Kehamilan

Tahniah Mat Dan & Isteri! Bakal Timang Anak Kedua Penghujung Tahun Ini. Mesti Comel Macam Zayne!

Share

Pengacara berbangsa Inggeris yang kini sudah memeluk Islam dan menetap di Malaysia, Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler berkongsi berita gembira dia dan isteri bakal menimang cahaya mata kedua pada penghujung tahun ini.

Mat Dan yang merupakan pengacara Kaki Jalan memuat naik sekeping gambar dirinya bersama isteri dan anak dengan ucapan salam Eidul Adha kepada semua pengikutnya di Instagram.

Jejaka England yang fasih dengan loghat Terengganu itu dalam masa yang sama, berkongsi berita gembira itu kepada umum.

“Salam Eidul Adha semua!!!

“Di sini jugak kite happy to share we’re expecting another new addition to our family!!!!

“Insya’Allah by the end of the year..doa yang baik-baik saje..🤲🏻

“Tahun ini plan raya dekat kampung tapi last minute tak jadi sebab @ovenchuppa terlalu banyak order!!!!,” tulisnya.

Di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pasangan ini di samping ucapan salam Aidil Adha yang baru disambut oleh Umat Islam di seluruh Dunia.

Selebriti media sosial itu memeluk Islam pada 2013 dan nama Islamnya  Karief Daniel Abdullah.

Mat Dan berkahwin dengan wanita Terengganu, Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler, 2 tahun.

Sumber: Mat Dan

 

IKLAN