Tahun ini Raja Ilya meraikan hari raya bersama kehadiran cahaya mata tercinta, Talita yang berusia 10 bulan. Walaupun jauh berada di Perth, Australia namun kemeriahanya tetap sama.
Ilya sempat berkongsi foto bersama keluarga pada 1 Syawal lalu dengan mengenakan persalinan kain sari hitam sementara suaminya pula berbaju melayu siap bersamping.
Si comel Talita pula mengenakan baju kurung rona kuning cair sedondon dengan bapanya.
Menurut Ilya, dia seperti tidak percaya sudah beraya sebagai isteri selama 5 tahun.
“Macam tak Percaya dah 5 tahun beraya as a wife and setahun as Mommy to baby @talitalovegarrett, omg cepat betul masa berlalu kan.. so quick … dah nak masuk 10momths dah baby..”
“Ilya tengah masak rendang .. hopefully menjadi tahun ni”
Ads
“SELAMAT HARI RAYA SEMUA”
Bukan hanya memasak rendang, Ilya turut menyediakan cendol buat tetamu yang hadir.
“I know , Tak semua buat cendol for raya kan .. especially Kat Malaysia . Ye laa cendol Di mana2 je kot Kat sana .. tapi Kat sini lain , nk cendol authentic kene p Cari restaurant Malaysia, obviously time raya mmg x buka laa kan . So just to bring the culture into our day .. Ilya decided utk belajar how to make cendol from scratch.. Phewwwww akhirnya tahun ni memang menjadi.”
“90% dah mcm cendol tepi jalan .. lagi 10% tu tak leh nk figure out lak , Apa top secret ingredient pakcik pakcik cendol Kat utara tu..”
Ads
“Apa yang penting, licin okay .. especially bila add Durian Musang King . Memang mantap raya kitorang .. my bro in law @brrrad5 pun siap rasa durian kita okay”
Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret di Pert pada 23 Disember 2018.
Rentetan isu pengambilan vaksin yang hangat diperkatakan sekarang, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi respon mengenai kewajipan mengambil vaksin mengikut jadual imunisasi kebangsaan daripada perspektif Islam.
Berikut artikel yang dikongsikan di laman web rasmi Pejabat Mufti Persekutuan, penggunaan vaksin bagi menambah imunisasi badan adalah diharuskan oleh syarak.
Namun menurut Mufti, kesan gerakan anti-vaksin dalam masyarakat Malaysia sebenarnya semakin parah dan membimbangkan.
Penolakan pengambilan vaksin meningkat
Dalam artikel tersebut memberitahu bahawa gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pihak KKM melalui pemantauan yang dilakukan mendapati gerakan penolakan pemberian vaksin oleh ibu bapa masa kini terus meningkat daripada 637 kes pada tahun 2013 kepada 1,603 kes pada tahun 2016.
Kesan daripada penolakan tersebut, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak sekali!
Dalam masa yang sama, penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin telah meningkat dengan mendadak, contohnya kes penyakit demam campak, daripada 195 kes pada tahun 2013 kepada 1,934 kes pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 891.8% bagi tempoh 5 tahun! Dalam jumlah tersebut, kes demam campak yang tiada imunisasi meningkat daripada 125 kes pada tahun 2013 kepada 1,467 kes pada tahun 2018.
Begitu juga menurut Kementerian Kesihatan, pada tahun 2018, terdapat enam rekod kematian demam campak di mana semuanya akibat tiada imunisasi, lima kes kematian berpunca daripada difteria dan empar daripadanya akibat tiada imunisasi, manakala 22 kematian akibat batuk kokol, di mana 19 kes daripadanya akibat tiada imunisasi.
Bagi anda yang masih belum jelas mengenai apa itu imunisasi dan vaksin, Mufti turut menerangkannya dalam artikel tersebut.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) mendefinisikan “imunisasi” sebagai proses di mana seseorang itu dijadikan imun atau tahan penyakit berjangkit, biasanya melalui pengambilan vaksin. Vaksin merangsang sistem imun badan sendiri untuk melindungi seseorang itu daripada jangkitan berikutnya atau sebarang jenis penyakit.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.
Tiada Sumber Meragukan
Vaksin terhasil daripada pembiakan organisma hidup. Sesetengah organisma tersebut adalah penyebab penyakit berbahaya. Oleh itu, penghasilan vaksin dijalankan dalam keadaan yang dikawalselia dengan rapi. Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada peraturan kebangsaan dan antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Secara amnya, penghasilan vaksin melibatkan empat langkah asas:
Mungkin ada dalam kalangan anti-vaksin yang menganggap vaksin tidak ‘mujarab’ untuk mencegah penyakit. Tapi, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), melalui vaksin:
Selain itu, pengambilan vaksin juga dapat melindungi kita serta orang lain dalam masyarakat (imuniti kumpulan). Apabila sebahagian besar masyarakat telah dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit cegahan vaksin, bakteria/virus penyebab penyakit tersebut sukar mencari seseorang yang boleh dijangkiti.
Dalam artikel berkenaan, Mufti juga berpesan kepada seluruh masyarakat yang beragama Islam tidak sepatutnya menolak vaksin.
Memandang kajian mengenai vaksin sudah menempuh ratusan eksperimen dan puluhan tahun pengalaman, sehingga menghasilkan penawar dan pencegahan antara yang terbaik dalam sejarah perubatan manusia, maka tidak sepatutnya kita sebagai orang Islam menolak pemberian vaksin ini atas alasan yang tidak kukuh sehingga menyebabkan kerosakan dan penyakit kembali merebak dalam masyarakat kita.
Tiada apa yang melegakan ibu ayah tatkala melihat si kecil makin pulih. Ainul Mardhiah, bayi 10 bulan yang menghidap kanser Germ Cell Tumor kini makin menunjukkan perkembangan yang baik seperti bayi lain.
Dalam kemaskini Instagram ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi, dikongsikan video bayi kesayangan rakyat Malaysia ini yang sedang diangkat dan diletakkan dalam posisi berdiri.
Kata Erwani dalam video tersebut sambil memegang Ainul;
Manakala pada pada ruangan kapsyen, ibu ini turut berkongsi tentang Ainul yang sangat teruja kerana dapat berdiri. Ainul juga dikatakan bermain dengan mama & walid sebelum melelapkan mata. Kata Erwani, Ainul anak yang cerdik.
Manakala pada ruangan IG story, ibu ini turut berkongsi kesedihannya ekoran daripada sesetengah pihak yang tidak dapat menerima keputusan yang dilakukannya untuk Ainul Mardhiah.
Erwani dan suaminya Ahmad Safiuddin telah melalui pelbagai pancaroba untuk anak mereka dan ada beberapa perkara yang tidak kongsikan kepada umum bagi menjaga aib & tugas masing-masing.
Perkembangan terbaru Ainul mendapat reaksi positif warganet dan mendoakan si kecil ini terus pulih dan sembuh.
@mrscebalton “Luka dah makin kering. InshaAllah kalau dia dapat makan ikut mulut nanti lebih berisi dan sihat. Cepat baik ye Ainul.”
@nasihin.abdhalim “Sayang Ainul..to mama & walid Ainul. Abaikan semua pandangan negatif sebab doa dan support dari kami yang sayangkan Ainul lebih banyak. Ainul kesayangan ramai orang, insyaAllah.”
@faezah.sulaiman “Masha Allah, Alhamdulillah. cepatnya progressive. insha Allah baby ainul will get stronger & stronger. such a fighter ?“
Semuanya bermula dengan aiskrim sebelum berakhir dengan tangisan berpanjangan.
Nik Mohd Khairul Hisyam Derahman, 41, sukar menahan sebak mengenang permintaan dua anaknya, Nik Nur Faqihah, 11 dan adiknya, Nik Ikram Nuqman, 5, yang mahukan aiskrim dijual di kedai kira-kira dua kilometer (km) dari rumah mereka.
Minta Nak Makan Ayam Selepas Balik
Katanya, dua beradik itu meminta izin daripada isterinya, Nur Baizura Mustaffa, 34, untuk keluar menaiki motosikal bersama abang mereka, Nik Ikram Idwan, 15.
“Nik Faqihah beritahu ibunya ingin makan ayam goreng selepas keluar membeli aiskrim dan isteri saya menyediakan juadah tengah hari seperti dimahukan sementara menunggu mereka pulang.
“Siapa sangka, dalam sekelip mata, mereka pergi dan tidak akan kembali lagi,”
Hilang 3 Anak Sekaligus
Mengakui kehilangan tiga daripada lima anak sekali gus adalah ujian berat untuk dihadapi, Nik Mohd Khairul Hisyam seakan-akan tidak percaya apabila dihubungi isterinya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.
“Saya tergamam, memang tak percaya tapi selepas isteri hantar gambar kemalangan, apa lagi yang boleh saya lakukan.
“Semua ini memang terlalu berat,” katanya.
Dilanggar MPV
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, tiga beradik itu maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam nahas dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar di sini.
Nik Mohd Khairul Hisyam berkata, pemandu MPV itu belum bertemu mereka sekeluarga berhubung kejadian itu.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI