Pelakon dan usahawan berbakat, Yana Samsudin, yang telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penulis skrip Fadzil Zahari sejak tahun 2015, kini berkongsi berita gembira yang kini dia sedang hamil anak keempat! Perkongsian bersama majalah Nona tersebut menjadi bukti bahawa impian mereka untuk memiliki keluarga besar semakin hampir menjadi kenyataan.
Tak Rasa Mencabar, Tapi Penuh Syukur
Walaupun ini merupakan kehamilan keempat, Yana mengakui ia adalah antara pengalaman paling mudah dan tidak mencabar setakat ini. Katanya, mungkin sebab sudah terbiasa dengan peranan seorang ibu dan lebih memahami tubuh sendiri. Tenang dan bersyukur, itu rahsia dia hadapi kehamilan kali ini.
Ads
Ads
“Kandungan kali ini kurang mencabar, masih mencabar tapi kurang sikit berbanding anak ketiga saya. Waktu tu sampai tak boleh bangun semua kan. Kali ni masih ada morning sickness tapi masih boleh bekerja sedikit.”
Impian Miliki Keluarga Besar Akhirnya Dimakbulkan
Menurut Yana, sejak awal perkahwinan lagi dia dan Fadzil memang memasang niat untuk mempunyai keluarga besar. Malah, dia tak malu mengaku yang dia pernah berdoa untuk dikurniakan ramai anak – dan doa itu kini makin dimakbulkan satu demi satu.
Ads
“Semua tahu kan saya ada PCOS, jadi saya menunggu 4 tahun dari anak sulung ke anak kedua dan 4 tahun lagi untuk dapat anak ketiga tapi kali ni alhamdulillah, anak ketiga baru setahun setengah saya pregnant anak keempat ni. Memang impian saya nak anak lebih dari 2,3. Allah makbulkan.”
Sokongan Suami Jadi Kekuatan
Yana turut berkongsi bagaimana sokongan suami tersayang banyak membantu mengurangkan tekanan sepanjang kehamilan. Fadzil bukan sahaja memahami keperluan emosi dan fizikalnya, malah sentiasa ada bila diperlukan. Bagi Yana, itu adalah nikmat yang tak semua orang dapat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menanti detik kelahiran bayi, suami Mawar Rashid mengimamkan sendiri solat hajat. Para peminat mendoakan agar proses bersalin akan berjalan lancar.
Suami Mawar, Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada Datuk Fazley mengimamkan sendiri solat hajat sempena majlis doa selamat yang diadakan sempena menyambut kelahiran bayi mereka.
Acara itu dimuatnaik Raf di Instagram dan mendoakan harapan agar urusan bersalin Mawar nanti lancar.
rafyaakob Sekitar majlis doa selamat semalam sempena @mawarashid yang sedang menanti hari.
Kami semua berdoa semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. Insyaa’Allah. Amin Allah Humma Amin Ya Mujiba Sahilin.
Pempengaruh media social, Maryam You Narae yang kini sedang hamil anak kedua mendedahkan dia kini sudah pun berada di trimester ketiga kehamilannya.
Sarat hamil tujuh bulan, akui Maryam dia dijangka bakal melahirkan anak kedua pada sekitar Februari tahun depan.
Lebih menarik kata Maryam berkemungkinan bayi kedua yang ditunggu-tunggu ini bakal berkongsi tarikh lahir yang sama dengannya.
“Sekarang ini sebenarnya aya sudah tujuh bulan. Saya dijangka bersalin pada Februari nanti.
“Mungkin ulang tahun saya dan anak kedua ini akan sama,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah kehamilannya, kata Maryam dia kini lebih berhati-hati kerana pernah mengalami keguguran sebelum ini.
“Saya pernah keguguran, buat saya takut nak beritahu awal-awal. Jadi kami pilih untuk rahsiakan dulu.
“Kali ini pun di awal kehamilan ada pendarahan, itu yang buat saya lebih berhati-hati.
“Bila doctor kata semuanya sihat baru saya kongsikan kepada orang ramai,” kongsinya lagi.
Jaga pemakanan waktu hamil
Tambah Maryam lagi dia juga kini lebih berjaga-jaga dalam pemilihan makanan setiap hari kerana dia juga turut mengalami beberapa komplikasi.
“Doktor kata gula dalam darah saya agak tinggi berbanding sebelum ini. Saya tak ada masalah itu semasa hamilkan Rina.
“Jadi sekarang hari-hari saya periksa keadaan gula dalam darah sendiri dan jaga pemakanan saya,” kongsinya.
Teringin makan Nasi Kandar
Berbeza dengan kehamilan sebelum ini kata Maryam, dia paling menggemari Nasi Kandar dan Nasi Kukus kegemaran suaminya, Ryzal Ibrahim.
“Hamil kali ini alahan saya tak teruk dalam tiga bulan sudah hilang. Cuma masa awal hamil saya suka makan Nasi Kandar dan Nasi Kukus. Sebelum ini saya tak suka kari.
“Itu semua makanan kesukaan Ryzal tapi bila mengandung tiba-tiba rasa nak cuba,” kongsinya.
Terdahulu, pada 2 November lalu, Maryam dan Ryzal berkongsi bakal menimang cahaya mata kedua mereka.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 15 Ogos 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rina yang kini berusia tiga tahun.
Pertambahan berat badan ketika hamil adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh setiap individu wanita hamil. Tetapi kalau berat anda menjadi berlebihan, bagaimana untuk mengurangkan berat?
Mengurangkan berat
Kenaikan berat sepanjang tempoh kehamilan adalah normal tetapi bagi individu wanita yang sudah mempunyai masalah berat badan berlebihan, sudah tentu situasi ini mendatangkan dilema yang merungsingkan hati.
Namun, berita baiknya, terdapat kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan mencadangkan bahawa mengurangkan berat ketika hamil adalah perkara yang dibolehkan dan ia mungkin akan memberikan manfaat khususnya bagi individu wanita dengan berat yang berlebihan atau mempunyai nilai BMI melebihi 23.
Walau bagaimanapun, wanita hamil yang mempunyai berat badan normal sebelum mengandung mungkin tidak sesuai untuk mengurangkan berat. Tetapi jika anda berasa perlu untuk menurunkan berat dan akan memperolehi manfaat daripadanya, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor atau pakar perubatan terlebih dahulu, okay?
Berat yang disarankan
Sebelum kita fahami cara untuk mengurangkan berat badan, anda harus tahu mengenai kenaikan berat yang disarankan bagi setiap individu wanita hamil mengikut BMI.
-Wanita yang kekurangan berat badan dengan nilai BMI <18.5, perlu mendapatkan lebih banyak berat, dari 12.5 hingga 18 kilogram (kg)
-Wanita dengan purata berat badan nilai BMI dari 18.5 – 22.9, perlu mendapat kira-kira 11.5 hingga 16 kg
-Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dengan nilai BMI 23 hingga 26.9, sepatutnya menambah berat dari 7 hingga 11.5 kg
-Manakala wanita dengan nilai BMI 27 dan ke atas disarankan untuk menambah berat antara 5 hingga 9 kg sahaja
Secara mudahnya, jika BMI anda adalah antara 18.5 hingga 22.9 sebelum mengandung, pastikan kenaikan berat badan anda sepanjang tempoh kehamilan adalah tidak melebihi 16 kg. Sebaliknya, jika BMI anda adalah tinggi sebelum hamil, kenaikan berat yang lebih rendah adalah amat digalakkan.
Berikut merupakan penambahan berat badan mengikut minggu yang dicadangkan untuk wanita hamil dengan purata BMI dari 18.5-22.9:
-Minggu 1 hingga minggu 12 (trimester pertama): 0.9 hingga 2 kilogram
-Minggu 13-26 (trimester kedua): 4 hingga 5 kilogram
-Minggu 27-40 (trimester ketiga): 5 hingga 6 kilogram
Pelan mengurangkan berat semasa hamil
Menggunakan alasan “makan untuk dua orang” adalah antara punca mengapa berat badan anda boleh naik secara mendadak ketika mengandung. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi menurunkan berat anda:
Pengambilan kalori
Anda memerlukan kalori untuk memastikan bayi anda membesar tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti yang betul. Apa yang penting adalah untuk mengawal kenaikan berat badan anda agar tidak terlalu cepat naik.
Anda boleh memilih untuk mengisi perut anda dengan sesuatu makanan yang lebih sihat seperti minum susu skim, kentang bakar berbanding kentang goreng atau isi ayam bakar tanpa lemak menggantikan ayam goreng.
Ketika menyediakan makanan, pilihlah makanan yang dapat mengenyangkan anda untuk tempoh jangka panjang tetapi masih mempunyai kandungan kalori yang rendah. Antara contoh pilihan makanannya adalah:
-Sayuran segar, terutama daun hijau
-Buah-buahan dengan kandungan air tinggi, seperti tembikai
-Isi ayam
-Ikan
-Bijirin gandum seperti oat
Jumlah makanan dan lemak
Pastikan saiz dan kuantiti hidangan makanan yang diambil adalah bersesuaian dan mempunyai kandungan nutrisi yang diperlukan. Walau bagaimanapun, anda tetap perlu memastikan ada pengambilan lemak dalam hidangan makanan anda.
Ini kerana sesetengah jenis lemak adalah penting dalam membantu perkembangan bayi dalam kandungan anda. Sebaiknya pengambilan makanan bergoreng, (jika anda terlalu teringin untuk makan makanan sebegitu), ambillah dalam kuantiti yang terkawal.
Bersenam
Siapa kata wanita hamil tidak boleh bersenam atau melakukan aktiviti fizikal? Anda masih boleh melakukan senaman tetapi pastikan ia adalah bersesuaian dengan keadaan fizikal anda. Anda boleh memilih untuk mengikuti kelas yoga pranatal atau hanya berjalan kaki mengelilingi taman. Paling penting luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti fizikal.
Berat badan naik secara tidak terkawal boleh mendatangkan beberapa risiko masalah kesihatan kepada anda dan bayi dalam kandungan seperti kelahiran pramatang, diabetes, tekanan darah tinggi dan kecacatan kelahiran. Jadi pastikan anda mengawal pemakanan serta melakukan senaman yang bersesuaian untuk memastikan anda kekal aktif dan sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!