Ibu Bapa Ada Anak Istimewa, Pakar Psikiatri Kongsi Tip, Jadikan Panduan
Anak-anak istimewa merupakan anugerah yang diamanahkan ALLAH kepada kedua ibu bapanya untuk dijaga dan disantuni. Memang berat ujian buat ibu bapa yang diuji dengan kehadiran anak istimewa. Sebab itulah sokongan daripada masyarakat dan orang sekeliling amat diperlukan bagi melancarkan urusan ibu bapa yang terpilih ini.
Memiliki anak istimewa pastinya bukanlah suatu ‘perjalanan’ yang mudah. Anggota keluarga perlu menjadi pendidik terbaik untuk anak-anak istimewa ini. Apabila anggota keluarga sendiri mempunyai kefahaman yang baik tentang keadaan anak istimewa, akan lebih mudahlah masyarakat memahami mereka.
Melalui hantaran pakar psikiatri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria dilaman media Facebooknya, beliau berkongsi tip khas buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa.
10 TIP UNTUK IBU BAPA YANG MEMILIKI ANAK ISTIMEWA:
Tip ini khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang berkeperluan khas, tidak kira apa juga keadaan sama ada Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), disleksia, autisme, kecacatan intelek, cerebral palsy atau apa juga keadaan yang memerlukan penjagaan khusus.
1. Belajar
Pastikan anda faham diagnosis anak anda. Dapatkan penilaian dan maklumat daripada doktor yang merawat. Dapatkan maklumat sepenuhnya, secara berperingkat, sama ada secara langsung dari doktor atau bacaan yang tepat. Ini termasuk dalam hal rawatan dan pemeriksaan susulan.
Ads
2. Daftarkan
Bagi anak yang sudah/akan bersekolah, pastikan anak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (borang khas JKM yang ditandatangani doktor) sebaiknya pada usia pra-sekolah. Ini penting untuk bagi memastikan anak mendapat keistimewaan yang dikhususkan untuk mereka seperti elaun khas/kemasukan ke pendidikan khas.
3. Sekolahkan
Bincang dengan doktor dan cikgu tentang penempatan sekolah (akan ditentukan oleh JKN setelah borang diserahkan) sama ada kekal di aliran perdana, aliran khas integrasi atau pusat dalam komuniti. Dalam keadaan macam mana pun anak anda, jangan abaikan pendidikan anak.
4. Betulkan perspektif
Letakkan situasi pada perspektif yang tepat. Fahami bahawa tingkahlaku dan keadaan anak anda adalah disebabkan kondisi perubatannya dan bukan sekadar ‘perangai’. Jangan rasa malu atau marah dengan perbuatannya. Suatu hari, bila mereka dewasa, apa yang anda lalui ini mungkin akan menjadi kenangan yang manis untuk anda.
5. Berkompromi
Jangan terlalu tertekan dengan perkara yang kecil. Ada kalanya, jalan terbaik ialah berkompromi daripada menimbulkan persengkataan besar. Ada ketikanya anda terpaksa mengalah bila mereka tidak mahu makan/pakai baju warna oren/duduk di kerusi.
Ads
6. Jangan abaikan sisi positif
Kekalkan sisi positif anak anda. Tidak kira betapa sukarnya menjaga anak anda, pasti ada sisi indah dalam kehidupannya. Tuliskan semua perkara positif tentang anak anda dan lihat semula tiap kali anda berasa terlalu tertekan. Contohnya, setiap kali anak membuat salah, mesti dia datang peluk ibunya selepas itu.
7. Jaga diri
Jaga kesihatan anda. Anda adalah orang yang paling penting dalam hidup anak anda. Maka anda perlu kekal sihat dan kuat untuknya. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup, jumpa doktor bila sakit dan dapatkan bantuan bila perlu. Jangan jadi hero.
8. Jaga rutin
Tetapkan rutin yang konsisten seperti waktu makan, bermain, tidur, dan keluar rumah. Anak istimewa mudah terkesan dengan perubahan rutin. Permudahkan urusan mereka dan jangan libatkan mereka dengan terlalu banyak aktiviti dalam sehari.
9. Bersifat realistik
Tetapkan jangkaan yang realistik sesuai dengan kemampuan anak anda. Jika anak anda ada masalah autisme, dileksia dan masalah pembelajaran, jangan paksa mereka jadi jurutera/doktor/arkitek bila besar nanti. Biar mereka terokai minat dan kemampuan mereka.
10. Cipta makna kejayaan sendiri
Cipta makna kejayaan untuk anak anda. Sebagai contoh, seorang ibu perlu realistik dan berpada dengan meletakkan tanda aras berjaya bila anaknya boleh solat, mengaji dan berdikari sendiri. Tidak menjadi pelajar harapan sekolah pun tidak mengapa. Raikan kemampuan mereka dan jangan terlalu fokus kepada apa yang mereka tidak mampu lakukan.
Selalu bersangka baik dengan ALLAH. Setiap yang diatur oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Jangan berputus asa untuk terus berdoa, agar ALLAH pelihara anak-anak ini ketika kita masih ada. Bila kita sudah tiada lagi di dunia ini, anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga.
Pada Ogos lalu, pelawak Achey Bocey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya atau mesra disapa Anne menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.
Setelah empat bulan proses itu dilakukan, baru-baru ini, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkongsi isterinya akan melalui proses terpenting dalam IVF iaitu memasukan embrio matang ke dalam sistem peranakan.
Namun dalam perkongsian itu, pasangan ini berserah kepada ketentuan Allah. Jika berjaya alhamdulillah namun seandainya gagal mereka perlu reda dan bersyukur dengan apa saja yang dah ditentukan.
Menerusi satu hantaran video terbaru di laman Instagram, Achey dilihat memujuk isterinya yang mesra dipanggil sebagai Anne itu sekali gus reda kerana belum mempunyai rezeki bagi mendapat zuriat.
“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya.
Video itu memaparkan Achey sedang menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda dipercayai selepas selesai pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Johor Bahru.
Di komen, ramai rakan artis dan pengikut memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu supaya tidak patah semangat selain percaya dengan rezeki ditetapkan Allah SWT.
“Kakak doakan mama ye..”
Sementara itu, di instagram Anne pula, dia berkongsi paparan video yang melihatkan anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah menangis setelah mendapat tahu keputusan mamanya tak berjaya. Walaupun masih kecil, Tiara seolah-olah faham apa yang berlaku.
Lagi bertambah sebak, melihat Anne yang memujuk Tiara sambil mengalir air mata dan meminta anaknya mendoakan agar Allah berikan rezeki baby lagi pada masa akan datang.
“Kakak nak kawan baby..sambil memeluk mamanya.”
Allah dah aturkan yang terbaik
Untuk rekod, Achey dan isteri berkahwin sejak 11 tahun lalu dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram Achey Bocey & Anne Achey
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas seminggu dapat berhari raya, Elfira Loy meluahkan rasa syukurnya kerana dapat menyambut lebaran kali ini seperti orang lain biarpun kini berdebar menanti kelahiran cahaya mata keduanya.
Menerusi beberapa entri Instagramnya, Elfira meluahkan rasa syukur dapat beraya bersama keluarga biarpun tidak dapat meraikannya selama sebulan.
Malah kini, Elfira juga sudah pun bersedia menanti detik bersalin anak keduanya sedikit masa lagi.
“Seronoknya tengok orang masih syok beraya pakai baju raya.
“Next year nak raya puas puas. This year kita Raya atas katil jelah rest menunggu hari bila baby princess nak keluar.
“Semalam macam dah mimpi. Tapi tak tahu lah bila dia nak keluar,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, ibu kepada Muhamad Rayyan Khalaf ini juga lega kerana hasrat hatinya untuk merasa juadah raya, lebih-lebih lagi dendeng dan lodeh sudah pun tertunai.
“Mommy’s tummy is happy already dapat dengdeng & lodeh semalam. Now dah ready nak bersalin,” tulisnya berkongsi.
Semoga baby princess yang dinantikan sedikit masa lagi dipermudahkan kelahirannya.
Terdahulu, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun lebih.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas bergelar ibu pada tanggal 21 September lalu, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa bahagianya apabila melihat anak sulungnya, Ana Nayla yang kini sihat membesar di hadapan mata.
Malah melalui beberapa perkongsian Ayda di Instagramnya, jelas menunjukkan kebahagian Ayda bersama Ana Nayla yang diagah comel oleh ibunya.
Kehadiran Ana Nayla dengan sepasang mata cantik ini seolah-olah melenyapkan kegusaran hati pelakon berbakat ini. Ayda bagaimana pun mengakui dia kini sedang melalui fasa mencabar dalam menguruskan anak sambil mempelajari selok belok mengenai dunia keibubapaan.
Pun begitu dalam menguruskan anaknya, Ayda kini dilihat kekal langsing walaupun tidak berdiet. Malah kata Ayda beratnya semakin turun kini.
” Jujurnya memang saya gembira dapat tengok anak, dapat main dengan dia dan dapat manjakan dia. Ibu mana di dunia ini yang tidak bahagia bila sudah ada penceria dalam keluarga kan?
” Tapi disebabkan semua hal tentang anak saya cuba usaha untuk uruskan, berat badan saya pun turun dengan mendadak. Mungkin letih agaknya. Saya sendiri terkejut sebab saya tak diet pun tapi berat turun,” kongsi Ayda bercerita.
Menurut kata Ayda, sepanjang berpantang, demi menghasilkan susu yang banyak buat puteri sulungnya itu, dia mengambil kuantiti makanan yang banyak. Semuanya demi Ana Nayla dan tidak menyangka beratnya turun.
“Tak sangka pula, sebab apa yang saya lakukan hanyalah jaga Ana, berpantang dan makan banyak. Mungkin juga sebab menyusukan badan, sebab tu berat terus turun sampai 45kg,” kongsinya.
Tak kisah penat asalkan dapat uruskan anak
Untungnya ibu cantik ini sentiasa dibantu oleh suaminya, Nabil Mahir. Malah menurut kata Ayda lagi, semua hal anak sebolehnya Nabil mahu uruskan sendiri dan meminta dia berehat. Memang terbaik!
“Saya gembira habiskan masa dengan Ana, tak kisahlah penat sikit asalkan kami dapat melihat anak setiap masa dan menguruskan keperluannya.
“Kalau nak tahu, Nabil banyak jaga Ana. Memang kalau boleh semua hal tentang anak Nabil akan cuba settlekan.
” Most of the time pun Nabil yang jaga, dia suruh saya rehat,” katanya berkongsi.
Nak dapatkan kelengkapan sekolah anak, jom ke Hari-Hari.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.