mengambil alih kes daripada kami.
Dalam masa singkat, pembedahan kecemasan (Emergency Cesarean Section) terpaksa dilakukan demi menyelamatkan. Status bayinya tidak saya ingati.
Namun saya yakin, bayi dan ibu tersebut selamat. Ini kerana jika tidak, akan sampai surat jemputan kepada kami untuk ke audit kematian ibu dan anak jika perkara buruk terjadi kepada mereka.
Dalam perjalanan pulang, jururawat terlatih saya sempat berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada jururawat masyarakat kami.
Katanya “Jika ibu mengandung mengadu sakit perut yang teramat sangat, rujuk kepada doktor segera”.
Saya juga menyampuk, “Betul. Kes sebegini jika kita gagal kesan awal bukan satu nyawa yang melayang bahkan kedua-duanya”.
Adakala doktor dan misi terpaksa mengangkat suara ketika berhubung antara satu sama lain dan tindak pantas yang kelihatan seolah-olah bertindak ganas atau gopoh.
Walau bagaimanapun, pada setiap prosedur, etika dan profesionalisme tetap perlu kami patuhi.
Tular kisah kematian bayi kerana misi tolak masuk kepala bayi semasa meneran. Lalu bayi tersebut meninggal dunia. Apabila diselidik, kes tersebut adalah kes uri koyak.
Tahukah anda, koyakan pada uri walaupun beberapa milimeter sahaja boleh mengorbankan janin yang dikandung. Kebiasaanya janin akan mati dahulu akibat kehilangan darah diikuti si ibu.
Oleh itu, kita perlu dengar dan pastikan kesahihan daripada kedua-dua pihak.
Namun, jika ada kekurangan di pihak hospital atau klinik maka sila salurkan kepada kepada pihak aduan yang sepatutnya.
Semoga cerita ini juga memberi panduan kepada para ibu yang sedang hamil untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah.
Jangan tunggu sehingga keadaan malang berlaku ibarat nasi menjadi bubur.
Juga peringatan buat kami di kesihatan agar sentiasa bersikap professional dan mematuhi etika yang ditetapkan.
Salah seorang selebriti yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi adalah Shila Amzah yang semakin berseri-seri. Menghitung hari dengan tempoh tidak sampai sebulan lebih ini buat semua pengikutnya di instagram tertunggu-tunggu. Macam manalah rupanya Shila Amzah junior kan?
Yang jelas, penyakit bersuara hebat ini sudah pun mempersiapkan diri untuk bersalin dan menempuh proses melahirkan bayi sulungnya. Berkongsi cerita di instagram, Shila Amzah mengakui sudah pun menonton video-video kelahiran bayi sebagai persediaan mentalnya menghadapi situasi berkenaan.
Tak kurang juga mempersiapkan segala kelengkapan untuk ke hospital. “Semuanya dah complete”, kata Shila berkongsi.
Kembang setaman. In sha Allah Lagi lebih kurang sebulan lebih je ni.. Hari-hari tengok video labor and delivery orang lain.
Bag hospital in Sha Allah dah complete. Kalau ikutkan tendangan padu dari baby, dia macam dah tak sabar nak keluar. Terutamanya tendangan di tulang rusuk saya.. Tak kelakar ye rasa dia…
Dalam pada itu, netizen sempat memuji penyanyi lagu Tiada Dirimu ini semakin berseri-seri dengan kehamilannya yang semakin sarat.
“Kembang Setaman Pun Still Nampak Cantik”
“Kembang setaman pun mom to be ni tetap comel..”
“Comelnya”
Begitu kata netizen yang sentiasa mendoakan Shila berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan untuk bersalin kelak.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.