Memetik Majalah People, anak pertama Paris Hilton dan Carter Reum merupakan bayi lelaki menerusi kaedah ibu tumpang (surrogate mother).
Ads
Paris pernah berkongsi dalam Podcast The Trend Reporter With Mara pada Januari 2021 bahawa dia bersedia melalukan ujian In Vitro Ferilization (IVF) , Bayi Tabung Uji.
“Kami melakukan IVF agar boleh memilih anak kembar, kalau kami suka” tambah pewaris Conrad Hilton.
Ads
Rata-rata rakan selebriti mengucapkan tahniah di atas kehadiran cahaya mata Paris dan Carter.
Paris Hilton mendirikan rumah tangga diusia 40 tahun bersama Carter Reum dalam satu majlius yang diadakan di Estet peribadi miliknya di Bel Air, California, Amerika Syarikat pada 11 November 2021.
Memang risau papa mama kalau anak-anak terutamanya bayi ada masalah ekzema yang teruk. Kesian melihat bayi yang masih kecil menderita dengan keradangan dan kemerahan pada kulit. Kadang buntu tak tahu apa yang perlu di buat, nak diberikan preskripsi daripada doktor bimbang dengan diri anak-anak yang masih kecil.
Solusinya mungkin mencari produk yang sesuai yang dapat membantu atasi masalah ekzema yang dihidapi si kecil. Biasanya pemilihan produk yang menggunakan bahan-bahan organik menjadi pilihan untuk atasi masalah ekzema anak-anak. Tapi keberkesanan sesuatu jenis produk itu juga bergantung kepada jenis kulit anak itu sendiri.
Bagi yang masih mencari-cari produk sesuai untuk si kecil yang menderita dengan masalah kulit sensitif atau ekzema, rangkaian produk dari jenama Buds Organics mungkin boleh anda jadikan satu pilihan.
Formula terbaru yang lebih baik untuk produk kami yang sedia ada:
SUPER SOOTHING RESCUE LOTION
Pelembap harian adalah pertahanan pertama dalam penjagaan kulit sensitif dan ekzema. Lebih berkesan dengan EASYclear™ + Prebiotic, losyen ini dengan cepat melegakan dan melindungi kulit. Ejen anti-bakteria Totarol dari New Zealand dan Minyak Tea Tree dari Australia, memberikan perlindungan tambahan terhadap jangkitan.
SUPER SOOTHING HYDRATING CLEANSER
Untuk mengembalikan kesihatan kulit, kebersihan kulit yang baik adalah penting. Pembersih lembut dan berkesan adalah penting dalam penjagaan kulit sensitif dan ekzema. Pembersih berasaskan tumbuhan ini menyediakan cucian yang menenangkan, menghidrat dan melindungi. Formula EASYclear™ + Prebiotic termasuk bahan tumbuhan aktif anti-bakteria untuk menjaga jangkitan kulit, dan minyak-minyak bermutu tinggi untuk melindungi daripada kehilangan lembapan yang berlebihan.
Gunakannya setiap hari untuk menggalakkan pemulihan kulit semasa keradangan dan untuk mengekalkan kesihatan kulit selepas pemulihan.
2 produk baru:
SUPER SOOTHING INTENSIVE REPAIR CREAM
Dirumus terutamanya untuk kulit yang parah terjejas / meradang, terlalu teriritasi yang memerlukan rawatan rapi dan kelegaan tambahan. Krim ini dibekalkan dengan dos EASYclear™ + Prebiotic yang tinggi untuk menyediakan penjagaan khas bagi kawasan kulit yang parah terjejas oleh keradangan ekzema. Ia dengan cepat dan berkesan menenangkan, melegakan, melindungi, memperbaiki dan menguatkan lapisan pelindung kulit.
SUPER SOOTHING DEEP MOISTURISING CREAM
Kulit yang sensitif dan rawan ekzema perlu dilembapkan setiap hari, kerana penting untuk menjaga kulit bayi sihat, walaupun selepas sembuh dari keradangan. Krim perlu ada ini menyediakan pelembap yang mendalam, dengan keupayaan menenang, melindungi dan mencegah yang sangat diperlukan untuk menjaga kulit sihat setiap hari.
EASYclear™ + Prebiotic dirumus oleh pasukan R&D kami, adalah gabungan bahan tumbuhan aktif yang terbukti secara klinikal. Diketuai oleh KK Soo, seorang bapa yang penyayang, yang meneruskan usaha R&D untuk mencari penyelesaian penjagaan kulit sensitif serta ekzema dengan lebih baik dan berkesan. Walaupun hakikat bahawa anak-anak perempuannya telah bebas daripada masalah kulit ini hasil daripada menggunakan produk yang sama. Gabungan ini dirumus berdasarkan konsep KK Soo untuk mengurus kulit sensitif dan ekzema secara holistik, daripada menenangkan kulit yang meradang dan gatal, sehingga melindungi dan membaikinya, dan menambahkan langkah pencegahan untuk menguatkan kesihatan kulit dengan prebiotik bagi mengurangkan keradangan masa hadapan.
Secara ringkas, ia adalah penyelesaian semulajadi yang lengkap untuk kulit sensitif dan ekzema.
Bahan-bahan utama yang digunakan untuk merumuskan EASYclear™ + Prebiotic:
Bertindak sebagai ejen anti-histamin dan anti-keradangan, gabungan tumbuhan aktif daripada Minyak Benih Anggur Hitam, Ekstrak Peria Bulan (Balloon Vine Extract) dan Minyak Pekat Bunga Matahari, yang dipatenkan dan terbukti secara klinikal berkesan mengurangkan proses keradangan dan meningkatkan pemulihan halangan pelindung kulit yang terjejas.
Jus Daun Lidah Buaya Organik melega dan menenangkan kulit yang terjejas. Ekstrak Daun Shiso (Perilla Ocumoides Leaf Extract) mempunyai ciri-ciri anti-keradangan yang kuat. Ia juga mengawal penghasilan imunoglobulin dan menyekat tindak balas alahan.
Ejen anti-bakteria yang kuat seperti Totarol dan Minyak Tea Tree melindungi kulit daripada bakteria berbahaya. Antioksidan semulajadi Vitamin-E dan Ekstrak Daun Zaitun melindungi kulit daripada radikal berbahaya yang menyebabkan keradangan dan mengganggu proses penyembuhan kulit.
Jojoba Organik, Minyak Bunga Matahari Organik, Shea Butter dan Minyak Bijan membentuk halangan pelindung pada kulit untuk mencegah kehilangan kelembapan dan kehilangan air yang berlebihan.
Minyak Inca Inchi Organik yang kaya dengan Asid Lemak Penting (EFAs) menggalakkan pemulihan kulit dan menguatkan penghalang pelindung kulit. Minyak Kernel Argania Spinosa dan Butyro-Spermum Parkii (Shea Butter) Ekstrak dengan sifat reparatif mempromosikan penyembuhan dan regenerasi kulit.
Prebiotik Alpha-Glucan Oligosaccharide menguatkan kulit; mengawal keseimbangan kulit dengan merangsang pertumbuhan bakteria yang baik.
Ibu Bapa Ada Anak Istimewa, Pakar Psikiatri Kongsi Tip, Jadikan Panduan
Anak-anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni. Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadiran anak istimewa. Sebab itulah sokongan daripada masyarakat dan orang sekeliling amat diperlukan bagi melancarkan urusan ibu bapa yang terpilih ini.
Memiliki anak istimewa pastinya bukanlah suatu ‘perjalanan’ yang mudah. Anggota keluarga perlu menjadi pendidik terbaik untuk anak-anak istimewa ini. Apabila anggota keluarga sendiri mempunyai kefahaman yang baik tentang keadaan anak istimewa, akan lebih mudahlah masyarakat memahami mereka.
Melalui hantaran pakar psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria dilaman media Facebooknya, beliau berkongsi tip khas buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa.
Tip ini khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan sama ada Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), disleksia, autisme, kecacatan intelek, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.
1. Belajar
Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, sama ada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.
2. Daftarkan
Bagi anak yang sudah/akan bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah. Ini penting untuk bagi memastikan anak mendapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/kemasukan ke pendidikan khas.
3. Sekolahkan
Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) sama ada kekal di aliran perdana, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.
4. Betulkan perspektif
Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, apa yang anda lalui ini mungkin akan menjadi kenangan yang manis untuk anda.
5. Berkompromi
Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada ketikanya anda terpaksa mengalah bila mereka tidak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.
6. Jangan abaikan sisi positif
Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga anak anda, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali anak membuat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.
7. Jaga diri
Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.
8. Jaga rutin
Tetapkan rutin yang konsisten seperti waktu makan, bermain, tidur, dan keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.
9. Bersifat realistik
Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autisme, dileksia dan masalah pembelajaran, jangan paksa mereka jadi jurutera/doktor/arkitek bila besar nanti. Biar mereka terokai minat dan kemampuan mereka.
10. Cipta makna kejayaan sendiri
Cipta makna kejayaan untuk anak anda. Sebagai contoh, seorang ibu perlu realistik dan berpada dengan meletakkan tanda aras berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tidak menjadi pelajar harapan sekolah pun tidak mengapa. Raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.
Selalu bersangka baik dengan ALLAH. Setiap yang diatur oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan berputus asa untuk terus berdoa, agar ALLAH pelihara anak-anak ini ketika kita masih ada. Bila kita sudah tiada lagi di dunia ini, anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga.
Tahniah diucapkan buat Angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isterinya Dr Halina yang selamat menyambut kelahiran bayi ketujuh mereka semalam.
Menerusi beberapa perkongsian Dr Sheikh Muszaphar, anak ketujuh mereka yang merupakan seorang bayi lelaki itu dilahirkan melalui pembedahan dengan berat 2.98kg.
Sembilan bulan menanti kelahiran anak ketujuhnya, Dr Sheikh Muszaphar dilihat cukup teruja dan bahagia kala bertemu dengan buah hati terbarunya.
Menerusi entri terbarunya, bapa penyayang ini turut berkongsi nama yang cukup indah buat putera mereka.
“Sheikh Muhammad. Nama yang dipilih. Demi cinta pada Nabi kita yang terakhir.
“Tapi anak-anak mahu beberapa nama lain. Noah mahu Ibrahim. Tasha suka Isaac. Adam nak Adam Junior.
“Eusoff & Emelia tak kisah apa-apa nama. Hanya Bella yang setuju dengan nama pilihan ni. Masing-masing ada citarasa yang berbeza.
“Mari panggil dia Sheikh kecil buat masa ini,” kongsinya lagi.
Semalam Dr Sheikh mengumumkan kelahiran bayi comel mereka yang dilahirkan di sebuah hospital di Damansara.
“Bayi lelaki, lahir hari ini, 12 Julai 2023, berat 2.98 kg, panjang bayi 51 cm dan berambut lebat.
“Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat.
“Terima kasih semua atas doa,” tulisnya dalam hantaran Instagram.
Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina turut mempunyai dua pasangan kembar, Adam dan Noah serta Emelia dan Eusoff.